Eiffel Tower | Europe | Paris

5 Aktiviti Keluarga Di Eiffel Tower

Paris dikatakan kota cinta oleh ramai manusia. Saya pun tak pasti kenapa. Mungkin sebab bangunan Eiffel Tower yang nampak cantik.

Eiffel Tower di Paris bukan setakat untuk pasangan suami isteri yang hangat bercinta, tetapi bagus juga untuk bawa seisi keluarga.

5 Aktiviti Keluarga di Eiffel Tower :

(1) Ambil gambar dan buat video

Macam biasa, kena ambil gambar untuk kenangan diri sendiri dan jika ada talian internet, bagus lah buat Live di Facebook sebagai inspirasi buat kawan-kawan yang belum pernah sampai.

(2) Kejar burung

Anak-anak kami suka betul bermain di taman berdepan dengan Eiffel Tower. Antara yang buat mereka ralit sangat adalah aktiviti mengejar burung merpati. Kalau ada bawa roti, boleh lah campak sikit untuk makanan burung.

Selain daripada itu, taman tersebut turut ada playground kecil. Cumanya anak-anak kami dah leka sangat dengan burung, tak pandang dah playground.

Sibuk nak cari burung lain

(3) Jogging bersama

Ramai sangat kami jumpa tourist jogging di sekitar Eiffel Tower. Boleh lah buat pusing beberapa round. Lagipun kawasannya luas, kalau pakai pedometer, mana tahu dapat sampai 10,000 steps.

Muhammad suka bila atok ajak jogging.

(4) Naik Eiffel Tower

Yang ini kami tak naik. Tapi kelihatan ada beberapa pilihan iaitu sama ada naik tangga atau naik lif.

(5) Piknik

Duduk saja depan Eiffel Tower tu sambil piknik makan sandwich pun boleh. Bukan selalu pun kan.

Semoga entry ini bermanfaat untuk anda yang bakal bawa anak-anak kecil ke Eiffel Tower di Paris, France. Thanks for reading!

Ikuti juga saya di Facebook dengan hashtag #deejatravelstories

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *