5 Tips Sebelum Naik Jungfraujoch Untuk Keluarga Bersama Anak Kecil

Jungfraujoch adalah gunung yang tertinggi di Switzerland. Pemandangan untuk naik Jungfraujoch memang cantik penuh bukit bukau kehijauan di musim spring.

Atas Jungfraujoch pula penuh putih salji. Alhamdulillah Allah izin kami naik Jungfraujoch baru-baru ini. Ia pengalaman yang menarik.

Mari saya kongsikan 5 tips penting sebelum naik Jungfraujoch especially untuk keluarga yang ramai anak kecil.

(1) Bawa makanan banyak-banyak

Sesampai sahaja di puncak Jungfraujoch iaitu last stop untuk cable car, maka kepala akan rasa semacam. Ini disebabkan oleh altitud yang terlalu tinggi dalam 3,800+ m

Untuk melegakan pusing kepala ini, kita perlu kunyah-kunyah makanan.

Ya makanan ada dijual di atas tapi banyak macam junkfood. Seeloknya bawa naik roti pelbagai jenis dan kalau boleh bekal nasi siap-siap. Bukan apa, cuaca sejuk dan suhu sejuk memang akan buatkan kita cepat lapar.

(2) Pakai pakaian yang sesuai, jangan down gear

Kami pergi pada musim spring iaitu suhu biasa adalah nyaman 13-15 C. Tetapi di atas gunung Jungfraujoch, suhu dah macam musim sejuk, sangat sejuk.

Pastikan semasa naik pakai jaket winter dan pakaian seperti winter supaya tak lah rasa nak cepat turun.

Pastikan ada glove sebab salah satu attraction di Jungfraujoch adalah Ice Palace.

Nak pegang handrail di Ice Palace ini pun sejuk yang amat.

Mak saya bersama ukiran penguin di Ice Palace. Sejuk ni. Nak cepat keluar je masa ni.

(3) Beri masa untuk dizziness

Di musim spring yang siangnya panjang, tempat ini dibuka sehingga jam 7 malam.

Jadi bila ada rasa pusing kepala, duduk sebentar untuk rehat sambil kunyah makanan.

(4) Elakkan bawa stroller

Agak sukar untuk kami yang bawa stroller yang besar untuk bergerak ke sana ke mari.

Ini kerana kemudahan stroller seperti lif dan jalan condong untuk ganti tangga adalah tak banyak.

Jadi jika bawa anak-anak, anda boleh dukung di dalam baby carrier atau untuk anak yang dah besar sikit, pastikan makanan sentiasa ada dan pakaian mereka memang untuk musim winter.

Ini adalah supaya anak-anak pun seronok dan tak cepat bosan.

(5) Tips anak tak bosan

Biasanya anak-anak tak berapa suka aktiviti lihat pemandangan.

Jadi bawa dulu sama ada ke Ice Palace untuk lihat ukiran penguin, bear dan pelbagai lagi dan ke Snow Palette untuk main salji. Salji di sini memang turun walaupun dah masuk bulan 5.

Muhammad di hadapan ukiran bear – tak tahan sejuk dan nak shee shee

Kemudian selang-seli dengan aktiviti di Observatory Sphinx iaitu ambil gambar dari puncak Jungfraujoch. Selepas itu mesti anak dah bosan semula, bawa ke Snow Fun Park.

Obervatory Sphinx ini cantik. Tapi anak-anak kecil cepat bosan. Jadi cepat-cepat ke kawasan yang anak-anak boleh bermain.

Jungfraujoch memang sesuai untuk keluarga. Cuma 5 tips di atas tak boleh tinggal.

Semoga entry ini bermanfaat untuk anda yang bakal ke Jungfraujoch nanti.

Terima kasih sudi membaca.

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda!