Business Diary

Bukan Senang Nak Senang

The higher you soar, the more difficult challenges you will face. Nak berjaya ni bukan senang. Akan ada ramai pihak yang pandang serong, kata bukan- bukan, condemn lagik. Asam garam lah tu. Nak jadi ‘katak pekak’ bukan senang.

Di awal- awal fasa nak setup business, cabaran dari segi nak cari potential buyer, dari segi modal, dari segi ilmu promosi, ilmu untuk consult masalah customer.

Bila dah lali dengan ujian yang boleh dikatakan senang, akan di uji pulak dengan orang condemn sana sini, cakap macam lah kita tak tahu apa. Hahahaha. Tapi semuanya berbalik kepada, sejauh mana hubungan kita dengan Sang Pencipta. Kalau betul kita mahukan CInta Dia, kita akan nampak semua cabaran ni adalah buah- buah cinta untuk kita dekatkan diri kepada Nya

Dan sekali lagi saya bersyukur di temukan dengan biz network yang tak habis- habis cerita tentang, betapa pengasihnya Allah itu. Betapa Allah itu tak rigid dalam sesuatu perkara. Betapa Allah itu sangat3 menyuruh manusia berusaha sehabis baik, bukan tengok kelemahan manusia lain

“Dear Allah, help us sees good in other people.”

Buat bisnes ni bukan takat jual, ia mendidik hati. Kalau anda pergi majlis ilmu, tapi balik dok kondem orang sana -sini, cuba cek balik. Apa yang anda dapat. Adalah lebih indah jika setiap perkara yang kita buat tu, semuanya mendekatkan diri kepada Allah.. Bukan takat nampak buruk manusia lain.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *