Bisnes Dari Rumah

3 Cara Fully Utilize Personal Coaching Dengan Mentor Bisnes

Personal Coaching adalah tunjuk ajar peribadi dari mentor kita kepada kita.

Dalam kata lain, waktu Personal Coaching, mentor kita tumpukan sepenuh perhatian hanya kepada kita seorang.

Bayangkan betapa istimewa nya kita bila dapat sesi Personal Coaching dari orang hebat.

Dalam iReach Shaklee, kebiasaannya sesi Personal Coaching adalah tidak berbayar.

Kerap kali, sebelum ini, apabila saya minta Personal Coaching dari upline saya (mentor bisnes Shaklee), saya seolah-olah mengambil remeh sesi tersebut.

Remeh maksudnya saya hanya menunggu input dari mentor tanpa perbincangan dari pihak saya.

Sehinggalah apabila saya mula nampak nilai sesi Personal Coaching suami saya.

Suami saya mengajar kelas cara membuat iklan di Facebook dengan tepat dan betul.

Caj satu jam sesi Personal Coaching beliau adalah RM 300.

Bayangkan kalau kita bayar RM 300 dan kita bazirkan begitu sahaja.

Sebelum ini kalau saya Personal Coaching dengan upline saya, soalan biasa yang akan saya tanyakan adalah:

  • Macam mana saya nak naik rank?
  • Macam mana saya nak dapatkan point tambahan?

Bagi saya 2 soalan di atas adalah soalan yang jawapannya telah tersedia dalam group kami di Facebook.

Berbuih mulut kot upline saya cerita benda yang sama berulang kali.

Oleh kerana kali ini saya belajar untuk lebih menghargai masa yang upline saya sediakan untuk personal coaching saya, jadi soalan saya adalah lebih spesifik.

 

3 cara untuk maksimakan sesi personal coaching :

 

Saya dan mentor saya
Saya dan mentor saya

3 cara ini adalah untuk mengelakkan mentor kita buang masa bercerita benda yang sama berulang kali.

Masa tersebut boleh kita gunakan untuk korek ilmu beliau yang tersembunyi.

Dan untuk pastikan dua-dua pihak dapat berjumpa solusi kepada masalah kita yang sebenar.

#1 : Sediakan rekod di dalam slide PowerPoint 

Kita dah buat apa yang mentor ajar.

Sediakan rekod.

Sediakan link jika ada link blog untuk tunjuk terus dan minta pandangan kenapa entry tersebut tidak menghasilkan jualan target.

Saya sediakan slide PowerPoint hampir 2 minggu sebelum bertemu upline/mentor.

Saya sediakan beberapa link entry yang saya mahu beliau check. 
Dengan berbuat demikian, beliau yang memang sibuk akan terus dapat tengok apa masalah kita tanpa perlu tiba-tiba baru kita nak search link entry kita.

Dan boleh lah beliau review 5 entry atau lebih banyak, dan ulas panjang lebar.

Ingat, mentor kita ini banyak ilmu, kerja kita nak korek sehabis banyak ilmu dia yang kita boleh manfaatkan untuk bisnes kita.

#2: Sediakan soalan spesifik

Soalan tidak spesifik adalah berbunyi ‘macam mana saya nak naik rank.’

Untuk naik rank atau pangkat, asas paling utamanya adalah jumlah jualan bulanan.

Perkara ini semua ahli Shaklee tahu.

Ubah kepada soalan yang lebih spesifik. Buat kajian terhadap point bulanan kita.

Contoh soalan spesifik :

  1. 6 bulan yang lepas, banyak jualan saya dapat daripada Set Stroke. Tetapi saya kurang yakin dengan ilmu saya tentang stroke. Apa pendapat mentor?
  2. Bulan lepas 3,157 orang melawat entry Set Jerawat di blog saya, tetapi kenapa saya belum berjaya close sales? (tunjuk entry dan jumlah share dari entry tersebut)
  3. Mengikut rekod, jualan saya untuk Set Cyst dan Set Thyroid adalah sama. Yang mana satu lebih baik untuk saya fokus? (tunjuk entry tersebut dan rekod jualan)

#3 : Buat resolusi sejurus selepas habis perbincangan

Masa itu emas.

Setiap saat perbincangan dengan mentor adalah waktu yang berharga.

Kita ambil sedikit masa dia. Dan kita juga ambil masa anak-anak kita.

Jadi untuk pastikan kita betul-betul dapat sesuatu dari Personal Coaching tersebut, terus buat slide PowerPoint untuk resolusi.

Ya, saya buat di depan mentor saya.

wp-1472993705041.png

Saya buat, kemudian saya minta beliau baca dan sahkan atau tambah jika beliau rasa ada kurang.

Sebab saya mahu, bila balik rumah, saya tidak lagi berteka-teki tentang apa yang perlu dibuat.

Saya hanya perlu rujuk pada slide Resolusi dan perkemaskan dan terus ambil tindakan.

Fast action, fast result!

Kenapa tulis sahaja di buku tidak cukup? 

Tulis di buku adalah mudah. Cuma bila nak cari semula, ia makan masa.

Baiklah, cukup 3 cara untuk maksimakan sesi personal coaching.

Anda berminat mahu personal coaching bisnes Shaklee bersama saya?

Lakukan 3 perkara di atas.

Pastikan anda ada soalan dan rekod untuk tanya kepada saya.

Hargai masa anda. Hargai masa saya.

Jom jadi ahli Shaklee 😀

Jom daftar jadi ahli Shaklee dan kita mulakan bisnes Shaklee 🙂

Whatsapp 0196953317 untuk daftar jadi ahli Shaklee bersama saya 🙂

KhadeejahHasmad 

Shaklee ID : 858755 

Whatsapp : 0196953317 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *