11 Langkah Mudah Untuk Book Airbnb

Biasanya untuk penginapan semasa travel, kita biasa bermalam di hotel, betul?

Alternatif lain selain hotel adalah Airbnb.

Setakat ini kami pernah bermalam menggunakan Airbnb di beberapa lokasi termasuk :

  1. Ebisu, Tokyo
  2. Shibuya, Tokyo
  3. Hakozaki, Fukuoka
  4. Hakata, Fukuoka
  5. Hiroshima
  6. Noda, Osaka
  7. Shah Alam, Malaysia

Apa itu Airbnb?

Airbnb adalah konsep ala-ala homestay.

Pemilik rumah sewakan rumah mereka kepada pelancong seperti kita, rumah tersebut dipanggil Airbnb.

Biasanya kami pilih Airbnb sebab mudah mahu basuh baju dan jemur baju. Kena pastikan rumah yang kita pilih itu sediakan ‘washer’ atau laundry.

Bonus lah jika ada dryer.

Kalau nak minta hotel basuhkan baju, sehelai baju pun dah kena caj, kan?

cara tempah airbnb

Kami juga suka Airbnb sebab ianya lebih luas dari sesetengah bilik hotel. Banyak ruang untuk anak-anak kecil bermain.

Tapi kalau mood malas datang, kami tempah hotel sahaja.

Sebelum itu, jika ini adalah pertama kali anda mahu bermalam menggunakan khidmat Airbnb, 4 perkara ini mungkin anda mahu ambil kira :

4 Perbezaan Hotel dan Airbnb

1/ Khidmat kemas bilik

Di hotel, biasanya setiap tengahari akan ada makcik bantu kemas bilik kita.

Tetapi di Airbnb, biasanya tiada khidmat kemas bilik atau buang sampah.

Kita sendiri kena pandai-pandai jaga kebersihan, memang buat macam rumah sendiri.

Cuma tentang pembuangan sampah, di negara seperti Jepun, kebiasaannya tuan rumah minta kami letak sampah di balkoni rumah, bukan buang di tempat pembuangan sampah biasa.

Sebabnya negara sana ada hari-hari tertentu untuk kutip jenis sampah tertentu.

Kalau kata lah sepatutnya hari Isnin pihak kutip sampah tetapkan mahu kutip sampah dari jenis botol kaca sahaja, tiba-tiba kita buang sampah yang ada botol plastik, boleh kena denda tuan rumah tu nanti.

2/ Lokasi

Biasanya lokasi hotel terletak betul-betul di depan train station utama seperti di Shibuya dan Osaka –  Hotel Tokyu Rei kami betul-betul depan pintu terowong ke stesen Shibuya, dan Hotel Umeda kami betul-betul sebelah tangga untuk ke stesen Osaka.

Airbnb pula kebiasaannya perlu jalan dalam 10-15 minit dari stesen besar.

Cuma di kawasan yang tidak popular, Airbnb banyak je di tepi stesen train.

Contohnya di Ebisu, Ebisu hanya beza satu train station dari Shibuya.

3/ Masak sendiri

Biasanya di hotel akan disediakan sarapan kan?

Tetapi di Airbnb yang kami pilih, kebiasaannya tiada sarapan disediakan.

Tetapi jika kita pilih Airbnb yang ada dapur, kita boleh masak-masak sendiri.

4/ Peluang bergaul dengan penduduk tempatan

Bermalam di Airbnb memberi kita sedikit peluang untuk bergaul penduduk tempatan.

Contohnya aktiviti petang mereka seperti cycling anak-beranak, kadang tu ada yang bawa anjing comel berjalan-jalan.

Setakat yang kami bermalam di beberapa Airbnb, kawasan perumahan mereka agak senyap dan tenang.

Baiklah, mari saya kongsikan pula cara mudah tempah Airbnb .

11 Langkah Mudah Book Airbnb

Saya kongsikan cara tempah Airbnb untuk keluarga seperti kami yang travel bersama anak – anak kecil.

#1 : Masuk laman Airbnb

Dapatkan penjimatan sebanyak RM 90 dengan menggunakan link saya, klik www.airbnb.com/c/khasmad

Taip lokasi nak pergi mana di kotak ‘Where to’

Saya taip Ebisu. Ebisu ini terletak satu train station dari Shibuya.

Kawasan ini lebih tenang berbanding Shibuya.

fb_img_1478560013258

 

#2 : Pastikan tarikh dan berapa orang yang akan menetap bersama anda

Letak tarikh mahu check-in dan tarikh mahu check-out.

Kebiasaannya waktu check – in adalah jam 3-4 petang. 

Waktu check – out pula dalam jam 11 pagi.

Saya letak 3 guests sebab mahu pilihan rumah yang besar sedikit.

Takde lah besar sangat, tapi tidak lah berhimpit kami anak-beranak.

Biasanya anak bawah 6 tahun caj half price atau percuma.

Anak bawah 2 tahun biasanya tidak di caj.

Apa pun bergantung pada budi bicara tuan rumah.

fb_img_1478560027430

#3 : Tekan butang Filter

Beberapa pilihan akan keluar.

Sebelum memilih, tekan dulu butang ‘Filters’ berwarna merah di bawah sekali, untuk specify kehendak kita.

fb_img_1478560035915

#4 : Specify preference anda

Wajib untuk saya tick ‘Entire Home’ sebab saya tak mahu kami berkongsi rumah dengan orang lain.

Lihat pada slide ‘Price Range’. Kita boleh slide bulat itu mengikut budget masing-masing.

cara-book-airbnb

 

#5 : Tekan butang ‘Apply Filters’

Wajib juga untuk saya tick ‘Family/kid friendly’

Sebabnya ada tuan rumah yang tidak benarkan anak-anak kecil menginap di rumah mereka.

Hormati tuan rumah.

Saya juga tick pada ‘Washer’ iaitu mesin basuh sebab memang itu tujuan utama kami pilih Airbnb – supaya mudah basuh baju dan jemur baju.

Tekan butang ‘Apply Filters’

cara-book-airbnb

#6 : Buat pilihan rumah yang berkenan

Baru lah boleh buat pilihan rumah sebab kita dah specify nak rumah macam mana tadi.

Harga tertera adalah harga untuk satu malam.

Mari klik rumah pertama yang berharga RM 432 satu malam.

cara-book-airbnb

#7: Baca review rumah

Oh, ada promosi rupanya.

Bila klik, rumah RM 432 tadi menjadi RM 407 untuk satu malam.

Harga ini boleh berubah-ubah.

Scroll untuk baca semua yang tertulis, terutamanya peraturan rumah, gambar-gambar rumah, review orang yang pernah duduk rumah, etc.

cara-book-airbnb

#8 : Contact Host

Sebelum klik butang ‘Instant Book’, sebaiknya klik dahulu butang ‘Contact Host’

Biasanya kami contact host terlebih dahulu untuk pastikan rumah betul-betul kosong semasa tarikh yang kami pilih.

Dan juga untuk tanya caj untuk 3 anak kami.

Pernah sekali kami diberi diskaun hanya sebab bawa anak-anak kecil bersama.

Tuan rumah adjust di bahagian pricing nanti.

Jadi, contact host sebelum book.

cara-book-airbnb

#9 : Klik ‘Instant Book’

Selepas semua dah selesai dengan tuan rumah, klik ‘Instant Book’

Paparan price breakdown akan keluar.

Boleh tekan butang tanda soalan kecil itu jika mahu tahu Cleaning Fee untuk apa, Service Fee untuk apa.

Dah betul semua ini within budget?

Baiklah, tekan sekali lagi butang ‘Instant Book’

cara-book-airbnb

#10 :  Double confirm

Airbnb akan paparkan ringkasan pilihan kita.

Nak kita pastikan betul confirm double-check betul aku mahu unit ini, tak menyesal.

Doa banyak-banyak unit yang kita pilih memang baik dan bagus.

Klik butang ‘Next’

cara-book-airbnb

#11 : Pembayaran

Ok, bahagian buat pembayaran.

Isi maklumat kad kredit atau kad debit anda.

Bila selesai, tekan butang ‘Continue’

Seterusnya Airbnb akan minta kita sahkan yang kita adalah manusia yang serius mahu sewa Airbnb.

Biasanya kena bagi gambar muka sendiri.

Selepas selesai tempah Airbnb, boleh terus contact host.

Pastikan semua komunikasi adalah dalam laman Airbnb, supaya apa-apa jadi, Airbnb boleh alert.

cara-book-airbnb

Semoga perkongsian ini membantu anda untuk tempah Airbnb dengan mudah.

Khadeejah Hasmad

Traveller mak anak 3

2 Comments

  1. ema 9 November 2016
    • Khadeejah Hasmad 9 November 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares