Travel Tips

5 Tips Terbaik Untuk Memilih Hotel Budget Yang Berbaloi

Frequent traveller yang macam kami yang hampir setiap minggu long distance travel, mesti nak tak nak kena cari hotel budget untuk bermalam.

Belum ada pilihan untuk menginap di hotel 5 bintang setiap minggu. Ahaks.

Nak kongsikan dengan pembaca setia Diary of Muhammad, tips supaya rasa berbaloi lah pilih hotel budget tu.

#1: Mana Nak Cari

Biasa kami cari di www.agoda.com jer. Kalau teringin nak merasa hotel mewah pun, agoda jugak yang kitorang terjah

Takat ni memang harga agoda biasanya a bit cheaper dan in some cases jauh lagi murah.

Kalau nak senang, guna jer apps Agoda untuk Android atau Apple. Satu lagi option, boleh guna Apps Booking.com atau Trip Advisor 🙂

#2: Size Bilik Yang Luas

Kitorang sangat suka bilik yang luas, bilik yang Maryam dan Muhammad boleh main kejar-kejar lari-lari.

Kalau nak tau size, boleh trngok kat square feet dan gambar dalam bilik. Untuk double confirm, baca sekali review daripada orang yang pernah duduk situ.

#3: Dekat Dengan Kedai Makan

Sangat lah selesa kalau berdekatan dengan hotel tu ada kedai makan 24 jam.

At least kalau tengah malam baru sampai destinasi, dan tiba-tiba lapar, boleh terus makan situ atau tapau.

Ya, ini pun boleh dapat, biasa hotel yang kitorang pilih ada kedai makan di bawah hotel.

#4: Dekat Dengan Kedai Serbaguna

Contoh macam 7-eleven ke.

Walaupun kadang duduk satu malam je, tapi dengan anak kecil, kadang-kadang mula terfikir eh nak beli minyak angin sebab lupa nak bawa, atau nak beli roti tiba-tiba

#5: Ada Wifi Yang Laju

So far boleh kata semua hotel budget nih ada wifi free. Cuma kelajuan jer tak menentu. Ada kalanya Ok, ada kalanya down.

Nak selamat, bawak lah mobile broadband sebagai standby. Yelah, bisnes online nih kalau terputus Internet, sangatlah memeningkan kepala.

Setakat ni, tu je kot terfikir.

Antara hotel budget yang setakat ni memang kitorang puas hati, well, tak lah macam hotel 5 bintang, tapi memenuhi lah kriteria – kriteria di atas:

  • Shah Alam – Pegasus Inn, Seksyen 15
  • Shah Alam – Hotel De Art, Seksyen 7 (siap ada Clean Pro dan playground kat bawah tu)
  • Bentong, Pahang –  Hotel Tras Mutiara
  • Kota Bharu, Kelantan – Al- Inshirah Inn (rasa sejuk je bilik dia. Nak kata macam homestay pun, ye jugak. Sebab ada dapur, dining room)

Price dalam below RM 100. Of course  expect lah housekeeping tak sehebat hotel 5 stars 😛

Moga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang suka travel sana sini tapi nak jimat budget.

Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-477 3457
Shaklee ID : 858755

Similar Posts

4 Comments

  1. aritu sis penah book promenade apartment kota kinabalu kn? Macam mane review sis ye.? Sya akan ke kk dgn husband dan bby. Tmp tuh ok ke utk kanak2. Sbb ade bc review ckp tmp tuh ddk skali dgn penduduk setempat situ huhu.. tengah cari yg murah dan selesa.. blh wasap sy 0162224836. Hrp sis dpr bantu jelaskan keadaan sana. Tq

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *