Muhasabah

3 Tips Maintain Motivasi Diri

Semangat dalam diri kita ni ada pasang surutnya. Time semangat berapi, kalah api yang marak. Oh biasa awal bulan memang semangat berkobar lah.

Tapi time semangat menyejuk, kalah ais beku kat dalam freezer tu. Heh.

Macam mana nak kekalkan diri bermotivasi untuk selesaikan kerja yang tak siap – siap?

Contoh macam dalam Shaklee, bagi saya kerja Shaklee memang lah takkan habis, tapi satu rank penanda kerja siap, adalah bila dah capai rank Masters Coordinator dengan bergaya.

So selagi tak capai Masters Coordinator, selagi itu lah tak boleh nak enjoy sakan.

Eh tapi lepas Masters, nak Presidential Masters pulok. Lepas tu lepas tu, eh..

Ok2 back to topic.

Biasa kalau saya down, saya akan buka Quran.

Baca Quran & Maknanya

Oops, kalau takat baca sehelai dua muka surat, belum dapat lagi rasa tenang tu. Itu untuk saya lah. Saya kena ambil masa menyendiri, baca,  hayati terjemahan ayat yang dibaca..

image

Ayat-ayat cinta dari Allah memang penenang hati yang terbaik

Buku motivasi

Invest sikit beli buku motivasi. Bersusun buku motivasi kat rumah ni >_< Oleh kerana saya ni bajet sibuk :P, kalau buku yang terlalu heavy tu, memang ai susah lah nak habiskan. Alhamdulillah ditemukan dengan dua buku yang simple, tapi sangat sarat motivasi. Saya share dalam entry lain nanti ea. Buku tulisan Nick Vujicic dan Donald Trump [caption id="" align="alignnone" width="640" caption="Nick Vujicic ni kudung kedua belah kaki dan tangan tau"]image[/caption]

Ape, tak kenal ke sape diorang ni. Takpe takpe, ai introduce next entry.

Personaliti positif

Follow FB orang – orang positif macam ustaz Ebit Lew. Yang bestnya Ustaz Ebit Lew ni tak salahkan orang. Entah, setakat ni saya tak pernah nampak status dia kutuk orang

Ye lah, kadang orang buat maksiat macam-macam pesen.

Tapi Ebit Lew ni suka buat status yang bawa kita kembali mencintai Allah. Dengan cara cari cinta Allah, kita akan termotivasi sendiri dan hati akan tenang.

Kalau tak caya, cuba lah. Search Ebit Lew kat FB. Pastu tekan get notification.

image

Semangat naik turun itu normal. Sama lah macam iman kita, kejap naik, kejap turun. Yang maintain tinggi tu, dah taraf malaikat dah.

image

Ujian yang di datangkan kepada kita tak lain tak bukan adalah bertujuan untuk bawa kita lebih rapat kepada Allah.. Bukan kepada syaitan dan nafsu

Haa, kalau rasa alahai, cepatnya give up, istighfar cepat-cepat. Allah bagi tahu dalam Quran “….dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.”

Selagi kerja kita belum selesai, selagi itu lah kuatkan semangat. Pandang muka anak-anak, pandang muka pasangan, tenung muka mak ayah.

Kita boleh buat perubahan dalam kehidupan kita dan orang tersayang. Teruskan usaha!

Eh dah macam ayat iklan 😛

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *