5 Sebab Susu Ibu Merudum Teruk Yang Anda Perlu Tahu 

Susu ibu dihasilkan menggunakan konsep ‘supply and demand’. Di dalam bahasa melayu, ia juga dikenali sebagai ‘penghasilan dan permintaan’.

Secara mudah kata, susu ibu terhasil apabila bayi meminta susu. Pada saat bayi mula menghisap untuk minum susu, tubuh ibu akan mula memproses dan menghasilkan susu mengikut keperluan bayi.

–> Baca juga lebih lanjut tentang konsep supply and demand

Adakalanya bayi hanya perlukan susu yang sedikit. Tetapi ada waktunya, bayi kita sangat haus dan memerlukan susu yang banyak.

Petanda Susu Merudum

Kadangkala ibu  sering tersalah tafsir yang bayi menangis sebab nak susu. Sebenarnya, tidak semestinya bayi menangis sebab lapar nak susu.

Mungkin boleh jadi sebab kembung perut, atau tak selesa cuaca panas sangat, sejuk sangat pun boleh jadi sebab bayi tak selesa.

Antara petanda susu mula merudum adalah bila perah susu, ia tidak sebanyak yang biasa.

–> Baca juga 5 asas yang sangat penting untuk menjayakan penyusuan

5 Sebab Susu Ibu Merudum

Mari saya kongsikan di sini 5 perkara yang berpotensi menyebabkan susu ibu merudum dengan teruk.

#1: Amalan Beri Susu Formula Atau Air Kosong

Sebagai contoh, kita tambah susu formula atau air kosong atau air jus untuk minuman bayi walaupun bayi sedang menyusu susu ibu.

Apabila bayi meminta susu, kita perlu berterusan menyusukan bayi walaupun rasa seperti susu seperti telah kosong. Ini kerana hisapan bayi akan merangsang penghasilan susu.

Hari pertama mungkin susu yang kita hasilkan tidak mengikut apa yang bayi mahu. Tetapi ibu perlu teruskan lagi.

Perah susu di kala bayi tidak minta susu.

Apabila bayi kerap menghisap, badan ibu akan terima isyarat yang bayi ini memerlukan banyak susu pada setiap sesi penyusuan. Jadi, badan ibu akan hasilkan lebih banyak susu pada sesi penyusuan akan datang.

Jika ibu beri air kosong atau susu formula

Tetapi jika ibu mula beri air kosong atau makanan tambahan kepada bayi, bayi akan mula kurang kerap hisap susu.

Bila ini berlaku, badan ibu akan berpendapat yang bayi tidak memerlukan susu yang banyak, jadi tak perlu hasilkan susu yang banyak. Badan ibu hanya akan hasilkan susu jika permintaan ada. Permintaan terhasil dari hisapan bayi itu sendiri.

Lagi lama bayi menghisap, lagi banyak lah susu ibu yang akan terhasil.

Kebiasaannya ia mengambil masa 2-3 hari untuk bayi konsisten menghisap dengan jangka masa panjang mendapatkan susu yang banyak sehingga bengkak susu.

#2: Pemberian susu dari botol terlalu awal

Ada sesetengah, bukan semua, botol susu yang alirannya lebih laju dari apabila bayi menghisap payudara.

Apabila bayi menghisap botol, bayi akan dapati lebih mudah mendapatkan susu berbanding apabila menghisap payudara ibu.

Ini akan menyebabkan bayi mengurangkan hisapan kepada ibunya.

kenapa susu merudum

Dan apabila hisapan bayi kurang, badan ibu akan mendapat isyarat yang bayi tidak memerlukan banyak susu ibu.

Ini akan menyebabkan susu yang dihasilkan, merudum.

#3: Jaundice yang menyebabkan tempoh penyusuan tidak kerap

Sesetengah bayi yang baru lahir lebih kerap tidur berbanding bayi yang lain. Kebiasaannya bayi yang tidur lama ini adalah bayi yang sedang kuning atau jaundis.

Situasi ini boleh menyebabkan susu ibu merudum sebab kalau baby asyik tidur lama, ibu kebiasaannya akan perah susu selang 4-5 jam sahaja.

P.s : Formula banyakkan susu : Perah setiap 2-3 jam

Untuk bayi seperti ini, kejutkan bayi untuk menyusu. Susu ibu membantu mengurangkan bacaan kuning dengan cepat.

Ibu juga boleh mengambil inisiatif untuk perah atau pam susu setiap 2 jam sekali di waktu siang untuk memastikan badan ibu mendapat isyarat yang badan perlu hasilkan susu dengan banyak.

Waktu malam, ibu boleh pam susu setiap 4 jam sekali.

P.s: Bagus amalkan Alfalfa untuk bantu kurangkan jaundis bayi. Ia telah terbukti membantu ramai bayi yang jaundis sama ada baru kena atau yang mengalami ‘prolonged jaundice’

#4: Memendekkan waktu penyusuan

Kadangkala ada ibu memendekkan sesi penyusuan kerana beranggapan bayi telah kenyang, dan bayi hanya mahu menghisap tanpa susu.

Ibu perlu biarkan sahaja bayi menghisap payudara sehingga bayi sendiri yang lepaskan. Bayi tahu bila perutnya telah kenyang atau belum.

Lagipun, susu yang masuk di akhir penyusuan adalah kaya dengan lemak dan susu ini lebih pekat berbanding susu yang bayi dapat di awal hisapan.

Susu yang pekat ini membantu bayi kenyang dengan lebih lama.

Ibu boleh cuba amalkan Set Ibu Menyusu Shaklee jika merasa amat letih dengan habit bayi yang suka menyusu lama.

#5: Pil perancang kehamilan 

Jika ibu sedang merancang kehamilan dan ingin mengambil langkah pencegahan seperti mengambil pil, cari pil perancang yang tidak mengganggu hormon ibu.

Badan ibu perlukan 2 hormon penting untuk menghasilkan susu. 2 hormon ini adalah hormon oxytocin dan hormon prolaktin.

Pil perancang kehamilan kebanyakannya mengganggu hormon ibu dan secara tidak langsung menjejaskan penghasilan susu ibu.

Birth Control Pill Container — Image by Beathan

Pil perancang yang saya pernah ambil dan tidak mengganggu penghasilan susu, adalah pil Noriday.

Mahu Cuba Set Penyusuan Shaklee

Adakah ibu kerap rasa letih dan penat semasa penyusuan susu ibu? Atau ibu tercari-cari supplement untuk bantu rangsang penghasilan susu?

Saya cadangkan untuk bantu sesi penyusuan, bagus untuk ibu tambah amalkan Set Penyusuan Shaklee.

Set Penyusuan Shaklee (klik untuk testimoni) telah membantu merangsang penghasilan susu yang meriah dan pekat untuk ramai ibu menyusu.

Ia turut membantu saya secara peribadi untuk bertenaga dan cergas walaupun aktif menyusukan anak.

set breastfeeding shaklee banyakkan susu

Set Penyusuan Shaklee yang telah membantu ramai ibu menyusu

Untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee, ibu boleh hubungi saya di :

♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/Whatsapp : 019 477 3457
(Atau klik terus untuk Whatsapp : www.wasap.my/60194773457)
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares