3 Jenis Makanan Banyakkan Susu Yang Ibu Perlu Tahu : Farmaseutikal, Neutraseutikal & Herba

Petua paling utama dan penting untuk membanyakkan susu ibu, adalah dengan kerap mengosongkan payudara, iaitu menyusukan bayi dalam sela masa setiap 2-3 jam, atau memerah susu setiap 2-3 jam. 

Namun di dalam dunia penyusuan, makanan tambah susu atau penggalak susu adalah suatu perkara yang tidak asing. 

Walaupun tiada kajian spesifik dilakukan, tetapi makanan-makanan ini telah banyak membantu para ibu menambah kuantiti susu. 

Ada 3 jenis makanan tambah susu yang saya suka nak kongsikan dengan ibu menyusu. 

Jenis Makanan Tambah Susu #1:
Jenis Farmaseutikal 

Makanan tambah susu jenis farmaseutikal pada asalnya tidak bertujuan untuk membanyakkan susu. 

Ia adalah ubat untuk merawat penyakit. 

Tetapi ia secara tidak langsung membanyakkan susu. 

Cuma jenis farmaseutikal ini mengandungi ‘drugs‘ dan mempunyai kesan sampingan dalam jangka masa panjang. 

3 contoh ubat tersebut adalah:

1) Domperidone seperti Motilium

Ubat ini asalnya adalah untuk tahan loya

2) Metoclopramide seperti Maxolon

Ubat ini asalnya adalah untuk tahan muntah

3) Metformin seperti Glucophage

Ubat ini asalnya untuk kencing manis

Ubat-ubat ini merangsang hormon prolaktin; iaitu salah satu hormon yang penting untuk penghasilan susu badan yang banyak. 

Walau bagaimanapun, pihak ‘US Food & Drug Association‘ tidak menggalakkan penggunaan ubat-ubat di atas untuk tujuan penyusuan susu ibu. 

Ini kerana kesan sampingan dari ubat-ubat di atas adalah termasuk gastrik, badan menggeletar dan pelbagai lagi. 
Jenis Makanan Tambah Susu #2:

Jenis Neutraseutikal 

Neutraseutikal adalah supplement. 

Supplement disini adalah merujuk kepada nutrisi lebihan (extra)  yang diperlukan oleh ibu menyusu dan ibu mengandung. 

Ibu menyusu dan ibu mengandung memerlukan nutrisi lebih banyak dari yang diperlukan oleh orang biasa. 

Ini kerana, selain daripada zat dan khasiat yang perlu disalurkan kepada bayi, badan ibu juga memerlukan zat dan khasiat untuk kekal cergas, bertenaga dan berfungsi. 

Penghasilan susu badan adalah sesuatu yang semulajadi. 

Tetapi apabila makanan ibu menyusu tidak lengkap dengan zat dan khasiat, sebagai contoh, apabila ibu tidak sempat habiskan makan ayam yang kaya dengan protein, atau ibu tidak sempat menjamah sayur yang kaya dengan kalsium dan zat besi, maka tubuh ibu kekurangan zat yang diperlukan. 

Apabila tubuh ibu kekurangan zat dan khasiat yang diperlukan, ibu akan mula dapati susu merudum atau susu ibu cenderung cair walaupun ibu telah kerap mengosongkan payudara dan memerah susu. 

Antara makanan tambah susu jenis neutraseutikal termasuklah :

1) ESP Shaklee untuk bantu tambahkan zat protein 

2) B Complex 

3) Ostematrix untuk bantu tambahkan zat kalsium

4) Vitamin C
Jenis Makanan Tambah Susu #3:

Jenis Herba

Antara makanan tambah susu jenis herba yang terkenal sejak turun temurun termasuklah :

1) Alfalfa 

2) Halba

3) Kucai

4) Halia

Herba-herba ini merangsang hormon prolaktin dan terdapat herba seperti Alfalfa yang turut membekalkan kalsium kepada ibu menyusu untuk membantu membanyakkan susu ibu. 

Utamakan Yang Utama

Makanan di atas membantu membanyakkan susu. 

Makanan lain yang turut membantu banyakkan susu termasuklah air longan, buahh kurma, coklat, jantung pisang,  pucuk betik dan lain-lain. 

Namun begitu, jika pada masa yang sama ibu tidak aktif memerah susu atau mengosongkan payudara, makanan yang sepatutnya membantu membanyakkan susu tetap tidak dapat membantu untuk membanyakkan susu. 

Makanan membanyakkan susu di atas hanya boleh membantu banyakkan susu ibu jika ibu juga konsisten perah susu dan kosongkan payudara sekerap 2-3 jam sekali. 

Pada masa yang sama, ibu perlu sentiasa positif dan ceria untuk pastikan hormon oxytocin sentiasa terhasil. 

Hormon oxytocin dan hormon prolaktin adalah 2 hormon penting untuk menghasilkan susu ibu

Anda berminat nak cuba banyakkan susu badan dengan makanan jenis neutraseutikal atau Alfalfa? 

Anda boleh order di link Set Ibu Menyusu ini 🙂 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang sedang menyusukan anak. 

Terima kasih kerana membaca 🙂 

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755

Whatsapp : 0194773457

One Response

  1. Umi Kalsom 17 August 2016

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares