4 Sebab Mama Letih Masa Breastfeeding dan Cara Atasinya

Letih breastfeeding?

Kita sama lah. Saya dulu penat sangat masa breastfeed sampai sikit lagi nak give up bagi susu formula je kat baby.

Kenapa kita letih masa breastfeed? Ada cara tak untuk kasi hilang rasa letih melampau ni?

Jom saya kongsikan 4 sebab Mama asyik rasa nak pengsan setiap kali breastfeed. Lepas tu saya akan kongsikan juga cara saya hilangkan rasa letih tu.

sebab penat semasa breastfeeding

Bateri dah nyawa-nyawa ikan ni

Sebab Letih Breastfeeding #1: Tak Cukup Tidur

Normal lah bila dah ada baby, sikit-sikit mesti terjaga malam. Kalau baby menyusu ni nak tak nak setiap 2-3 jam mesti mau susu.

Tak boleh lah nak salah kan baby. Kalau kita tak susukan baby setiap 2-3 jam, nanti kering pula susu.

Sedar tak sedar rutin ni yang buatkan Mama tak cukup tidur. Dan bila tak cukup tidur, jadi lah badan penat.

Kadang tu dah rasa nak lelap lena, baby nak susu, kan.

Sebab Letih Breastfeeding #2: Makanan Tak Berkhasiat

Bila Mama dah ambil keputusan nak menyusukan baby dengan susu badan, jadi kena tahu lah yang kita ni akan jadi ‘eating machine’

Mama akan sikit-sikit lapar. Sikit-sikit rasa nak makan.

Masalahnya bila kita lapar kita pergi cari makanan manis-manis macam Nutella, makanan berminyak macam goreng pisang, dan beberapa makanan tak berkhasiat.

Kita bagi alasan kat diri sendiri yang makanan tu nak bagi tenaga kita nak menyusu baby.

Tapi sebenarnya makanan sebegitu buatkan badan kita rasa penat dan letih semasa breastfeeding.

Penat lah dalaman badan nak proses semua makanan tu.

Elok amalkan kudapan yang sihat macam buah-buahan yang kaya fiber macam buah oren.

Buah pun boleh buat kenyang. Sayur hijau pun boleh buat kenyang.

Sebab Letih Breastfeeding #3: Anemia

Kehilangan darah yang banyak semasa bersalin boleh menyebabkan anemia dan menjadikan Mama letih sangat.

Lebih-lebih lagi kalau masa pantang tak banyak makan makanan berkhasiat.

Cuba amalkan makanan yang kaya zat besi seperti daging, makanan laut dan sayuran hijau.

Sebab Letih Breastfeeding #4: Badan buat kerja

Nak hasilkan susu ni bukan benda mudah tau. Ianya macam kita bagi kerja lebih kat badan kita.

Badan orang biasa tak buat susu. Badan Mama buat susu. Haaa, mana lagi banyak kerja kena buat?

Badan Mama lah kan.

Jadi normal sangat lah bila Mama rasa cepat letih semasa breastfeeding.

Apa saya buat untuk hilangkan letih breastfeeding

Tapi kan, tak seronok juga kalau asyik melepek keletihan, kan.

Saya sendiri tak seronok bila rasa tak produktif dan banyak benda tak boleh buat, hanya sebab penat breastfeeding.

Itu yang saya cari cara nak bagi bertenaga semula dan Alhamdulillah berkesan juga.

Cara saya adalah amalkan supplement tenaga dan jaga makan.

Jaga makan tu yang macam saya cerita kat atas; banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kurangkan makanan berminyak.

Nak lagi rasa cergas, cuba set kan masa sehari mesti 30-45 minit jalan kaki. Kira jalan kaki ni adalah senaman ringan.

Supplement cergas badan untuk Mama Breastfeeding

Supplement yang saya amalkan : ESP РEnergizing Soy Protein

Masa saya pantang anak pertama, ESP ni lah penyelamat di kala saya dah rasa hampir ‘give up’ breastfeeding.

Ya lah, penat tak terkata lepas breastfeeding. Rasa apa aku ni, kerja rumah pun tak boleh buat.

Tak boleh jadi! Kena cuba apa yang boleh ni.

Penyelamat ku!

Saya teguk je bancuhan ESP ni, Ya Allah, segar betul rasa badan saya.

Gembira tak terkata!

Lepas tu, macam-macam kerja boleh buat.

Yeah!! Saya berjaya kalahkan rasa penat itu!

Macam mana ESP bekerja bantu Mama?

ESP mengandungi protein dari soya. Bahasa mudahnya ianya membekalkan protein dalam badan.

Mama letih antara sebabnya adalah sebab sel-sel dalam badan Mama dah ‘wear out’. Bila sel dalam badan tak cergas, badan Mama pun secara keseluruhannya pun susah nak cergas atas 4 sebab kat atas.

Jadi untuk kasi sel-sel dalam badan lebih cantik dan bertenaga, sel ni kena makan banyak sikit. Makanan sel adalah protein.

Sebab tu bila Mama ambil ESP sebagai bekalan protein, Insya-Allah badan lebih cergas bertenaga sebab sel-sel badan dah dapat makanan yang cukup.

Kalau Mama nak cuba ESP, boleh dapatkan dari saya terus.

Hubungi saya dekat :

Khadeejah Hasmad
Whatsapp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares