4 TIPS PENGENDALIAN SUSU SEMASA BALIK KAMPUNG

Yeay, cuti sekolah kembali lagi ! 😘

Cuti sekolah 2 minggu nih saya pasti, jemputan kenduri kahwin mesti bersusun punya. Jadi, ada yang plan nak balik kampung makan kenduri dengan keluarga? Sure ada punyalah.

Tapi kan tiba-tiba mood happy nak balik kampung terganggu. EBM punya pasal. Terus terpikir, macamana nak handle stok EBM nih? Nak travel balik kampung dah la sampai 7-8 jam. Tak termasuk nak kena redah jam lagik. Aiyak, macam mana nih? Terus hilang mood nak packing baju. 😭

Mahu balik kampung dalam keadaan tenang dan happy?

Okay, ibu-ibu yang gagah lagi perkasa, seperti biasa hadirnya saya di sini untuk berkongsi dengan anda semua 4 tips penting untuk kendalikan susu waktu balik kampung nanti. Takdelah kelam kabut nanti. 😉

TIPS #1: EBM SEJUK ATAU BEKU?

EBM sejuk sebenarnya lebih mudah dikendalikan. Kenapa? Mustahil untuk EBM beku kekal beku sepanjang perjalanan. Unless, uoolss ada bekas penyejuk yang suhu boleh maintain macam dalam freezer. 😝

EBM beku yang cair mesti dihabiskan dalam tempoh 24 jam kerana tak boleh dibekukan balik. Kalau 2-3 botol boleh ler, kalau 10 botol mampu ke nak habiskan? Nanti membazir je. Nak ke bersaudara dengan syaitonnirrajim? Hehe.

TIPS #2: CARA KEKALKAN SUHU EBM SEJUK

Jadi, macamana nak maintain suhu EBM sejuk nih sepanjang perjalanan balik ke kampung yang berjam-jam lamanya? Ada beberapa barang yang anda perlukan. Sedia pen dan kertas. Okay, jom kita buat checklist sama-sama:

✔ Kotak polisterin/cooler bag or box/thermos gabak/ice box

✔ Garam kasar

✔ Ais pack/ais ketul (kalau pakai ais ketul, bekukan guna bekas besar2 sikit supaya lambat cair)

✔ Milk liner yang berlabel (sebab lebih menjimatkan ruang atau guna je apa2 bekas yang sesuai)

✔ Tuala lembap yang besar dan tebal  (pastikan tuala yang dah basuh kang basi EBM, hehe😜 )

✔ Surat khabar lama

Cara nak susun dalam bekas pilihan anda.

Lapisan pertama letak garam kasar.

Lapisan kedua ice dan lapisan ketiga EBM sejuk yang guna milk liner ke botol ke apa. Lagi banyak garam dan ais, lagi bagoih. Lepas tu ulang balik step tadi.

Buat sampai habis lah barang-barang tuh. Macam ala-ala essemble layer lasagna gitu. Hahaha. 😋

Last, kat bahagian atas sekali. Jangan lupa letak tuala lembap tuh dengan surat khabar lama tebal2.

Untuk kekalkan suhu EBM sejuk sebaik yang mungkin. Harap-harap ibu-ibu semua faham lah ye penerangan saya nih. 😁

TIPS #3: FIFO

Apakah FIFO ? Bukan FIFA bola sepak tuh tau. 😆 FIFO ni First In, First Out. Jadi bila dah selamat sampai kat kampung nanti, cecepat simpan balik dalam peti ais kat kampung.

Lepas tu, gunakan EBM ikut turn perahan.  Itulah pentingnya kena label EBM ikut tarikh,masa dan kuantiti.

Jangan nanti pakai ambik je ikut suka hati ya ibu-ibu. Supaya bayi anda sentiasa minum susu yang berkualiti. Ikut turn. First in, First Out.

TIPS #4: SET MIGHTY 3 GEM

Ada kemungkinan susu akan drop semasa travel sebab letih. Jadi untuk elakkan perkara ni terjadi, saya sarankan ambil Set Mighty 3 Gem siap-siap.

Tips Bawa Susu Perahan Balik Kampung

Set ni sangat bagus untuk boostkan energy dan mengandungi ESP, performance drink dan mealshakes.

Haa, set ni satu family boleh join. Mealshake tu boleh bagi kat anak-anak sama untuk maintainkan diorang imun sistem. Insya-Allah takdelah nak demam ke apa waktu tengah happy bercuti nih.

Suami pun digalakkan join ambil set ni jugak. Takdela asyik menguap je time drive, tak gitu? Hehe.

Insya-Allah, badan kekal cergas bertenaga, susu pun maintain meriah.  Baru nikmat bercuti bersama keluarga tercinta. Kan? 😍

Selamat bercuti ibu-ibu tersayang ! ❤

Set Mighty 3 Gem

Set Puasa

Berminat untuk order?

Hubungi saya:

Khadeejah Hasmad

WhatsApp : 019 477 3457

Oh, Shaklee ID saya: 858755 ^_^

3 Comments

  1. MNH 17 June 2015
  2. roslina mohd sobri 30 June 2015
  3. nadiah 6 July 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares