tips merancang masa dengan tepat
Tips Perniagaan

5 Tips Merancang Masa Dengan Efektif

Benda-benda berkaitan masa ni adalah masalah universal. Semua orang pun pernah mengalami masalah tak cukup masa. Kerja banyak sangat sampai tak sempat nak buat semua.

Atau tangan rasa macam sotong sangat, sampai ada benda yang miss.

tips merancang masa dengan tepat
Banyaknya nak kena buat

Kat sini saya nak kongsikan tips ringkas macam mana nak rancang masa dengan efektif supaya semua benda jalan 😉

1) Tetapkan matlamat anda

Matlamat untuk tahun ini nak apa. Nak income RM 30,000 by the end of the year? Nak anak pandai baca ensiklopedia? Nak masak 5 lauk sehari kat rumah?

Matlamat tahun ini adalah matlamat jangka panjang ya.

Jadi kalau nak matlamat masak 5 lauh sehari kat rumah, bulan ini mungkin praktis masak satu lauk sahaja sampai tutup mata pun boleh tahu nak masak apa.

Tetapkan matlamat. Bila ada matlamat, hala tuju kita akan lebih jelas.

tips merancang masa

2) Tulis cara-cara untuk dapatkan matlamat tu

Kalau nak income RM 30,000 by hujung tahun ini, so, nak kena buat apa bulan ini, dan bulan akan datang.

Mungkin bulan ini latih diri berkongsi di blog satu entry sehari. Bulan depan upgrade sikit – latih diri tulis entry di blog plus tulis email marketing.

3) Tulis TO-DO- LIST di atas kertas

Ya, walaupun anda seorang yang sangat gadget person, please tulis atas kertas juga. Bila anda tulis atas kertas, dan tepek pada dinding, lebih jelas apa yang nak kena buat.

tips merancang masa efektif
Contoh to do list. Lagi bagus kalau ada masa sebelah tu.

Sebab kalau letak dalam gadget, gadget tu akan tertutup pun. So kita boleh terlupa dan termiss.

Dan bila kita tepek kat dinding, possibility untuk buat benda tak berfaedah dan merugikan, adalah sangat tipis. Contoh benda tak berfaedah termasuk lah scroll newsfeed facebook, atau scroll instagram dan twitter

Spend 30 minit selepas bangun untuk rancang hari ini

Failing to plan, is planning to fail. Gagal merancang adalah rancangan untuk gagal. Faham faham? Jadi, ambil masa 30 minit kejap, tulis target nak apa hari ini – rujuk matlamat jangka panjang tadi.

Kemudian dari target tu, tulis pecahkan, apa yang perlu di buat hari ini.

Fokus pada apa yang kita boleh buat dengan terbaik.

Set appointment dengan diri sendiri

Biasanya bila sebut appointment, ia adalah sesuatu yang tak boleh miss. Kena jugak curi masa untuk attend, betul?

Jadi kalau rasa susah sangat nak ikut checklist kita, tulis kat situ, Appointment dengan Blog Diary of Muhammad untuk bagitau kita wajib updet blog.

4) Tutup laman Facebook

Eh macam dah cakap kat atas tadi. Walaupun kita claim diri kita sebagai internet marketer, dan group sokongan kita ada dalam Facebook, ia bukan tiket untuk kita setiap saat scroll Facebook.

tips merancang masa dengan berkesan
Tutup sat sampai capai impian emas kita

Facebook dan Instagram merupakan suatu ketagihan yang menakutkan.

Unless lah anda betul-betul menggunakan Facebook untuk berkongsi tips mengikut panduan, ok lah.

Biasanya kalau kita cakap alah 20 minit je ngadap Facebook, ia akan berjangkit menjadi 2 jam T_T

5) Masa yang berkat – Amalan Rohani

Tulis benda ni last supaya kita semua ingat. Biasa tips paling akhir yang kita paling ingat, betul?

Allah adalah pemilik masa. Maka kepada Dia sahaja kita boleh minta cepatkan masa atau lambatkan masa. Kalau kita nak minta dari Allah, mestilah kita siap ada connection track record yang baik, betul betul?

Sebab itu kena perbanyakkan amalan rohani. Kalau group Shaklee saya, saya minta mereka lengkapkan amalan rohani dalam Masters Checklist. Bila Allah di hati, semua perkara pasti kan menjadi, insya-Allah.

Ok, so, jom mula rancang hari ini. 30 minit untuk tulis atas kertas, apa target hari ini, dan apa yang kena buat untuk capai target.

Dah, jom plan nak buat apa hari ni :D
Dah, jom plan nak buat apa hari ni 😀

Ingat! Fokus apa yang kita boleh buat, dan buat yang terbaik.

Have a fruitful day! ^_^

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp : 019 409 3457

Shaklee ID : 858755

Similar Posts

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *