5 Tips & Petua Banyakkan Susu Badan

Ramai ibu mengadu susu tiada seawal waktu dalam pantang. Tak kurang yang mengadu; masa awal pantang susu mencurah- curah, bila dah nak masuk 20 hari ke atas, susu mula merudum dengan hebatnya.

Berikut saya kongsikan 5 tips penyusuan susu ibu untuk membantu menambah & membanyakkan susu badan. Insya-Allah tips ini boleh diamalkan oleh semua ibu-ibu yang inginkan susu badan yang banyak dan meriah πŸ™‚

Tips-Banyak-Tambah-Susu

1. Pam atau Susukan Bayi Setiap 2-3 Jam

  • Payudara kita menghasilkan susu mengikut konsep supply and demand. Lagi kerap dan banyak permintaan, lagi banyak susu akan dihasilkan. Payudara tak akan kering, jika kita kerap perah atau pam susu, bahkan ia akan menghasilkan susu dengan lebih banyak!
  • Sewaktu berpantang, saya suka mengesyorkan agar si ibu pump susu setiap 2 jam. Kalau bayi menyusu direct lagi bagus, jadi boleh susukan bayi setiap 2 jam πŸ˜‰

2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

  • Kebanyakan ibu beranggapan susu hanya boleh diperah jika payudara mula penuh. Tanggapan ini adalah salah sama sekali. Kita sendiri perlu memprogramkan payudara agar ia menghasilkan susu setiap 2 jam.
  • Bila kita perah atau pam setiap 2 jam, buat konsisten selama seminggu hingga 2 minggu, insya-Allah pada minggu seterusnya, payudara akan sendiri hasilkan susu pada setiap 2 jam πŸ˜‰

3. Minum Banyak Air

  • Salah satu komponen utama susu adalah cecair. Jadi untuk menghasilkan susu yang banyak, kita perlu pastikan tubuh kita sentiasa banyak air. Adalah penting untuk anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari untuk memastikan susu kekal meriah πŸ™‚

4. Penyusuan Malam

  • Waktu malam kebiasaannya mood kita mula tenang dan relax. Bila mood tenang, penghasilan susu akan menjadi lebih lancar. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.

5. Tandem Pumping

  • Amalan tandem pumping ini dilakukan untuk memaksimumkan penghasilan susu. Tandem pumping ialah mengepam kedua-dua belah payudara serentak. Pada waktu bayi menyusu, jika bayi menyusu pada belah kanan, kita pam pada belah kiri.
  • Bila susu dihasilkan pada sebelah kanan, secara automatiknya, payudara sebelah kiri turut akan menghasilkan susu. Jadi, takdelah membazirkan? πŸ˜‰

Ibu-ibu juga boleh mengamalkan supplement Penyusuan Shaklee khas untuk membantu merangsang penghasilan susu yang banyak dan pekat. Boleh juga membaca lebih lanjut tentang Set Penyusuan Shaklee di pada Entry Set Penyusuan Shaklee Di Sebalik Tabir.

Oh, jangan lupa untuk turut mengamalkan Perkara Asas dalam Penyusuan supaya susu kekal meriah demi anak tersayang πŸ˜‰

Ada sebarang persoalan? Boleh tinggalkan soalan atau komen anda di bawah, insyaAllah saya akan rungkaikan persoalan anda secepat mungkin πŸ˜€

Sekiranya merasakan info di dalam post ini bermanfaat, jangan lupa tekan butang share di bawah yer πŸ˜‰

Cara Dapatkan Set Penyusuan Shaklee

Set Penyusuan ShakleeΒ telah membantu merangsang penghasilan susu yang meriah dan pekat untuk ramai ibu menyusu.

Ia turut membantu saya secara peribadi untuk bertenaga dan cergas walaupun aktif menyusukan anak.

Untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee, anda boleh hubungi saya di :

β™₯ Khadeejah Hasmad β™₯
SMS/Whatsapp : 019 477 3457
(Atau klik terus untuk Whatsapp :Β www.wasap.my/60194773457)
Shaklee ID : 858755

Gambar hiasan diambil dari blog ini

4 Comments

  1. Izyan 1 September 2014
  2. azie 23 December 2014
    • Khadeejah Hasmad 23 December 2014

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares