Staycation

5 Sebab Kami Suka Staycation di Hotel Concorde, Shah Alam

Dulu masa suami kerja Petronas, selalu lah kami merasa hotel mewah.

Dah namanya kena duduk hotel sebelah KLCC, apa lagi, kan? Lagipun memang company sponsor.

3 hotel biasa kami duduk – Hotel Maya, Hotel Impiana dan Hotel Mandarin.

Paling best antara tiga itu adalah Hotel Mandarin.

Ambience nya, makanan nya, semua lah.

Selepas suami memilih untuk resign Petronas, kami mula merasa hotel bajet.

Masa itu kami masih menetap di Kerteh, Terengganu.

Bukan saja-saja bermalam di hotel, tetapi bila turun ke Lembah Klang sebab mahu join program iReach Shaklee dan bila rumah mak penuh, terpaksa juga duduk hotel.

Kadang-kadang sebab hotel lebih dekat dengan tempat program, itu yang bermalam di hotel.

Selesai program baru balik rumah mak.

Yang paling biasa dan paling selesa masa itu adalah Hotel Pegasus Seksyen 15, Shah Alam.

Tapi tahun baru-baru ini bila kami cuba lagi Hotel Pegasus, macam dah tak berapa bersih macam dulu.

Mungkin sebab ia hotel bajet dan tidak cukup dana untuk upah lebih ramai cleaner.

Hotel bajet lain yang pernah kami rasa adalah De’Art Hotel di Seksyen 7,Shah Alam.

Bawah tu ada laundry DIY dan beberapa kedai makan beserta MyMydin.

Kira convenient juga lah.

Selepas selesai program di Selangor/KL, dalam perjalanan balik ke Kerteh pula, kami suka singgah di Bentong untuk bermalam di hotel bajet Tras Mutiara.

Antara aktiviti menarik di Bentong adalah mandi di Air Terjun Lanchang. (rasanya itu nama dia)

Subhanallah air terjun dan sungai di situ sungguh cantik dan menenangkan.

Tak sama langsung dengan Sungai Congkak di Kuala Lumpur.

Esok paginya biasa kami sarapan di sebuah kedai kecil dengan menu mihun goreng dan air teh panas bertemankan udara kampung yang segar dan tenang.

Memang best.

Banyak kali juga kami singgah di Bentong. Memang suka betul.

Pernah juga beberapa closing Shaklee di hotel Tras Mutiara tersebut.

Bila kami mula pindah ke Lembah Klang, dah tiada sebab untuk kami bermalam di hotel.

Dah rumah pun di kawasan Kuala Lumpur, kan.

Sehinggalah apabila FATC (Firdaus Azizi Training & Consultancy) mula tercetus dan kami telah berpindah sedikit di bahagian selatan Lembah Klang.

Ada masanya kelas suami di buat di Shah Alam.

Masa itu jarak Shah Alam dengan rumah sewa kami ada lah dalam 45 minit jika tidak jem.

Kalau jem, cecah juga sejam lebih.

Bila difikirkan, daripada masa terbuang atas jalan, dan bila balik dari kelas, suami akan keletihan dan tidak mampu layan anak-anak yang mahu melepaskan rindu, lebih baik sahaja lah bermalam di hotel berhampiran kelas.

Duit boleh di cari. Bonding bersama anak-anak menjadi keutamaan.

Lagipun, resign kerjaya Petronas pun memang sebab mahu lebih masa dengan anak-anak.

Bermula tahun 2015 kami dah mula kerap bermalam di 2 hotel pilihan iaitu Grand Blue Wave Hotel dan Hotel Concorde, Shah Alam.

Masa itu kami gunakan alasan kelas suami di Shah Alam untuk bermalam di hotel.

Bila bermalam di hotel, kita sedang keluar dari suasana rumah yang rutin dan sama setiap hari.

Yang kami perasan, sekali sekala bermalam di hotel boleh menjana idea segar untuk bisnes kami, FATC dan Shaklee.

Baru-baru ini kami bermalam di Concorde Shah Alam.

Alhamdulillah semasa bermalam itu, dapat juga kumpul dana untuk syarikat terbaru.

Dapat idea apa nak buat, dan dapat kumpul real dana.

Bila kita keluar dari rumah, kepala kita mula dapat tengok cabaran pada perspektif yang berbeza.

Dapat idea baru dan segar, dapat semangat baru dan segar.

5 Sebab Kami Suka Staycation di Hotel Concorde, Shah Alam

Buat masa ini kami prefer Concorde Hotel di Shah Alam sebab :

1/ Ada premier lounge

Kalau book bilik premier, dapat complimentary masuk premier lounge.

Di lounge ini boleh minum-minum dan buat kerja.

Baru-baru ini suami saya turun ke lounge untuk cuba buat video. Tak perlu dah keluar rumah meninggalkan keluarga semata-mata untuk hasilkan video panduan membantu usahawan di Malaysia.

—> Boleh lihat cubaan Live suami dari Desktop di Premier Lounge, Concorde Shah Alam

Jarang dapat buat Live asbab kekangan spesifikasi telefon, sebab itu cuba guna desktop.

berehat-di-premier-lounge-concorde-shah-alam
Mainan Princess milik Maryam

 

minum-di-premier-lounge-concorde-shah-alam
Minum Muhammad, Maryam dan suami saya

2/ Complimentary evening cocktail

Walaupun namanya cocktail, tapi makan evening cocktail ini sahaja dah cukup buat perut kami 5 beranak kenyang.

Dah tak perlu beli dinner.

Muhammad suka sangat sebab menu Sushi sentiasa ada.

3/ Terletak bersebelahan mall

Kalau diapers habis ke, atau nak berjalan ke, Plaza Masalam ada di sebelah hotel.

Jalan kaki sahaja tak sampai 10 minit.

Biasanya kami ke mall untuk makan tengahari.

4/ Sarapan yang sedap & ruang mini playground

Pelbagai pilihan sarapan itu memang normal lah untuk hotel.

Tetapi pelbagai pilihan sarapan yang betul-betul sedap, tak semua hotel mampu sediakan.

Biasanya kan, makanan hotel kering dan tidak berasa. Ini berbeza dengan Hotel Concorde Shah Alam.

Lebih-lebih lagi setiap hari biasanya menu berbeza.

Kami pernah bermalam hampir seminggu di Hotel Concorde, dan setiap hari itu juga menu adalah berbeza.

Secara umumnya, menu masakan melayu nasi lemak wajib ada.

Di samping itu menu tema negeri pun ada. Contohnya ada hari, ada tambahan laksam, ada tambahan menu nasi dagang dan ada hari juga menu tambahan briyani.

On top of that, kami suka sangat breakfast di hotel ini sebab terdapat mini playground yang disediakan untuk anak-anak.

Budak-budak kalau dah kenyang, mesti tak senang duduk. Lebih-lebih lagi si comel Hannah yang baru dapat kaki.

Asyik nak berjalan sahaja.

Jadi letak mereka di mini playground, sambil kita makan, sambil boleh monitor anak-anak bermain.

Kawasan ini terletak di luar dari kawasan berhawa dingin.

Tetapi ia tetap nyaman sebab banyak pokok rendang yang menutupi bumbung.

Rasa macam sarapan dalam taman sambil anak-anak bermain ria.

concorde-shah-alam
Sakan bermain. Mini playground ini di luar dari ruang makan biasa. Kita boleh bawa makanan ke luar untuk hirup udara segar – kena pastikan tiada perokok waktu itu.

 

staycation-concorde
Bila lapar kejap-kejap, minta makanan.

5/ Depan masjid biru Shah Alam.

Malam untuk solat maghrib dan Isyak, boleh ke masjid biru Shah Alam.

Masjid tersebut betul-betul bertentangan dengan hotel.

Anak-anak suka sebab masjid luas sangat, boleh berlari, menjerit ikut suka hati.

Tapi kita mak bapak kena jaga juga lah sebab masjid tu sangat luas.

Kalau solat tu, bergilir kalau anak jenis suka berjalan.

Kami pernah sekejap terhilang Maryam.

Tersentak jantung.

Dia ikut suami solat di atas. Waktu suami solat, boleh pula Maryam berjalan sendirian.

Selepas selesai solat, baru suami perasan Maryam hilang.

Gundah hati, Tuhan sahaja yang tahu.

Alhamdulillah Allah pandu Maryam untuk turun ke bawah cari saya dan adik-beradik lain di pentas yang dia selalu main.

Jadi, walaupun seronok, kena sentiasa berjaga.

Bermalam di Hotel Untuk Menjana Idea Lebih Segar

Oh, balik cerita duduk hotel.

Tak salah kalau nak duduk hotel saja-saja.

Kita ni manusia, kadangkala tepu juga otak dengan suasana yang sama.

Baru-baru ini baru saya tahu terma untuk saja duduk hotel sebab nak suasana berbeza adalah : Staycation.

Ia dinamakan Staycation sebab jarak hotel dengan rumah adalah sangat dekat, bukan perlu sampai ke luar daerah.

Kalau Vacation, maksudnya hotel dah 2-3 jam dari rumah.

Mula saya tahu style bermalam di hotel walaupun rumah sekangkang kera dari hotel, adalah bila super upline saya suka update dia duduk kejap di hotel sebelah MidValley Megamall.

Rupa-rupanya duduk hotel adalah salah satu aktiviti menjana minda dan merangsang produktiviti.

staycation-concorde
Klik untuk lihat video tutorial untuk pengguna Facebook PAge yang suami hasilkan semasa anak-anak bermain

Biasanya nak hasilkan video makan masa sehari suntuk. Tetapi alhamdulillah di hotel boleh pula cepat siap tanpa berjauhan dengan anak-anak.

Jika tak biasa, cuba lah dengan hotel bajet dahulu.

Sedikit demi sedikit, upgrade ke hotel premium.

Jom Staycation.

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *