5 Tips Penting Untuk Melawat Taman Bunga Keukenhof di Netherlands

Alhamdulillah Allah izinkan kami sekeluarga untuk menikmati betapa subhanallah cantiknya bunga-bunga tulip pelbagai warna di Taman Bunga Keukenhof di Netherlands.

Taman ini sangat besar. Asalnya ia merupakan impian mak saya, bila tengok kawan-kawan kongsi mengenai taman bunga ini, saya turut teruja untuk pergi.

Kami menetap di Lisse yang terletak hanya 30 minit jalan kaki ke taman bunga.

Mari saya kongsikan 5 tips penting untuk ke taman bunga ini.

(1) Beli tiket online siap-siap

Ini untuk mengelakkan kita daripada terpaksa beratur panjang hanya untuk beli tiket.

Pastikan print tiket yang dapat melalui email. Masuk nanti kita hanya perlu scan barcode tersebut.

Harga tiket untuk dewasa adalah 16 Euro dan untuk kanak-kanak berusia 4 tahun hingga 11 tahun adalah 8 Euro. Beli di website Keukenhof.

(2) Pergi awal

Taman Bunga Keukenhof buka jam 8 pagi dan tutup jam 7 petang. Pastikan sebelum jam 8 pagi lagi dah sampai supaya spot-spot bunga yang cantik-cantik boleh ambil gambar.

Kalau dah ramai orang, tak berapa comel pula gambar nanti.

(3) Usah buang masa di bahagian hadapan taman

Untuk first timer, kita akan rasa cantiknya bunga tulip pada setiap jalan.

Tapi untuk kejar masa supaya dapat ambil gambar spot yang lebih cantik waktu tak ramai orang, anda di nasihat kan untuk jalan ke bahagian terakhir taman terlebih dahulu.

Haaa di sini lebih cantik daripada yang di hadapan pintu masuk.

Bukan apa, kalau lambat, nanti ramai orang. Bila orang ramai, jadi macam nak kena beratur ambil gambar di spot yang cantik-cantik.

(4) Bawa makanan yang banyak

Taman Bunga Keukenhof ini sangat besar. Bila-bila masa kita boleh take a break untuk makan dan minum.

Kalau datang awal tak perlu beratur panjang. Tapi kalau dah tengahari memang kedai makan dan toilet pun panjang beratur. Masa ini kita akan bersyukur yang kita bawa makanan.

(5) Istimewa untuk anak

Kami tak tahu benda ini sampai lah dah nak balik baru tahu. Jadi kawan-kawan jangan ulang kesilapan ini.

Dalam Taman Bunga Keukenhof ada satu taman khas untuk kanak-kanak. Ada taman permainan yang besar dan ada binatang-binatang yang menarik seperti arnab yang sangat besar.

Taman ini terletak di bahagian kanan pintu masuk, di antara Oranje Nassau dan Willhem Alexander (nanti sampai sana insya-Allah nampak nama-nama ini)

Jadi untuk pastikan anak-anak boleh behave sepanjang kita menikmati pemandangan bunga, cuba selang-seli dengan lawatan ke taman ini

(6) Datang pertengahan/hujung April

Jangan datang awal sangat. Kawan-kawan kami datang dalam bulan March, mereka maklumkan bunga belum banyak keluar.

Kami melawat Taman Bunga ini pada 30 April. Alhamdulillah semua tulip bloom dengan sangat cantik.

Jom saya kongsikan gambar tulip di Taman Bunga Keukenhof.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares