cara mudah bisnes online
Bisnes Dari Rumah | Tips Online Bisnes

3 Cara Mudah Mula Bisnes Online

Dulu kalau sebut bisnes sahaja, mesti terlintas dalam kepala yang kita kena ketuk pintu rumah orang, atau buka kedai di tepi jalan, atau gah sikit buka butik, kan?

Biasanya orang macam itu yang kita nak elak sangat-sangat. Kalau jumpa orang nak cerita tentang produk dia, mesti kita lari laju-laju.

Hm, kata nak bisnes, tapi tak nak buat benda jumpa orang, terangkan kepada orang, macam mana ni.

Jangan risau, zaman sekarang, orang pemalu dan jenis segan nak jumpa orang pun dah boleh mula bisnes dan jana income. Mudah sahaja, hanya gunakan medium online.

cara mudah bisnes online
Hanya gunakan smartphone, anda dah boleh mula bisnes yang datangkan pulangan lumayan.

Yang lebih menarik, tak perlu keluar modal besar pun, dah boleh mula bisnes.

Saya sendiri bermula bisnes secara online dengan menjual buku islamik kanak-kanak – saya tak perlu jumpa orang, tetapi alhamdulillah orang tetap nak beli produk saya.

Kini, saya pilih bisnes yang lebih mudah urus tetapi beri pulangan yang lebih tinggi (jika usaha pun kuat) iaitu bisnes dropship Shaklee.

P.s : Untuk kenal lebih lanjut mengenali apa itu Shaklee, jemput klik di link kenali Shaklee ini.

3 Langkah Mudah Buat Bisnes Online

Jika anda baru berjinak-jinak mahu bisnes online tapi agak kurang jelas bagaimana mahu bermula, mari saya kongsikan tiga langkah mudah yang anda perlu lalui dan tak boleh skip satu pun.

Saya beri contoh bisnes Shaklee lah ya, sebab saya sendiri menjalankan perniagaan Shaklee. Ia boleh di aplikasikan pada apa-apa jenis bisnes pun.

Langkah #1 : Guna

Mula-mula sekali kena guna produk tersebut.

Kalau anda jual tudung, mesti lah nak kena pakai tudung yang anda jual dan rasa kain tuudng tu panas ke sejuk, elok terletak ke, atau mudah terbang, etc.

Dalam bisnes Shaklee, untuk berjaya, pengedar Shaklee perlu guna dulu produk supplement Shaklee untuk betul-betul rasai kesan positif dari supplement ini.

Bila kita dah rasa kesan positif, diri kita sendiri tahu apa nak cerita dan nak dikongsikan tanpa perlu perah otak dengan susah.

Ini kerana perasaan dan pengalaman guna produk akan membuatkan kita rasa seperti “Ini bagus kalau orang lain pun dapat rasa apa aku rasa. Best betul produk ini.”

Oleh sebab itu, apa sahaja bisnes yang anda mahu buat, guna dulu produk tersebut.

Langkah #2 : Kongsi

Selepas kita dah rasa kesan yang best daripada produk yang kita guna, ini lah masanya untuk berkongsi dengan orang ramai.

Jangan kedekut sorang-sorang.

Kita ibu menyusu dah berjumpa dengan baju menyusu yang trendy, ibu menyusu lain pun sebenarnya sedang cari baju menyusu yang cantik dan bergaya.

Kita dah jumpa tudung yang cantik tapi tak perlu buang masa untuk gosok, sebenarnya ramai sangat orang lain yang sedang cari tudung tak perlu gosok.

Mak kita baik dari sakit slip disc selepas makan Shaklee, kena kongsi supaya mak orang lain yang slip disc yang dah pun jalani pembedahan tapi masih sakit- supaya mereka ini pun boleh sihat semula macam mak kita.

Jangan simpan seorang diri.

Berkongsi ini adalah intipati kepada bisnes online – tulang belakang bisnes online berjaya atau tidak.

Berkongsi ini dalam dunia perniagaan turut dikenali sebagai aktiviti pemasaran. Objektifnya adalah untuk mahu beritahu orang.

Kalau orang tak tahu, macam mana orang mahu beli, betul?

Lebih banyak kita berkongsi, lebih banyak kita dapat.

Jadi kena banyakkan berkongsi kisah dan pengalaman guna produk untuk tarik lebih ramai orang yang kita patut kena tolong.

Di mana mahu berkongsi

Anda boleh mla menulis pengalaman anda di blog, atau rakamkan video pengalaman anda guna produk dan muat naik di laman YouTube.

Baca juga –> Kenapa saya katakan blog dan Youtube adalah medium yang terbaik.

Video di  bawah adalah contoh saya bercerita mengenai vitamin yang saya sendiri amalkan. Saya gunakan YouTube.

Anda juga boleh menggunakan laman Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya.

Anda pelbagai cara berkongsi – sama ada berbayar atau percuma. Mulakan dengan cara percuma terlebih dahulu.

Yang penting anda berkongsi sebanyak yang mungkin.

Target orang yang betul-betul memerlukan

Awas, untuk dapatkan jualan, anda perlu berkongsi di medium yang betul kepada orang yang betul.

Kalau kita berkongsi cara hilangkan sakit gout kepada orang yang tak sakit gout langsung; agak-agak nak tak orang itu beli produk kita?

Kalau kita berkongsi sabun untuk bayi kepada orang yang langsung tiada anak dan belum berkahwin, agak-agak nak tak calon pembeli itu beli produk kita?

Tidak, kan?

Jadi fikir kan di mana lubuk orang yang sepatutnya beli produk kita – macam mana dia cari produk untuk selesaikan masalah dia.

Langkah #3 : Bina

Selepas langkah kedua, baru lah kita boleh advance ke langkah ketiga – iaitu bina.

Bina apa?

Bina rangkaian bisnes.

Tunjang utama sebuah bisnes adalah manusia. Takkan kita nak jual barang kepada kucing pula kan. Kalau jual makanan kucing pun, mesti target kepada tuan kucing.

Untuk memiliki bisnes yang lebih besar dan kuat, kita tak boleh kaya seorang diri. Kita perlukan pasukan.

Kalau anda adalah pemilik produk (product owner), ejen atau stokis adalah nadi anda. Anda tak boleh nak jual semua barang seorang diri. Bukan semua manusia dalam dunia ini kenal anda.

Anda mesti perlukan juga pertolongan orang.

Di dalam bisnes seperti Shaklee, rakan bisnes adalah nadi anda. Anda tak boleh nak kaya seorang diri jual produk Shaklee. Anda perlu tolong orang lain untuk dapat sama macam anda dapat, baru lah bisnes anda akan berkembang.

Dalam setiap rezeki kita ada milik orang lain juga – kita kena berkongsi, baru lah kita boleh berkembang dan dapat lebih banyak.

Untuk berkembang, kita tak boleh kedekut; perlu bantu lebih ramai orang untuk dapat macam apa kita dapat.

cara bisnes online
Kerja berpasukan untuk berkembang. Bantu orang untuk capai macam apa kita capai.

Baiklah cukup 3 point saya kongsikan hari ini.

Jika anda sedang mahu mula bisnes online, ingat 3 perkara penting anda perlu buat :

 1/ Guna

2/ Kongsi

3/ Bina

Mulakan Dengan Bisnes Online Jenis Dropship

Bisnes yang paling saya sarankan untuk golongan yang baru mahu berjinak-jinak dalam dunia bisnes adalah bisnes jenis dropship.

Dropship adalah sejenis bisnes yang kita ambil order, tetapi pembekal (supplier) yang akan poskan.

Ia tidak glamor, tetapi bisnes jenis ini lah sebenarnya yang sangat melatih anda untuk mahir selok belok pemasaran dan seni memikat pelanggan.

Anda tak perlu pening kepala urus stok atau fikir mana nak simpan barang sebab anda tak perlu pegang barang pun. Cukup anda rasa dan guna 1-2 unit produk sebelum anda mahu berkongsi dengan orang lain.

Bila bisnes dropship anda berkembang, mungkin anda boleh terfikir untuk hasilkan produk sendiri. Atau hanya jual produk orang lain sahaja pun boleh saja kaya.

Ingat ini – kalau mahu berkembang, kena tolong lebih ramai orang. Itu sahaja kata kunci mahu berjaya dalam bisnes.

P.s : Jika anda tak pasti nak cuba bisnes apa, anda sangat di alu-alukan untuk cuba bisnes Shaklee bersama team Creams 🙂 Saya akan guide anda. Jemput klik link Langkah Mula Bisnes untuk maklumat lanjut.

Semoga berjaya!

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *