produk merawat gout dengan cepat
Gout

5 Cara Merawat Gout Supaya Tak Perlu Kerap MC

Gout adalah sejenis penyakit keturunan yang biasanya menyerang kaum lelaki. Jarang atau hampir tak pernah lah dengar wanita kena.

Biasanya gout menyerang di waktu tengah malam atau sebelum subuh. Sakitnya mencucuk macam berjalan atas serpihan kaca. Bahagian diserang juga akan membengkak dan naik merah menyebabkan susah nak jalan.

Pulak tu sakit gout ini bila datang, lambat betul nak surut, kadang ambil masa berhari-hari untuk bengkak di bahagian sendi untuk surut, kadangkala berminggu.

produk merawat gout dengan cepat

Ramai pesakit gout terpaksa bergantung kepada painkiller untuk menjalani rutin harian.

Apak saya merupakan salah seorang pesakit gout sebelum ini. Biasanya masa kami kecil dulu, apak selalu kena gout di bahagian ibu jari kaki, bengkak sangat hingga kami panggil ia ‘jari donat’.

–> Baca juga 5 petanda sakit gout

Punca serangan sakit gout

Antara punca yang semua pesakit gout sedia maklum, gout ini datang asbab tahap asid urik terlalu tinggi dalam badan. Pesakit gout ini berbeza dengan orang biasa.

Buah pinggang pesakit gout kurang cekap memproses asid urik dalam badan berbanding buah pinggang orang biasa. Sebab itu mereka lebih mudah diserang dan sakit ini bersifat keturunan.

Ia bukan petanda buah pinggang pesakit gout itu rosak, cuma ‘design’ nya agak berbeza dan menyebabkan asid urik yang berlebihan tak dapat dibuang dengan cepat dan efektif.

–> Baca juga 5 punca sakit gout yang anda perlu tahu

Pantang-larang makan pesakit gout

Antara yang paling pantang sekali untuk pesakit gout adalah makanan laut. Ini termasuklah kerang, ketam, udang dan sotong. Makan sikit sahaja dah boleh menjemput serangan gout tanpa belas.

Organ seperti hati dan limpa juga mengandungi asid urik yang sangat tinggi. Berhati-hati.

–> Baca juga 6 makanan pantang pesakit gout

Walaupun pesakit gout banyak pantang, ada juga beberapa jenis makanan yang kalau amalkan boleh elak serangan gout daripada berulang.

Makanan yang telah terbukti secara saintifik membantu mengawal asid urik dalam badan termasuklah kopi, makanan berprotein seperti ayam dan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

–> Baca juga 5 makanan yang bagus untuk pesakit gout

5 cara merawat gout supaya tak perlu MC lama-lama

Hari ini saya nak berkongsi 5 cara mudah untuk rawat gout dari rumah dengan berkesan supaya cepat lega dan tak perlu MC kerja lama-lama.

Ini penting terutamanya jika anda dah selalu sangat kena gout, tak dapat pergi ke hospital untuk dapatkan rawatan, jadi boleh terus ikuti cara-cara ini.

#1 : Selang seli rendam kaki panas dan sejuk

Rendam bahagian radang gout dalam air suam atau air panas  selama 3 minit. Kemudian keluarkan dan rendam dalam besen berisi ais selama lebih kurang seminit.

Ulang 3 kali sehari untuk melegakan sakit serangan gout.

#2 : Jus lemon

Untuk melegakan sakit gout, ianya penting untuk meneutralkan asid urik yang berlebihan di dalam badan. Ini boleh dilakukan dengan pengambilan jus lemon, baking soda dan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C.

Campurkan jus lemon dengan 1 sudu baking soda. Biar sebentar sehingga bunyi fizz berhenti. Kemudian campurkan dengan segelas air.

Minum sebanyak 3 kali sehari.

#3 : Buah ceri

Buah ceri terbukti secara saintifik merupakan salah satu makanan yang mengelakkan serangan gout daripada berulang. Ini kerana buah ceri mengandungi anti-radang semulajadi yang membantu mengurangkan sakit gout.

Pesakit gout digalakkan untuk ambil 15-20 biji buah ceri setiap hari.

#4 : Garam Epsom

Garam ini boleh didapati di farmasi. Campurkan garam Epsom ke dalam air suam dan rendamkan bahagian yang diserang gout ke dalam rendaman tersebut. Insya-allah ia akan melegakan sakit.

#5 : Supplement Vivix

Jika gout anda tetap kerap menyerang walaupun dah amalkan 4 cara di atas, saya sangat galakkan untuk anda ambil supplement Vivix.

Vivix adalah sejenis supplement dari Shaklee berbentuk minuman. Rasa Vivix ini macam ribena tetapi pekat. Ia adalah supplement semulajadi yang boleh di bancuh bersama air atau di ambil begitu sahaja.

–> Baca juga mengenai apa itu Vivix

Vivix mengandungi resveratrol yang di ambil dari bahan-bahan semulajadi termasuk anggur muscadine, lobak unggu, european elderberry dan japanese knitweed. Resveratrol juga terbukti secara saintifik membantu merendahkan bacaan asid urik di dalam badan pesakit gout.

–> Baca juga 10 soalan lazim mengenai Vivix

Pengalaman pesakit gout yang mengamalkan Vivix

Hari ini saya kongsikan 2 kisah tentang gout dan Vivix. Saya teruja sebab Apak saya sendiri memang amalkan Vivix.

Perkongsian #1 : Apak banyak kali operate kaki sebab gout

Apak kena gout sejak zaman kami sekolah lagi. Dulu banyak kali apak di masukkan ke hospital untuk pembedahan di bahagian kaki, sampaikan kalau apak masuk hospital, saya memang dapat agak ini mesti sebab kaki.

Macam-macam ikhtiar alternatif apak pernah cuba termasuk makan telur penyu. Tapi gout tetap datang menyerang semula.

Hingga lah saya dapat tahu tentang Vivix membantu pesakit gout, jadi saya pun belikan berbotol-botol Vivix untuk apak.

Tak sangka, akhirnya gout apak hilang. Sebulan selepas apak konsisten Vivix yang saya borong, kami sekeluarga melancong ke Istanbul dan 2 minggu selepas itu ke Jepun.

Bayangkan, apak boleh berjalan kaki semasa berjalan-jalan di sana tanpa sakit langsung. Subhanallah alhamdulillah.

–> Untuk kisah penuh, jemput klik untuk pengalaman kisah apak gout selama berpuluh tahun

Perkongsian #2 : Gout Ayah Zarith, dulu setiap hari ambil painkiller

Ayah Zarith meghidap gout sejak usia ayah 30-an. Ada sekali tu masa Zarith call rumah, ibu kata ayah tak boleh nak jalan. Terpaksa seret je kaki memapah ke dinding akibat gout.

Sudah tentu nak drive kereta pun tak boleh. Zarith sangat risau. Kerap juga ayah kena begitu, sampaikan bila termakan makanan yang ada perencah ikan bilis pun, ayah boleh terkena gout.

Ayah terpaksa bertahan dengan painkiller setiap hari untuk buat aktiviti seharian.

Tahun 2013 Zarith baru dapat tahu tentang resveratrol dapat mengatasi masalah asid urik, dan satu-satunya supplement yang ada 10 kali ganda resveratrol adalah Vivix.

Tapi ayah pula jenis susah nak makan supplement. Takut ayah tak makan pula nanti.

Zarith kuatkan semangat beli juga demi tak nak tengok ayah jalan memapah dinding lagi. Alhamdulillah ayah suka pula makan.

Syukur alhamdulillah minggu pertama ayah makan, dah boleh tinggal painkiller. Sebulan selepas itu, seminggu penuh ayah langsung tak makan painkiller.

Ayah cakap “Bagus la vitamin awak bagi ayah tu. Dia boleh lawan asid urik dalam badan ayah. Ayah tak payah makan ubat tahan sakit lagi.”

Syukur alhamdulillah, menitik air mata Zarith kat ofis masa dengar. Sampai sekarang Zarith masih bekalkan Vivix untuk ayah kekal sihat yang dah pun 70-an.

-Puan Zarith

Cara Untuk Dapatkan Vivix Ikhtiar Rawatan Sakit Gout

Untuk pesakit gout yang dah hampir 20 tahun kena gout, saya sarankan sekurang-kurangnya cuba dulu dengan 3 botol Vivix. Ini kerana ianya mengambil sedikit masa untuk menampakkan kesan positif sebab Vivix bukan ubat.

Mak saya sendiri bagitahu yang kalau sebotol atau 2 botol belum nampak kesan apa sangat.

3 botol Vivix ini hanya bernilai RM 1,510.

cara cepat menghilangkan sakit gout

Mahu lebih penjimatan?

Untuk dapatkan penjimatan, anda boleh terus daftar sebagai ahli Shaklee. Ahli Shaklee boleh menikmati penjimatan sebanyak 15% dari harga biasa.

Untuk daftar jadi ahli sekaligus dapatkan 3 botol Vivix pada harga ahli, anda boleh terus hubungi saya :

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/Whatsapp : 019 477 3457
(Atau klik terus untuk Whatsapp : www.wasap.my/60194773457)
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *