5 Petua Menambahkan Berat Badan Secara Sihat
Assalamua’laikum dan salam 1 Zulkaedah 1436H ?
Anda terlalu kurus? Ya, entri ini khas untuk anda ?
Meh saya kongsikan beberapa petua untuk tambahkan berat badan secara sihat
Petua #1: Makan
Dah nak tambahkan berat badan, memang wajiblah makan, makan dan makan. Tapi makanlah makanan yang ada khasiat. Jangan dah nak tambahkan berat badan, kome telan je semua jenis makanan macam junkfood, air manis, fastfood dan macam-macam lagi.
Itu tambahan berat badan secara tak sihat namanya. Dan jangan biarkan perut kosong. Tapi ada jugak yang stail makan macam raksasa badan idok jugak naik-naik. Tak tahulah nak kata untung ke rugi. Hehe
Petua #2: Makanan
Nak makan mende? Makanlah hidangan lengkap yang ada karbohidrat, protein, sayur-sayuran dan buah-buahan. Jangan skip makan. Kalau boleh sehari makan 5-6 kali sehari iaitu termasuk makan in between meal.
Kalau main course macam time sarapan, lunch dan dinner. Makanlah makanan berat lagi berkhasiat. Janganlah makan biskut kering 2 keping cicah air teh. Tak cukup khasiat betul makan gitu.
In between meal, sesuai sangat kunyah kekacang macam roasted almond, makan kurma, minum susu dan lain-lain. Kiranya makan atau minum yang padat dengan khasiat dan badan dapat serap dengan cepat. Pepandailah pilih ikut selera dan kemampuan masing-masing. Ukur makanan di perut sendiri gitu. Hehe.
Petua #3: Elak kafein
Kalau boleh elakkan atau kurangkan minuman berkafein macam kopi dan teh. Sebab minuman berkafein boleh menyebabkan badan susah nak menyerap khasiat-khasiat.
Petua #4: Elak processed food
Seeloknya elakkan terus makan processed food macam sosej, nugget, fries dan banyak lagi. Makanan gini selalunya banyak sangat bahan kimia dan trans-fat serta lemak jahat. Walaupun hakikatnya, makanan macam ni sangatlah sedap. Hehe. Alah, kalau rajin boleh je buat homemade.
Petua #5: Set Tambah Berat Badan Shaklee
Terdapat 3 supplement wajib diambil untuk tambahkan berat badan secara sihat:
- Mealshakes – Untuk merangsang selera makan
- B-complex – Untuk menambah selera makan
- Vita-lea – Untuk melengkapkan nutrisi dan mineral dalam tubuh
Semoga perkongsian yang ini dapat membantu anda serba sedikit untuk menambahkan berat badan secara sihat
Anda berminat untuk order Shaklee? Boleh hubungi