Breastfeeding Tips

6 Punca Bayi Anda Menolak Direct Feeding

Assalamua’laikum dan salam 22 Ramadan !

Semalam saya dah coretkan entry cara nak bagi bayi direct feeding balik di link ni ☞ http://temp.diaryofmuhammad.com/apa-nak-buat-kalau-bayi-menolak-direct-feeding/

Hari ni saya nak bagitau pulak 6 punca yang boleh menjadi sebab bayi anda menolak direct feeding

Okay, meh cek nak habaq 6 punca tersebut:

Punca #1: Keliru Puting/Nipple Confusion

Keliru puting ni terjadi apabila bayi anda telah disogokkan dengan susu botol terlebih dahulu. Asyik bagi dia puting palsu (pacifier) pun boleh jadik juga. Kenapa bayi anda boleh keliru ni antara puting botol susu dan puting payudara? 🙈

Sebab bila hisap susu botol, flow susu dari botol lebih laju dan lebih mudah dihisap. Kalau nak hisap puting original iaitu puting payudara memerlukan bayi usaha yang lebih menggunakan otot-otot yang comel dari mulut bayi.

Siapa tamau kerja senang kan? Hehe. Bayi lagi pun dah cerdik. 😁

bayi tolak direct feeding

Punca #2: Kesihatan

Ibu yang tidak sihat juga boleh menjadi punca bayi menolak direct feeding disebabkan rasa susu yang mungkin terkesan dari pengambilan ubat-ubatan.

Kalau ibu sihat, bayi pulak tak sihat macam demam, batuk, selesema, sakit gigi, baru lepas kena cucuk dan lain-lain lagi. Ye lah, kita kalau tak sihat kan tak berapa lalu nak makan sebab hilang deria bau dan rasa buat sementara waktu. Huhu

Punca #3: Posisi Menyusu

Bayi kalau dia tak selesa dengan cara kita susukan dia pun boleh jadi dia tolak direct feeding. Dah tak selesa, nak menyusu pun tak lalu gitu. Jadi pepandailah adjust ikut keselesaan bayi dan juga anda ya. Hehe.

feedposiPunca #4: Aliran Susu/Milk Flow

Kalau aliran susu anda terlalu laju, bayi anda mudah tersedak. Jadi bayi macam seriau sikit nak hisap, asyik tersedak ye dak. Kalau slow sangat, bayi pulak meraung sebab penat hisap tapi susu tak seberapa dan juga bayi tak kenyang. 😭

Punca #5: Gigit dan Terkejut

Apa yang gigit dan terkejut nih? Hehe. Maksudnya bayi bila mai dia punya gatai gusi, memang suka gigit puting breast. Bukan setakat puting breast, jari kita la, mainan la asal semua yang boleh gigit, dia gigit. 😷

Jadi, kekadang bayi ni bila dia gigit, kita pun terkejut lah. Ada mak yang terjerit lah. Termarahlah. Tahu anda marah-marah manja je. Hehe. Tapi bayi anda pun kus semangat. Takut jap bila mak dia jerit gitu. Merajuklah kejap. Terus mogok tamau direct feeding. 😒

Punca #6: Bau Badan

Bayi kita ni sejak lahir ke dunia lagi memang dah cam bau badan ibu dia. Hebatnya ciptaan Allah. Contoh ler sejak bayi kita lahir kita asyik pakai sabun atau perfume yang sama.

Tetiba rasa nak tukar perfume pulak pakai yang Mr. Zauj kasik time anniversary baru-baru ni. Hihi. Bau badan pun dah bertukar, kes dah tukar perfume.

Bayi pun macam konfius,”Betui ka ni mak aku nih? Lain macam ja bau. Ntah-ntah mak kawan aku pa. Jenuh satgi hisap nenen orang lain, tak pasai-pasai jadi sedara susuan”, kata si bayi dari utagha dalam hati. Hehe. Macam lawak pun ada, tapi boleh jadi.

Haa,macamana ibu-ibu? Boleh trace tak apa punca bayi anda menolak direct feeding?

Nak setelkan pulak masalah takmo direct feeding boleh terjah entry ni tau http://temp.diaryofmuhammad.com/apa-nak-buat-kalau-bayi-menolak-direct-feeding/

Anda berminat nak order Shaklee? Jangan segan silu hubungi saya

admin-ajax.php

 

 

 

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *