5 Tips Bercuti di Desa Dairy Farm, Kundasang, Sabah

Dulu kan, orang cerita boleh pergi New Zealand kat Malaysia, iaitu kat Kundasang.

Ok, lebih kurang betul lah tu.

Banyak perubahan between 2014 dan 2015.

2015 of course lebih bersih kandang anak lembu dan anak kambing.

Cuma dah tak boleh nak tengok mak pak lembu dengan range dekat macam dulu.

Mak pak lembu diorang letak dalam kandang yang kita boleh tengok dalam jarak yang tak berapa dekat.

Tapi aktiviti best untuk budak kat sini adalah – bagi anak lembu dan anak kambing minum susu dan makan rumput.

Untuk ke Desa Dairy Farm, boleh waze je.

Jalannya memang curam.

Tips Desa Dairy Farm:

1) Waktu Buka

Tempat ini buka 8 pagi hingga 5 petang.

2) Yuran

Yuran masuk dewasa RM 5.

Kanak-kanak bawah 6 tahun, percuma.

3) Kos aktiviti

Untuk bagi anak lembu menyusu, sebotol susu RM 1.50

Lepas kasi, nak bagi lagi pun boleh.

Bebudak ni suka lah

Anak kambing tak nak susu tu, mungkin sebab tu susu lembu kot, bukan susu kambing.

Untuk bagi anak lembu dan anak kambing makan rumput, harga seikat rumput RM 1.00

Tak boleh petik rumput tepi tu sebab tepi tu rumput nya dah kena racun.

4) Datang awal untuk aktiviti sebelum anak lembu kekenyangan

Kami bagi makan anak lembu rasanya dalam jam 11 pagi.

Lepas puas berbotol anak lembu minum dan rumput berikat-ikat, kitorang pun pi tengok mak lembu.

Kemudian nak rehat kat atas.

Masa ni Maryam mengamuk tiba-tiba sebab nak sambung bagi anak lembu menyusu.

So, suami saya pun bawa dia turun.

Bila selesai, hubby cerita anak lembu tu dah tak nak menyusu.

Dah kenyang sangat kot sebab sebelum ni bebudak ni tak habis-habis bagi botol susu kat anak lembu.

Tu belum campur orang lain pun ramai sua botol susu kat anak lembu.

Sampai hubby terpaksa tonyoh sikit botol susu kat hidung lembu, pujuk minum susu.

Haha.

5) Aktiviti perah susu lembu

Bukan kita yang perah.

Tapi duduk dalam satu bilik, dan tengok di luar tu ada mesin perah susu akan perah susu lembu dari lembu.

Aktiviti ini mula jam 2 petang.

So, kalau pergi pagi, tak dapat lah tengok.

Aktiviti lain selain tu, just bergambar. Memang cantik sangat pemandangan Subhanallah.

Meh saya belanja sikit gambar 🙂

image

Tahun lepas, ladang ni ada lembu. Tahun ni, diorang letak lembu dalam kandang...

image

Kat parking kereta je. Cantik kan belakang tu

image

image

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares