5 Tips Tambahan Bercuti Ostrich Farm, Port Dickson

Sebelum ini saya ada kongsikan pengalaman kami bercuti di Ostrich Farm di Port Dickson.

Kali ini saya nak kongsikan pula 5 tips penting sebelum bergembira di sana.

(1) Bawakan topi

Cuaca di Malaysia ini memang sangat terik dan panas. Biasanya jam 10 pagi matahari dah mula naik.

Pastikan anak-anak kita pakai topi untuk melindungi muka mereka daripada sunburn.

Hisham, anak saudara kami pakai topi biru. Lupa pula Hannah untuk pakai topi.

(2) Sediakan duit kertas kecil

Fee masuk adalah RM 15 untuk dewasa dan RM 10 untuk anak berumur 4 tahun dan ke atas.

Di dalam Ostrich Farm pun ada yang perlu dibeli:

  • Makanan rumput seikat adalah RM 3.
  • Makanan arnab RM 3 sepaket
  • Fee tunggang kuda pula adalah RM 5
  • Fee tunggang Ostrich RM 10

Tunggang kuda RM 5

Jadi pastikan sediakan duit kertas RM 5 dan RM 1 yang mencukupi.

(3) Bawa air dan makanan

Bila aktif berlari dan bagi makan binatang, memang anak-anak akan mula letih dan kehausan.

Oleh sebab itu pastikan air masak sentiasa ada dalam beg sebagai bekal. Pastikan untuk bawa sekali makanan ringan untuk alas perut anak-anak.

Kali kedua datang, saya siap bawa bekal mihun goreng supaya anak-anak boleh alas perut. Ye lah, kalau anak-anak lapar, mereka akan meragam, hilang lah keseronokan.

(4) Pakaian yang sesuai

Pakaikan anak-anak pakaian yang nipis dan sesuai dengan cuaca panas.

Bagusnya Ostrich Farm ini ialah ia mempunyai banyak pokok rendang yang meneduhkan laluan pejalan kaki.

Cuma tak boleh elak rasa panas bahang matahari.

Walaupun Hannah dah dipakaikan baju tanpa lengan, baju Hannah tetap basah peluh.

(5) Ambil gambar dan video

Pastikan di setiap moment anak-anak bagi makan kepada haiwan dirakamkan dalam bentuk video atau gambar.

Syok lah nanti di masa akan datang kalau anak-anak meragam, kita terus tunjuk video bagi makan binatang di Ostrich Farm.

Insya-Allah kunjungan anda sekeluarga ke Ostrich Farm pasti berbaloi-baloi.

Terima kasih kerana sudi membaca 🙂

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares

Suka Artikel Ini?

Klik butang Share untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda!