4 Langkah Mudah Edit Gambar Jadi Poster Cantik
Ada seseorang ini, poster dia cantik betul. Saya ini, kalau gambar tersebut nampak exclusive, letak harga berapa pun, mesti sanggup beli.
Saya tertanya-tanya sendirian, dia buat pakai apa?
Takde rupa pakai power point pun.
Kalau bukan power point, mesti guna apps.
Lagipun dia ini rajin betul update poster baru. Semua cantik pula tu.
Saya segan nak tanya orang tersebut, jadi saya tanya suami sambil tunjuk gambar poster tersebut, “Abg rasa, ini pakai apps apa?”
Suami saya pun tak pasti.
Rahsia Terbongkar
Tiba-tiba satu hari ada seorang kakak baik hati dalam iReach Shaklee infak poster cantik, rupa poster itu sungguh eksklusif macam poster-poster orang tersebut.
Wah! Saya kena PM akak ini.
Oh, rahsianya adalah tiada rahsia.
Hanya guna Apps Snapseed sahaja.
4 Langkah Mudah Edit Gambar Guna Snapseed
Mari saya kongsikan langkah demi langkah untuk edit gambar menggunakan apps Snapseed supaya poster gambar anda nampak lebih cantik menawan.
Langkah #1 :
Install apps Snapseed
Cari di PlayStore di handphone anda perkataan ‘Snapseed’.
Logo adalah logo daun seperti di bawah.
Install.
Langkah #2:
Klik open photo.
Nanti kita akan masuk ke dalam album phone kita.
Pilih gambar yang kita mahu edit.

Langkah #3 :
Berikut adalah gambar yang saya pilih.
Untuk edit, klik gambar pensel di bawah hujung sebelah kanan.

Langkah #4:
Haa, syurga edit.

Biasanya saya hanya sentuh tab Tune Image atau Crop sahaja.
Untuk tambah text kepada gambar, pilih tab ‘Text’ di bawah sekali tu.
Langkah #5 :
Dah siap ada template comel dan eksklusif!
Boleh pilih nak template perkataan style yang kita suka.
Boleh pilih warna perkataan yang kita mahu.
Icon droplet itu adalah untuk opacity.
Selesai edit, tekan sahaja butang Right di bawah belah kanan.
Selesai.
Jom cuba edit gambar poster anda pula 🙂
Nak buat bisnes Shaklee?
Jom join saya. Saya akan guide anda lebih dari sekadar edit poster ^_^
Hubungi saya :