4 Cara Naikkan Entry di Enjin Carian Untuk Jual Produk

Dalam mazhab online marketing, ada banyak pendapat. Hari ini saya kongsikan cara macam mana nak naikkan entry supaya muncul di muka pertama enjin carian Google.

Baru-baru ini saya eksperimen dengan blog baru anak buah bisnes saya di Roket Blog. Alhamdulillah berhasil. Blog adalah menggunakan platform WordPress.

P.s : Kalau nak bina blog WordPress tapi tak mahir, boleh dapatkan Panduan Cara Buat Website Guna WordPress

  1. Pilih keyword yang tak banyak persaingan. Jangan pandang rendah pada keyword ini. Bila tak banyak saingan, makin banyak lah jualan kita boleh kaut, dengan izin Allah.
  2. Saya minta buat beberapa artikel berkaitan isi kandungan yang berkaitan dengan tema.
  3. Kemudian saya minta buat satu entry yang menjual. Yang ini saja yang menjual.
  4. Artikel-artikel lain akan insert link entry yang menjual tadi dan vice versa. Ini juga dikenali sebagai inbound link.

Untuk anak didik yang baru-baru, sehabis baik saya terangkan dalam bahasa mudah faham agar mereka rasa senang nak buat. Bahasa-bahasa teknikal ini saya akan introduce bila capai tempoh matang.

Macam dalam dunia pelajar lah kan, budak darjah satu kita tak ajar subjek Matematik Tambahan,

Alhamdulillah syukur langkah-langkah yang saya cadangkan itu mereka buat dan nampak hasil pada blog baru terutamanya.

Namun begitu tak lah saya janjikan dapat jualan terus. Sifir untuk mendapatkan jualan ini agak kompleks kerana ia juga turut berkait rapat dengan mindset, ini saya cerita lain kali ya.

Khadeejah Hasmad
Blog Marketer (Shaklee),
WhatsApp to join Shaklee business : 019 695 3317
Shaklee ID : 858755

One Response

  1. Ana Suhana 27 August 2017

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares