Breastfeeding Tips

2 Cara Bantu Bayi Melekap Dengan Betul Semasa Menyusu

Bahagian areola mengandungi kelenjar peluh yang dikenali sebagai kelenjar Montgomery.

Jika ibu perasan ada bintik seakan jerawat di bahagian areola, itu ialah kelenjar Montgomery.

Print

Kelenjar Montgomery ini menghasilkan minyak sebagai pelembap dan menghasilkan antiseptik untuk memastikan kawasan payudara sentiasa bersih.

Kelenjar Montgomery ini juga menghasilkan bau yang seakan-akan bau air ketuban.

Bau air ketuban ini lah yang akan merangsang bayi melekap dengan betul pada payudara ibu.

Bau air ketuban ini juga memberitahu bayi siapa ibunya dan mempengaruhi reaksi bayi kepada si ibu.

Sebab itu jika ibu perasan, kalau suami kita pegang anak kita yang baru lahir, kadangkala anak itu lebih senyap.

Tetapi apabila kita berada berdekatan dengan anak, belum peluk lagi, mesti anak kita dah mula mencari susu.
Bayi baru lahir sangat teruja dengan bau air ketuban yang dihasilkan oleh kelenjar Montgomery.

Bila kelenjar tersebut mengeluarkan peluh, bayi akan kelihatan seakan-akan mahu menghisap sesuatu.

Perasan kah ibu, walaupun anak kita sudah tertidur lena, lidahnya masih keluar dan kadangkala menyonyot di dalam tidur.

FB_IMG_1472500035049

Ia adalah tindak balas terhadap bau air ketuban pada bahagian areola.

Bau ini juga merangsang selera bayi baru lahir.

Bau ini membantu bayi untuk cari posisi lekapan yang tepat.

2 Cara Bantu Bayi Melekap Dengan Betul

Baiklah, sekarang ibu sudah mula faham bagaimana bayi di cipta untuk mencari payudara ibunya untuk menyusu.


breast-feedingSekarang, mari kita rungkai kan 2 cara bagaimana ibu boleh bantu bayi melekap dengan betul supaya bayi dapat susu yang dihisap dan ibu tidak sakit semasa proses penyusuan.

Cara #1:

Jangan sabun payudara

Ibu tidak digalakkan untuk sabun bahagian areola untuk mengelakkan kelenjar Montgomery tersebut kering dan tidak dapat menghasilkan peluh atau bau air ketuban tersebut.

Apabila payudara kering dan tiada bau, bayi kita kemungkinan menghadapi masalah yang sukar untuk mencari puting kerana tidak dapat menghidu bau air ketuban yang sepatutnya dihasilkan oleh kelenjar Montgomery.

Cara #2:

Skin-to-skin contact

Teknik ini juga dikenali sebagai teknik kulit ke kulit.

Iaitu, buka baju bayi dan ibu. Pastikan ibu mendakap bayi dan pastikan kulit bayi menyentuh kulit ibu sebelum suakan payudara.

Bayi akan mencari sendiri posisi yang tepat untuk melekap.

Credit Info : 

Page Dr Jen 4 Kids Breastfeeding Medicine

Dr Fyda Noh

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *