5 Aktiviti Best Bercuti di Ostrich Farm, Port Dickson

Port Dickson dengan Lembah Klang ni dekat sangat, paling lama pun dalam sejam lebih memandu.

Kami tahu tentang Ostrich Farm ini bila adik saya kongsi gambar yang anaknya sedang menunggang Ostrich. Wah! Menarik. Tak pernah jumpa tempat macam tu.

Bila kami sendiri yang pergi, memang best lah.

Minggu lepas saya ajak keluarga besar saya untuk bercuti di Ostrich Farm bersama kami untuk kali kedua.

Nasib baik driving dekat sangat.

Cara pergi Ostrich Farm

Ianya terletak di Teluk Kemang, Port Dickson. Paling senang, ikut sahaja waze Ostrich Farm Port Dickson.

Fee masuk

Ada fee masuk Ostrich Farm. Untuk dewasa RM 15. Kanak-kanak mula 4 tahun dan ke atas RM 10.

Kemudian kita akan di beri macam gelang pass untuk pakai.

Dalam tu sejurus masuk pastikan beli makanan untuk binatang berharga RM 3 untuk seikat rumput/lalang.

Seikat untuk seorang dah cukup. Kami hari tu beli 4 ikat untuk lebih 13 orang – payah nak habis.

5 Aktiviti Highlight Yang Menarik

Semua aktiviti pun menarik, tapi saya kongsikan yang highlight bagi kami terlebih dahulu.

1/ Bagi kambing makan

Mula-mula kita akan berjumpa dengan kambing dalam kandang yang minta makanan.

Jinak betul kambing ini, kami boleh usap kepala dan tanduk kambing-kambing ni. Kalau ada peluang, ada kambing yang akan di biarkan berkeliaran di luar kandang untuk kita pegang.

Biasanya lama juga di bahagian kambing ni sebab tempat pun teduh.

2/ Bagi Ostrich makan

Selepas itu jalan sikit ke depan untuk jumpa nenek dan atuk Ostrich.

Katanya Ostrich ini dah bersara, jadi sebab itu banyak bulu Ostrich dah nampak tercabut.

Ostrich-ostrich ini pun makan rumput tadi. Ia jinak. Nak pegang bulu mereka pun, Ostrich ini tak akan marah kita. Di sini belum lagi tunggang Ostrich.

3/ Tunggang kuda

Antara aktiviti yang paling Maryam suka di sini adalah aktiviti tunggang kuda. Bukan semua kuda Maryam suka sebab di Taman Tasik Titiwangsa dia tak mahu naik.

Mungkin sebab kuda di Ostrich Farm ini nampak bersih dan kemas, jadi Maryam lebih tertarik nak tunggang.

Bayaran untuk satu pusingan tunggang kuda adalah RM 5 untuk kanak-kanak.

4/ Tunggang Ostrich

Muhammad memang suka tunggang Ostrich selain dari tunggang kuda. Muhammad semua pun dia nak cuba.

Tunggang Ostrich ini bergantung kepada cuaca. Kalau tanah ok tak lecak, boleh tunggang.

Nama Ostrich ini Soleh. Kena tutup kepala Ostrich supaya dia tak takut.

Tapi kalau pagi tadi hujan, ada sikit lecak, terpaksa batalkan aktiviti tunggang Ostrich sebab takut Ostrich jatuh masa jalan nanti.

Dewasa boleh tunggang, kanak-kanak pun boleh. It is such a new exciting experience!

Fee untuk tunggang Ostrich adalah RM 10 untuk satu round.

5/ Beri Arnab makan

Ada satu kandang arnab di tutup dengan pintu kayu yang di set untuk auto tutup.

Kandang ini best sebab arnab-arnab di biar bebas. Kita boleh pegang arnab, peluk, usap, main bersama arnab.

Dapatkan dedak untuk makanan arnab di bahagian bayar untuk tunggang kuda dan Ostrich.

Arnab memang makan rumput. Tapi bagus bagi makan dedak.

Anak-anak suka betul duduk di sini sebab arnab kan comel. Ada anak arnab, mak arnab dan nenek arnab.

Sambil bagi makan pada arnab, ada arnab-arnab lain main kejar-kejar di kaki kita. Wah best!

Bersama sepupu

Makan di Ostrich Farm

Ostrich Farm ini ada cafe kecil yang menawarkan satay Ostrich dan juga telur dadar yang dibuat dari telur Ostrich. Kami tak makan satay tersebut, hanya makan telur dadar.

Overall untuk keluarga yang ada anak kecil, memang best betul datang Ostrich Farm ini.

Cuma elok datang awal pagi Рia dibuka jam 9:30 pagi. Sebabnya bila mula lewat, jalan akan jem dan orang bertambah ramai untuk bagi binatang makan; nanti tak dapat pula berlama- lama dengan binatang.

Terima kasih sebab sudi baca.

Jom ke Ostrich Farm hujung minggu ini.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares