Tips Perniagaan

3 Persediaan Penting Yang Perlu Anda Lakukan Sebelum Berhenti Kerja

Macam hot lak tajuk ni kan 😉 Biasanya para mak lah yang nak sangat berhenti kerja. Bila kesian tengok anak, asyik balik lambat, anak tak suka taska, bila malam pun kena kerja.

Setiap orang ada sebab tersendiri nak berhenti kerja.

Macam saya, saya memang tak nak kerja sejak zaman universiti dulu. Asbabnya sebab saya sangat kagum dan nak mencontohi mak saya seorang surirumah yang ada degree dari universiti luar negara, dan macam-macam peranan mak, nak cerita kang kita buat entry lain 😛

tips berhenti kerja
Sebelum nak hantar surat keramat ni

Simpanan 6 Bulan

Biasanya yang tipikal anda mesti dengar orang cakap, simpan duit simpanan untuk kegunaan 6 bulan. Ya, nasihat tu betul.

Duit nak bayar kereta, nak sewa rumah, pastikan ada 6 bulan simpanan, just in case di tengah jalan bisnes anda di uji.

tips nak berhenti kerja
Menabung

Tapi, kami tak buat pun macam tu. Huhuhuhu. Subhanallah.

Mula-mula dulu memang ada rasa menyesal, tapi kejap je, ia bertukar menjadi sebuah kesyukuran tak terkata.

Bila kita kesempitan, trust me, tiba-tiba ada je benda baru kita buat.

Dan bila kita ada tempat bergantung yang sangat kuat – Allah, insya-Allah, life will be perfect ^_^

3 Persediaan Sebelum Berhenti Kerja

3 nasihat saya sebelum anda buat keputusan berhenti kerja, untuk anda yang sedang buat bisnes part time.

1) Pastikan selama 3 bulan berturut-turut, anda tak miss solat dhuha dan solat tahajud

Ini supaya solat sunat 2 serangkai ini menjadi rutin dalam badan kita, dalam hidup kita. So tak payah nak paksa diri bangun, insya-Allah kita akan automatik bangun.

Tapi, kenapa kena solat dhuha dan solat tahajud setiap hari?

Bukan semata-mata sebab ia amalan murah rezeki. Bukan!

Tapi kerana masa berhenti kerja nanti, anda akan merasakan perlukan Allah more than ever. Bukan nak kata orang makan gaji tak perlukan Allah. But we’ve been there. Situasi sangat berbeza.

tips sebelum berhenti kerja
Kita perlukan Allah. Allah sebagai best friend kita. Allah sebagai business partner kita. Allah sebagai our everything.

Bila makan gaji, kita tahu setiap bulan ada duit gaji masuk pada hujung bulan.

Tapi bila kerja sendiri, kita kena pastikan business keep on running. Kalau tak running, atau diuji, macam mana pulak duit nak masuk.

Di saat di uji, jika kita berpegang pada Allah, Dia akan sediakan jalan keluar dari arah tak tersangka-sangka.

Boleh percaya tak bila saya bagitau, kami pernah duduk rumah tanpa perlu bayar sewa, untuk berbulan-bulan! Bukan kami tak nak bayar sewa.

Untuk rumah sebelum tu, memang kawan tak nak terima sewa, dan rumah seterusnya, kami dah cari merata tuan rumah baru tu, tapi tetap tak jumpa. Siap pesan kat jiran-jiran, kalau kenal keluarga tuan rumah pun, jadi lah. Pun tak dapat juga.

Allah yang bantu. Atas ihsan Allah.

2) Pastikan perniagaan anda stabil minima 6 bulan

Maksudnya perniagaan sampingan anda dah stabil, duit yang masuk kalau yang automatik masuk tu, dah macam boleh menyamai gaji satu bulan kerja anda.

Kalau lebih, lagi bagus.

But, dont think too much. Leave it all to Allah. Kerja kita hanya usaha.

Macam kes kami, Alhamdulillah masa tersebut Shaklee stabil 4-angka income  selama lebih dari 6 bulan lah, dan hampir cecah 5-angka masa tu. Tapi tiba-tiba badai melanda. Fuiyooo..

Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.

Pegang pada Allah. Bila kita ada basic yang kuat – ada group business yang supportive; macam saya, alhamdulillah Allah hadiahkan group iReach dan Creams yang sentiasa positif dan sentiasa ingatkan kita pada Allah – insya-Allah bila kita jatuh, kita tetap akan kuat.

Perniagaan yang stabil boleh jatuh. Tapi Allah tak akan jatuh. Jadi sandarkan perniagaan itu kepada Allah.

Rajin lah buat amalan sunat seperti sedekah, zikir, solat-solat sunat, mengaji. Eh betul tau ni.

3) Latih minda berfikiran positif

Mula dari saat anda sedang makan gaji ini, latih minda untuk berfikiran positif.

Mungkin sekarang anda sedang tak suka dengan bos sebab suka suruh stay sampai lewat malam. Bersyukur sebab Allah beri peluang anda untuk kumpul pahala sabar untuk masuk syurga paling tinggi.

Atau tak suka sebab asyik kena naik LRT macam sardin. Bersyukur lah sebab anda ada duit untuk naik LRT dan anda masih ada kaki yang sempurna untuk berlari kejar tren dan berdiri lama dalam LRT.

Sebabnya, bila anda bekerja sendiri, lagi banyak ujian yang bakal melanda, dan anda kena makin kuat untuk melawan kata-kata negatif yang sikit-sikit asyik nak merungut dalam hidup.

tips sebelum berhenti kerja
Latih diri senyum walaupun sedang diuji. Senyum adalah magnet rezeki

Saya suka sarankan anda amalkan bacaan ma’thurat sambil perhati terjemahannya, amalkan bacaan yasin di pagi hari, cuba amalkan bacaan satu juzuk Quran setiap hari, cari dan sentiasa bersama kawan-kawan yang positif dan sentiasa ceria.

Kita adalah apa yang kita baca dan amalkan. Jadi bila alunan quran kerap di baca, jiwa kita akan bersih dan sekurang-kurangnya menghakis keladak yang asyik nak merungut.

Kawan kita adalah cerminan diri kita. Jadi plih circle of friends yang betul-betul, circle of friends yang business minded tapi penuh dengan positive aura.

Macam saya, alhamdulillah walapun geng iReach kebanyakan nya resign masa income cecah 5-angka, tapi pengisian dan perkongsian di group sentiasa menyegarkan minda saya.

Hakikat Dunia Perniagaan

Dunia perniagaan tak mudah. Memang kita boleh dapat lebih dari makan gaji.

Betul, kalau sistem dan perancangan kita ikut macam mentor ajar, kita hanya perlu struggle the first few years sahaja.

Tapi, dunia perniagaan hanya untuk orang yang kental, orang yang tak pernah puas dengan current achievement. Saya dan suami, kami suka sebab mungkin kami adventurous 😛 Hik3.

tips persediaan berhenti kerja
Mencabar, tapi berbaloi-baloi!

Lagi satu yang saya belajar, move forward. Ada seminar, attend. Ada peluang untuk tolong orang, tolong! Tolong belikan buku kat program IMKK untuk 50 -100 orang tanpa harap balasan, ia merupakan salah satu pencetus FATC!

Seminar-seminar yang kami hadiri, ia menambah nilai dalam perniagaan kami, dan menambah network yang seterusnya sangat berguna untuk perniagaan. We never know.

Hikmah Allah tersembunyi. Yang penting, kita buat je apa Dia suruh – usaha, sambungkan tali silaturrahim, bantu-membantu, etc.

So, kalau anda nak berhenti kerja, reflect 3 point yang saya nyatakan di atas.

[alert-note]Above all, kuatkan pergantungan kita dengan Allah. Insya-Allah, Dia akan guide kita sepanjang jalan towards benda terbaik yang kita tak pernah terbayang pun.[/alert-note]

All the best!

Jejom join Shaklee dengan ai ^_^

admin-ajax.php

 

Similar Posts

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *