My First Tudung dUCk : Behind The Scene

Tiba-tiba beli tudung dUCk.

My first dUCk – Merdeka dUCk. Kod Bunga.

Saya ni selalu follow Vivy dekat Instagram. Duka tengok Vivy pakai dUCk.

Pastu dalam hati cakap, “Orang cantik pakai apa pun cantik.”

Saya pernah try tudung Neelofa sebab tengok Neelofa pakai tudung dia nampak cantik.

Sekali bila saya sendiri try, kenapa nampak macam makcik bawang?

So tak jadi beli.

Saya ni kalau nak beli tudung, kena datang kedai tudung tu untuk cuba dulu. Susah nak percaya.

Pernah lah saya borong online tudung Sugarscarf sebab ingatkan apa-apa warna masuk dengan saya.

Sekali ada satu warna tu nampak tak masuk. Menyesal beli online.

Follow Bisnes Vivy

Ok lah. Cerita pasal beli tudung dUCk.

Vivy buka offline store dengan sangat pesat tahun ni.

Jadi saya tahu lah salah satu butik dUCk terbaru adalah dekat KLCC.

Pernah saya masuk FashionValet dekat IOI Putrajaya. Tapi keluar balik sebab takde sapa datang sapa “Kak nak try tak meh lah saya tolong.”

Saya pulak segan nak tanya. Heh. So tak payah lah kita pakai dUCk.

Mentor Pergi Grooming

Tiba-tiba baru ni mentor saya pakai dUCk lepas dia balik dari grooming class.

Mentor saya ni hmm nak cerita 😂

Orangnya hebat dalam bisnes. Tapi bab appearance tu dot dot dot sikit lah. Alah dia pun tahu dan tak kisah masa tu.

So once dia tukar penampilan wahhhh, saya celik mata bangga tengok.

Mentor aku makin cantik lah.

Dan sebab dia pakai tudung dUCk, maka saya pun berhasrat nak cuba. 

Tapi bila pulak kita nak pergi KLCC? Malas nya. Dah lah jauh.

Unplanned Buy

Baru ni suami saya ada kelas 3-hari straight. Balik mesti dekat maghrib.

Tiba-tiba masa hari ketiga suami cakap nak getaway. Maksudnya nak duduk hotel lah tu.

At first, kitorang decide nak duduk dekat Avillion Port Dickson sebab menghadap laut dan ada petting farm for kids.

Pendek kata Avillion Port Dickson tu memang one of our favorite getaway sebab dekat tak sampai sejam pun dari rumah.

Tengah masuk nak book, alamak detail kredit kad takde. Semua kad dekat Hubby.

Tunggu je lah dia balik kita book sama-sama.

Then tiba-tiba adik saya yang baru pindah semula ke KL message minta tolong ada hal nak kena buat kat rumah sewa baru.

Dia ni sedang PJJ kejap dengan suami dia.

Saya pun, ok je lah.

Dan masa ni lah tiba-tiba idea datang. Haha.

Saya cadangkan kepada Hubby apa kata lepas teman adik saya tu, kita pergi KLCC dan bermalam di hotel dekat dengan KLCC.

Malas lah kalau pergi KLCC lepas tu balik rumah hari yang sama. Sejam nak drive.

Sambil tu boleh juga bawa anak-anak main playground kat sana.

Change of environment sekejap untuk kami semua rejuvenate.

Lagipun saya teringin nak tengok tudung dUCk. Nak tengok kenapa orang viral harga dia sekian sekian.

Hubby pun, haaa?

Nak duduk hotel mana?

Long story cut short, akhirnya kami packing sambil tak pasti nak duduk hotel mana.

Sampai rumah adik saya baru lah Hubby check online dan book yang sebelah KLCC tu 😂

Moga makin murah rezeki Sayang 💞

And the rest was history.

Jap cerita masuk butik dUCk.

Pengalaman dalam butik

Masa tu petang orang balik kerja.

Butik dUCk ni betul-betul depan lobby Tower 3. 

Mula-mula saya tengok dari luar, ada ramai orang. Takpe lah kita jalan-jalan dulu main kat playground.

Then nak dekat maghrib, masa nak balik hotel, singgah jap.

Alhamdulillah tak ramai orang dan alhamdulillah hotel sebelah je tak sampai 5 minit jalan kaki, so tak kabut nak kejar solat pun.

Masuk butik tu agaknya akak tu dah penat ramai masuk lepas kerja tadi, jadi dia layan so-so je.

Saya tak kisah dah masa ni, saya tanya je macam mana nak style kan, macam-macam jenis style.

Alhamdulillah yang tu dia layan.

Hari esoknya Hubby pergi sekali lagi ke dUCk sebab nak belikan inner, baik pulak akak sales girl tu. 

Tapi bukan orang semalam nya lah.

Siap boleh tanya recommend dia warna apa. Kalau nak tanya tudung yang elok untuk muka kita pun boleh.

Tapi tak pe lah, saya dah try almost semua tudung yang saya nak – Singapore dUCk, London dUCk dan Merdeka dUCk.

Yang saya berkenan adalah Merdeka dUCk jugak dan warna kod Bunga.

Mungkin sebab Merdeka dUCk ni ada corak penuh, jadi nampak sesuai kat saya yang kalau keluar mesti kena pegang atau Boba Hajar.

Meh saya belanja Unboxing Tudung dUCk.

Geometri dUCk saya tak try sebab tengok Vivy pakai pun tak lah secantik Merdeka dUCk.

Luxe Basic pun tak try sebab hampir nampak plain.

Kalau plain baik lah saya beli Madison Sugarscarf, if ada stok lagi 😂

Ok lah itu saja saya nak share.

Siapa dUCkies kat sini? 😄

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755 

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares