2 Cara Untuk Kawal Susu Yang Laju & Membuatkan Anak Tersedak

Saya suka nak berkongsi satu ilmu baru yang saya belajar dari adik saya semasa menyusukan anak ketiga. 

Alhamdulillah saya dikurniakan susu yang cukup banyak dan melimpah-ruah dari anak pertama sehingga anak ketiga setakat ini. 

Cabaran bila susu melimpah-ruah adalah bayi saya cenderung untuk tersedak semasa menyusu. 

Kadangkala bila tersedak, bayi akan berhenti sebentar dan ini akan menyebabkan susu terpancut keluar dengan sangat banyak, dan mengundang kepada pembaziran susu. 

Gambar dari Google. Biasanya bila terlalu banyak susu seperti di dalam gambar ini, bayi pun tidak selesa.

Yang lebih merimaskan adalah apabila baju basah dengan kebocoran susu, dan berbau masam setelah kering. 
Ada 2 langkah mudah untuk mengelakkan pembaziran susu ini berlaku. 

Langkah #1:

Pam sebelum memulakan penyusuan. 

Pam sedikit susu sebelum mulakan penyusuan secara langsung kepada anak.

 Ini akan beri masa untuk memperlahankan pengaliran susu. 

Apabila pengaliran susu nampak sedikit terkawal, boleh mula suakan kepada bayi. 
Langkah #2:

Susukan bayi dalam keadaan bayi itu meniarap. 

Biasanya kita susukan bayi kita dalam keadaan dia baring. 

Bayi sejak baru lahir mempunyai kebolehan untuk menyusu dalam keadaan baring atau meniarap di atas dada ibu. 

Apabila bayi meniarap atas dada ibu untuk menyusu, dia sendiri dapat kawal pengaliran susu yang masuk ke dalam mulut, dan bayi itu sendiri dapat kawal berapa banyak susu yang dia mahu pada waktu itu. 

Alhamdulillah berkesan buat saya. Tiada lagi masalah baju basah kerana terpercik lebihan susu. 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk ibu menyusu sekalian. 

Jika anda suka entry ini, boleh tekan butang share di bawah ya 🙂 

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755

Whatsapp : 0194773457

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares