5 Tips Bercuti di Kundasang Bersama Keluarga

Sedikit coretan untuk ingatan diri sendiri.

Kami pergi ke Kundasang kali ini bersama pasangan Hazwan & Arina & baby Amni.

Rasa bersalah pulak sebab dapat jalan satu hari je dari 3 hari. Sorry korang!

Sebabnya ai kurang sihat hari kedua.

Kat Kundasang ni lah ada Gunung Kinabalu yang cantik tu. Bukan di Kota Kinabalu tau.

Driving dari airport redah jem lebih kurang dalam 2 jam.

Tips:

1) Sampai awal

Hari pertama, habis kat travel je sebabnya ai pilih flight MAS yang murah, so transit kat Labuan 4 jam. Habis banyak masa kat situ.

Next time, pilih je mana selesa, we pay for the value.

Ni bila murah, habis masa kat airport, kita pun rasa tak best.

By the way, duit Allah akan bagi.

2) Tips elak jam di KK

Lupa pulak masa book tiket tu, adalah hari kerja.

Hari kerja, sah-sah lah pukul 5 ke atas dah mula jam kan.

Jadi, kalau book tiket pada hari kerja, pastikan sampai sebelum jam 2 tengahari atau sampai waktu malam.

Tapi kalau sampai waktu malam, membazir pulak duit hotel. Hik

3) Tempah kereta

Walaupun orang KK kata kereta saga pun boleh bawak ke Kundasang, tapi harus lah orang yang tak biasa drive naik bukit ni elakkan kereta saga.

Sebaiknya pilih kereta tahan lasak.

Memang, kita boleh lenjan suka hati kereta tu, kata pun, sewa. Tapi tak molek lah kan. Tu sewa, kena jaga elok.

Kami sewa Toyota Innova. Mencabar juga nak naik bukit yang curam.

Ada ketika, brek pun, kereta masih nak jatuh ke bawah, harus kena tarik handbrake.

Tambah lagi jalan berkerikil.

Ada juga jalan tar, tapi bila jumpa jalan berbatu, berlubang besar, masa ni lah kita akan bersyukur tak pilih kancil je 😛

4) Pilih Hotel

Hihi. Kami duduk di hotel yang sama macam tahun lepas, bilik yang sama.

Nama dia Celyn Resort. Bilik K26.

Ini adalah bilik Kinabalu Wing, bebetul menghadap Gunung Kinabalu.

Subhanallah.

5) Sweater

Bawa sekali baju sejuk just in case anda tak tahan sejuk.

Alah paling sejuk takat ni 17 degree celsius. Nyaman.

Tapi sejuk bagi ai. Pagi-pagi biasanya berkabus. So, sejuk.

Malam-malam pun sama.

Tengahari panas sikit.

So, sapa ada plan nak ke Kundasang, boleh timbang tara 5 perkara di atas ya 🙂

Belanja gambar sikit.

image

image

image

image

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares