5 Tips Melawat Zoo Negara di Kuala Lumpur

Hari tu kami sekeluarga pergi Zoo Negara, unplanned. Ingatkan bosan macam zoo lain di negeri lain, so takde preparation sangat sampai air pun tak bawak 😛

Ok skeptik di situ >_<

Tapi tak sangka! Ya Allah seronok sangat sangat, Alhamdulillah!!

Fee Masuk Zoo Negara

Fee masuk untuk dewasa RM 30 dan untuk anak berusia 3 tahun ke atas adalah RM 10. Untuk 3 tahun ke bawah, percuma.

Oh fee tidak termasuk nak tengok Panda selama 20 minit. Kami tak tengok Panda. Panda ni nanti tengok kat Zoo Japan 😉

Zoo Negara buka dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.

Tips Melawat Zoo Negara:

(1) Pergi seawal 9 pagi sebab luas tu nak explore semua haiwan. Kami pergi 10 pagi, memang menyesal. Haha.

(2) Bawa air dan bekal sendiri sebab bila kita jalan, mesti cepat haus.

(3) Animal show memang sangat best!!!!Get ready untuk sesi pagi pukul 11 pagi, dan petang pukul 3 tengahari. Kalau hari Jumaat, pukul 11 pagi dan 3.30 tengahari.

(4) Surau ada dalam ni, sangat selesa dan luas, ada aircond, dan tempat wuduk wanita pun ada dalam tu.

(5) Antara supplement penting untuk di bawa ke Zoo Negara termasuklah:

1. Herbal Blend in case ada anak yang jenis senang sangat digigit nyamuk.

2. Air Performance Drink sejuk 2-3 botol untuk kekal bertenaga

Waktu Tutup

Zoo ni ditutup pada jam 5 petang.

Jadi, plan betul-betul untuk Animal Show, nak makan, nak solat, nak tengok kat mana.

Antara tempat menarik termasuklah Butterfly Garden (rasa macam nak buat such garden kat rumah idaman), Aquarium (rasa macam nak buat akuarium besar kat rumah idaman jugak, haha) , Zirafah, dan Tasik Burung.

Jom layan gambar! ^_^

zoo negara beli tiket

Beli Tiket, si adik masuk percuma

zoo negara ikan best

Ikan besar-besar dan banyak akuarium

Akuarium kat luar

Akuarium kat luar. Tadi tu kat dalam.

zoo negara butterfly garden


Butterfly Garden. Syokkk

Masuk je terus teruja sebab semua butterfly tengah terbang dengan riang ^_^

Masuk je terus teruja sebab semua butterfly tengah terbang dengan riang ^_^

zoo negara taman rama-rama

Rama-rama dalam Butterfly Garden sedang hisap nektar. Live ok!

Air terjun dalam Butterfly Garden

Air terjun dalam Butterfly Garden

zoo negara kuda

Baik je anak kuda ni. Muhammad & Maryam memang takut nak pegang. Tengok je suka

zoo negara

Bangau mula cuak tapi maintain cool

zoo negara bird park

Ada lebih 700 burung bangau kat tasik burung ni. Semua di biar bebas

Subhanallah, canitk sangat zirafah

Subhanallah, cantik sangat zirafah. Lebih dekat dari Zoo Melaka. Haha. Alhamdulillah

Badak di Zoo Negara

Badak yang teramat suka berendam. Bila kita datang, baru tunjuk muka

zoo negara gajah

Gajah a bit jauh, but still tak berapa jauh 😉

zoo negara

Muhammad suka sangat dengan gajah

Pembukaan Animal Show

Pembukaan Animal Show

Lagi syok bila tengok dia berenang, tapi laju sangat nak amek gambar :P

Lagi syok bila tengok dia berenang, tapi laju sangat nak amek gambar 😛

Binturong ni live lari atas ni!

Binturong ni live lari atas ni!

Parrot kat tangan Muhammad!!!

Parrot kat tangan Muhammad!!!

trip ke zoo negara parrot show

Jom ke Zoo Negara 😀

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares