Breastfeeding Tips

4 Tips Selamatkan Susu Ibu Jika Blackout

Kadang bukan kita boleh control pun electricity. Time nak blackout, tiba-tiba je blackout. Kalau 5-10 minit, ok lagi lah kot. Tapi dibuatnya berjam-jam, apa khabar stok susu dalam freezer?

penyusuan susu ibu blackout

Ok, saya kongsikan 5 tips yang ibu-ibu boleh buat jika tiba-tiba blackout. Boleh bersiap sedia just in case 😉

4 Tips Selamatkan Susu Ibu:

  1. Generator
    Kalau anda ada generator, boleh guna generator untuk supply electricity kepada freezer sementara black out
  2. Tumpang Susu
    Tumpangkan susu kepada jiran atau kedai berdekatan yang tak blackout. Tapi pastikan ada label lah
     
  3. Jangan Buka Freezer
    In case anda tiada 2 di atas, bila blackout, jangan buka freezer.

    Konsep freezer, makanan akan kekal beku jika blackout, tapi hanya jika freezer itu penuh. Maksudnya tiada ruang kosong. Jadi untuk kes stok susu anda, untuk persediaan blackout, penuhkan ruang kosong dengan bekas air yang akan jadi ais.

    Pinjam gambar kat Google

    Stok susu letak di tengah-tengah freezer, jauh dari dinding freezer. Menurut USDA, freezer yang penuh akan kekal tahap beku untuk tempoh 48 jam jika pintu freezer kekal bertutup. Kalau separa penuh, tahan 24 saja lah.

  4. Kalau dalam cooler
    Pack cooler sepadat yang mungkin untuk melambatkan stok cair.Suratkhabar yang digumpal adalah penebat yang baik jika ada ruang kosong dalam cooler. Tutup dengan selimut pun membantu stok kekal beku

Macam mana kalau susu dah mencair sepenuhnya?

Susu yang mencair sepenuhnya boleh digunakan dalam masa 24-48 jam, dan tidak boleh dibekukan semula.

Tapi kalau baru nak mencair, maksudnya masih ada kristal ais, tu boleh bekukan semula.

Moga entry ini bermanfaat untuk anda 🙂

Berminat nak dapatkan Set Breastfeeding Shaklee?

iklan 1

Roger roger lah ya 😀

iR Khadeejah Hasmad
SMS/WhatsApp: 019 409 3457

==========================

Nota: Berminat nak jadi ahli Shaklee? Untuk makan sendiri pun saya terima, kita tak paksa buat bisnes 😀 Tapi kalau nak buat bisnes, kita akan bantu semaksima mungkin 😀

Hanya RM 75 (WM)/RM 85 (EM) untuk jadi ahli Shaklee 😀 Hubungi saya, Khadeejah Hasmad di SMS/WhatsApp 019 409 3457 untuk mendaftar sekarang!

Similar Posts

2 Comments

  1. Assalamualikum dear… Saya sedang berpantang anak ke3, masa anak pertama dan kedua, buah dada sebelah kiri mmg saya x pernah bagi sbb puting tersumbat so bb x nak & saya give up menyusukan sebelah kiri… Alhamdulillah mungkin sbb niat nak bagi bb menyusu 2 thn, buah dada kanan dpt hasilkan susu yg byk. Tapi kini saya cuba meransang susu dari buah dada kiri menggunakan pam sbb bb x mo isap, alhamdulillah ada walaupun hasilnya x byk. Jadi kalau nak buat power pumping, sebelah kiri ni pun boleh ke?

    1. Assalamu’alaikum wrt wbt Dear Puan Alija 🙂

      Alhamdulillah, Tahniah Puan!

      Ya, digalakkan Puan untuk buat power pumping di sebelah kiri. Kalau susu susah nak keluar, bagus guna teknik marmet, iaitu perah menggunakan tangan. Kadang-kadang ada kes di mana perah menggunakan pam, tapi susu tak keluar. Tapi bila guna tangan, susu keluar dengan sangat banyak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *