4 Aktiviti Menarik Untuk Anak-anak di Pet Farm, Avillion Port Dickson

Punya lah saya suka betul dengan hotel Avillion Port Dickson, sampai saya belanja satu family untuk bermalam satu malam di sana guna bonus Shaklee. Yeay!

Semua lah saya ajak – Mak, Apak dan semua 6 beradik dan keluarga mereka.

Ada banyak yang best untuk kanak-kanak di situ. Hari ini saya nak kongsikan tentang Pet Farm di Avillion Port Dickson.

Pet Farm ini ada arnab, merpati, merak dan ayam. Yang menariknya ianya percuma untuk kita yang bermalam di hotel, dan setiap hari ada sesi bersama haiwan jam 10 pagi.

Ya, setiap hari!

Hari Ahad tersebut kami mula beratur 5 minit sebelum jam 10 pagi.

Tips : Kalau terlalu ramai pengunjung, pihak Pet Farm akan masukkan kita batch by batch sebab Pet Farm ini kecil. Dinasihatkan untuk anda masuk last batch sebab lepas kita dah takde orang lain nak masuk, jadi tiada restriction masa.

4 aktiviti menarik di Pet Farm

(1) Bagi makan arnab – penjaga Pet Farm akan bekalkan kobis dan baby carrot. Hulur sahaja tangan, nanti arnab akan mengerumuni anda.

(2) Bagi makan merpati, ayam dan merak – penjaga Pet Farm akan bagi macam biji-bijian untuk di letakkan pada tangan. Beliau juga akan tangkapkan burung letakkan atas tangan tadi. Wah! Merpati makan direct dari tangan.

(3) Bergambar dengan ayam – bukan calang-calang gambar, tapi ayam di letakkan di atas bahu dan kepala kita. Seronok!

(4) Bermesra bersama haiwan – siap boleh usap bulu ayam dan merpati yang sangat lembut. Kalau nak tangkap dan pegang anak merak dan ayam pun boleh

Jom ke Avillion Port Dickson!

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares