Tips Kuruskan Badan

3 Makanan Pembakar Kalori

Dok nak kuruskan badan, kita pun berpuasa dan berpantang macam- macam.
Tapi tahukah anda, kalau tak puasa dan pantang sangat pun, tetap boleh kuruskan badan. Asalkan menu tu bertepatan untuk kuruskan badan.
Hari ni saya nak share 3 makanan pembakar kalori. Dari perkongsian ni, boleh lah anda prepare nak masak apa untuk makanan yang sedap tapi boleh juga membakar kalori. Best tak? šŸ˜‰

1. Air Masak yang Sejuk

Tubuh kita bersuhu 37 atau 36 degree celsius. Bila kita minum air sejuk, tubuh kita akan sedaya upaya nak tukarkan suhu sejuk tu jadi warm body temperature. Dalam usaha tubuh nak tukar suhu tu, maka kalori dalam tubuh pun secara tak langsung di bakar

2. Makanan Pedas (untuk orang yang tak biasa makan pedas)

Makanan yang pedas menambah kadar metabolisma dalam badan. Bila metabolisma meningkat, penghadaman menjadi semakin laju. Bila penghadaman makin laju, kadar kalori yang dibakar pun bertambah.

Menu cadangan: Asam pedas ikan, tumis dengan minyak jagung atau minyak zaitun

Ā 3. Perahan Air Limau

Perah sikit air limau dalam makanan, kalau bagi siapa2 yang boleh makan makanan masam lah šŸ˜‰ Perahan limau membantu tubuh membakar lemak dengan lebih effisien.

Perahan limau juga boleh membuatkan makanan yang high glycemic berubah menjadi low glycemic.

Senang kata; kalau makanan tu jenis cepat buat kita lapar, tapi bila kita perah perahan limau sikit, makanan tu buat kita rasa kenyang dalam jangka masa yang lama. Contoh makanan yang cepat buat kita lapar — nasi putih (pagi makan nasi lemak, tengahari dah lapar balik kan? ;)).

Menu Cadangan: ayam tandoori + sedikit perahan limau + sedikit hirisan bawang

Jadi boleh lah rancang pemakanan anda. Sekian tips untuk hari ini. Selamat berjaya!

Sumber:

Buku Women’s Bodies, Women’s Wisdom
Weight Loss Resource
Purdue University
Discovery
Billybeck

Berminat untuk dapatkan Set Kurus Shaklee?

Hubungi saya untuk order!

Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp: 019 477 3457

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *