5 Tips Meningkatkan Daya Fokus Si Comel

Fakta menyatakan baby dan anak kecil mempunyai tahap daya fokus yang sgt pendek. Ada pakar paediatrik pulak cakap, kalau anak umur setahun- dia just boleh fokus seminit. Kalau dua tahun, boleh fokus dua minit je. Sebab tu kebiasaannya, susah nak ajak anak kecil baca buku, sebab dia takmo duduk diam.

Fokus nak sambungkan kabel

Tapi tahukah anda? ^_^ Fokus ni adalah satu skill. Ia BOLEH DILATIH sejak baby baru lahir. Dan skill ni sangat lah penting untuk menentukan kejayaan individu di masa hadapan nya. Dengan ability to focus, a child can solve difficult problems, read long thick books. Which then be extremely important to solve maths and scientific complicated problem, and much more!

Kali ni saye nak kongsi 5 tips untuk meningkatkan daya fokus si comel 😀 Moga bermanfaat untuk semua

 
1. Expose dengan objek hitam putih dan merah

Warna hitam,putih dan merah membantu mata baby utk fokus. Sebab warnanya kontra. Main kan Lamaze wrist toys, yang ada warna belang hitam putih tu, dengan baby seawal dalam pantang. Bacakan buku yang ada warna kontra hitam dan putih. Cam baby Muhammad dulu masa baby, ada buku tajuk ‘Black and White’. Semua gambar pun hanya warna hitam dan putih. Haha. Memang nampak boring, tapi itu lah favorite baby.

Buku ‘Black and White’ masa baby

Dalam buku glen domann sendiri ada ajar menggunakan warna ni- sediakan kertas putih, letak satu dot hitam kat tengah tu, dan letak kertas tu depan baby. To let him focus on the black dot. Warna pastel sangat lah tak digalakkan untuk baby yang baru lahir. Masa baru lahir, penglihatan baby masih blur. Warna pastel hanya akan tambah blur kan penglihatan  baby, walaupun nampak comel dan digelar baby color.

 
2. Bila dia suka sesuatu aktiviti, galakkan dia untuk teruskan aktiviti se lama yang mungkin

Tak kisah lah samada aktiviti tu bermain atau baca buku. Atau simply main dengan cawan plastik. Baby memang terkenal dengan sikap ingin tahu yang sangat tinggi. Jadi galakkan baby untuk membuat aktiviti dengan jangka masa yang lama.

Contoh bermain dengan cawan plastik. Dengan hanya sebiji cawan, kita boleh buat macam-macam. Cuba letak cawan kat telinga kanan, dgr bunyi apa? Kat telinga kiri pulak? Ulang-ulang sampai 3 kali. Pastu cuba ketuk pulak cawan semasa letak kat telinga. Apa yg terjadi? Boleh tak nak masukkan tangan dalam cawan? Muat tak? Kalau tak muat, cemana nk kasi muat? Masukkan kaki pulak, boleh tak? Let him pause and think.

Main ngan cawan plastik

Aktiviti ni bukan saja melatih untuk meningkatkan daya fokus, tapi juga melatih baby untuk berfikiran out of the box, berfikiran kritikal, berhipotesis tentang sesuatu objek.

3. Elakkan tengok kartun

Sebab kartun bersifat (quick) laju. Kebiasaannya kalau kita sendiri tengok kartun, lepas satu scene, cepat aje masuk scene lain. Cuba tengok Tom and Jerry, waaahh aksi kejar mengejar tu memang menyeronokkan sebab scene nya laju. Tak macam drama org dewasa. Kartun memang di cipta untuk serve baby’s short attention span. Ia sama sekali tak membenarkan daya fokus anak tinggi, melainkan yg macam kisah nabi, yang cerita satu scene tu ada la dekat seminit lebih.

 
4. Beri hadiah lepas selesai satu aktiviti

Contohnya  bila kita minta anak warnakan satu lukisan. Warna kan sampai siap. Bila anak berjaya siapkan aktiviti mewarna, bagi hadiah seperti bagi 5 bintang, atau izinkan dia main kat taman permainan yg dia suka 🙂 Atau lekat hasil kerja dia kat dinding bilik, nampak kita betul-betul hargai usaha dan hasil kerja dia :D

^_^ *gambar google*

Boleh juga ajak anak main puzzle. Mulakan dengan puzzle yang simple- yang ada dua pieces je. Bila anak berjaya siapkam, bagi hadiah. Nanti anak akan teruja untuk buat puzzle yang lebih mencabar!

 
5. Jadikan sesuatu aktiviti itu menyeronokkan

Tak semestinya kita beli permainan mahal- mahal untuk memastikan anak gembira. Kadang-kadang main dengan tin saja pun boleh buat baby ketawa tak henti- henti 😉 Letak beras atau kacang dalam tin, tutupkan. Dan goncang kan bersama baby. Buat lah macam- macam gaya- roll the tin, atau ketuk tin kat lantai, etc.

Kalau baca buku pulak, untuk jadikan sesi baca buku seronok dan supaya baby tak bosan dengan buku- variasikan suara dan gaya semasa baca buku. Buku-buku Muhammad kebanyakannya tiada flip flap, atau built -in sound.

Contoh untuk buku animals, kami akan buat gaya macam binatang dalam buku tu. Kalau butterfly atau bird, buat gaya buku sedang terbang. Kalau jumpa fish, buat bunyi ikan blub blub blub, sambil geletek baby, dan juga sambil konon-konon tergelincir kan buku., sebab fish kan slippery. Slippery adalah licin. Hehehehe. Kalau jumpa kucing, buat bunyi ‘Nyaww’, pastu sebut nama pet satu-satu. Seboleh mungkin, stay kat satu mukasurat se-lama yang boleh. Sampai lah nampak muka baby dah nak bosan 😉

Buku Animals, all time favorite!

Anak cerdik bukan secara automatik. Bukan juga sebab lahir dari keturunan cerdik atau keturunan orang kaya. Ia nya boleh dibentuk oleh persekitaran yang kondusif, ibu bapa yang peka dan sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti anak yang sedang membesar, etc. Kalau tak, takda lah anak nelayan kampung (Nik Madihah) dapat 16A dalam SPM, kan? =)

All the best! =)

Published with Blogger-droid v2.0.4

One Response

  1. DoodleDesign 6 August 2012

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares