3 Sebab Surirumah Wajib Perah Susu

Salam 18 Ramadan ! 😏

Entry ni khas untuk surirumah tangga yang liat nak perah susu. Hehe

Anda jangan ingat kalau anda seorang surirumah dan bayi anda totally direct feeding dijadikan alasan untuk tidak perah susu tau. Nak tahu kenapa?

 Kalau nak jimat ruang dalam peti ais, elok sangat guna milk liner ☺

breast pump and bags of frozen breastmilk

3 sebab kenapa anda wajib perah susu walaupun anda surirumah sepenuh masa:

Sebab #1: Konsep Supply dan Demand

Supply tu sudah pasti susu ibu, demand pulak permintaan dari bayi dan juga sesi perah-memerah susu. Makin tinggi demand, makin banyaklah susu ibu yang akan terhasil.

Tujuan konsep ni juga nak bagi breast kita kosong, supaya susu mudah nak refill balik. Macam botol air. Bila botol kosong, baru boleh topup air baru kan?

Saya tahu direct feeding is the best milk stimulator. Tapi perah pon bagus untuk merangsang susu ibu. Tak mahukah memeriahkan lagi susu anda?

Sebab #2: Kecemasan

Kalau dah perah susu, takkan nak buang ye dok? Mesti kena simpan. Jangan ingat wanita bekerjaya je kena simpan stok EBM.

Kita boleh simpan dan guna stok EBM bila kecemasan macam demam ke, tetiba susu drop ke. Dah nama kecemasan, macam-macam boleh jadi. Tapi pastikan label ikut tarikh, masa dan kuantiti. Jangan malas ye. Hehe

Sebab #3: Masa

Kalau wanita yang bekerjaya pun berjaya curi-curi masa kat pejabat untuk perah susu, apatah lagi surirumah. Saya faham surirumah pun banyak jugak kerja yang tak berkesudahan kat rumah. Hehe

Tetapi sesungguhnya masa untuk kita perah susu lebih flexible. Kita boleh perah bila-bila je yang kita nak. Kita boleh perah setiap 2 jam sekali waktu bayi kita tak direct feeding. Nak buat tandem nursing pun boleh iaitu perah serentak dengan bayi menyusu. Ikutlah kesesuaian masa anda sebagai surirumah. 💪

 

Semoga lepas ni para surirumah akan mula buat susu perahan ya. 😉

 

Berminat nak order Shaklee? Hubungi saya

admin-ajax.php

 

 

 

 

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda!