Breastfeeding Tips

5 Tips Menyusukan Bayi Di Tempat Awam

Salam 15 Ramadan !

Lebih kurang 2 minggu je lagi nak raya dah. Yeay! Hehe. Kalau ibu-ibu menyusu mesti keluar shopping dengan keluarga tercinta kan. Tapi ada satu masalah, macamana nanti kalau bayi meragam nak nenen waktu tengah best shopping baju raya. Ala, macamana nih, malu dan segan lah nak susukan bayi dekat tempat awam. 😐

Tak patut kan ? 👿

Paa.la-Breastfeeding-Ecard

5 Tips Menyusukan Bayi Di Tempat Awam

Meh saya nak share 5 tips acaner nak susukan bayi comel anda kat tempat awam supaya aurat anda lebih terjaga dan takdelah ada orang yang dapat tengok free show. Eh, gurau je. Hehe.

TIPS #1: BAJU

Zaman sekarang banyak baju ada bf (breastfeeding) friendly (bukan boyfriendly tau 😝) atau baju mesra susuan. Ada jual kat banyak butik Mumdreams, Fabulous Mum, Tateh dan banyak lagi. Tinggal pilih je yang berkenan di hati.

Kalau tak bekenan jugak,  boleh je upah orang jahitkan atau butang kat baju. Jadi kalau dah tahu nak keluar shopping, pakai sesiap baju bf friendly supaya senang nak selak time bayi nak menyusu. Nak lagi senang, pakai bra yang nursing friendly sekali tau.

TIPS #2: TUDUNG

Kalau anda bertudung atau bershawl, elok sesangat pilih tudung/shawl labuh dan tak jarang yang boleh cover miss B anda sewaktu anda breastfeeding. Rupanya ada hikmah yang sangat besar disyaratkan wanita wajib pakai tudung tutup dada.

TIPS #3: NURSING COVER

Nursing cover boleh google sendiri nak beli kat mana. Hehe. Banyak je design cecomel. Nursing cover ni memang betul-betul bagi perlindungan yang maksimum waktu menyusu tau. So, takyah risau terselak ke ternampak ke apa.

Gamak malas nak beli nursing cover, buat je DIY nursing cover. Acaner nak buat? Senang je nak buat. Bawak je tuala kecik ke kain apa-apa yang sesuai untuk cover waktu menyusu. Hehehe

TIPS #4: COVER LINE

Yang ni boleh mintak suami ke atau anak-anak yang dah besar tolong cover line sikit. Takdelah rasa segan orang nampak ke.

Kalau ada orang usha pelik, tenung dia balik macam mata nak tersembul keluar. Bagi dia takut sikit. Kita yang menyusu, dia yang panas. Haha.

TIPS #5: NURSING ROOM

Ada shopping mall yang sediakan nursing room. Yang ni takde masalah. Yang masalahnya kalau takde sediakan. Boleh tumpang kejap fitting room untuk susukan bayi.

Kalau fitting room penuh (maklumlah musim nak raya), boleh pilih dekat tempat yang kurang crowded sikit atau tempat yang jual baju dalam wanita. Hehe. Senang takyah sesusah nak cover line sangat sebab situ memang ramai wanita je. Kita pun takdelah nak rasa segan sangat.

Takyah nak malu segan sangatlah. Bukan buat dosa pun. Asalkan pepandailah jaga aurat supaya lebih terjaga. 😍

Semoga 5 tips ni membantu anda untuk menyusukan bayi di tempat awam dengan lebih confident gitu.

Berminat untuk order Shaklee? Anda dialu-alukan untuk hubungi saya

admin-ajax.php

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *