Muhasabah

5 Tips Urus Masa

Tak cukup masa adalah masalah universal semua orang. Ada orang kata surirumah senang lah nak buat biz, dia takde kerja. Erk, cuba duduk rumah seminggu, tahu lah kerja bertimbun macam mana.

Surirumah pulak cakap, orang kerja senang lah, ada ‘me’ time yang bebas dari ragam anak-anak. Erk.

image

Setiap kita diberi cabaran memang dah molek ikut kemampuan kita.

Allah sendiri berfirman, kamu tidak akan diuji melainkan mengikut kemampuan mu.

Jadi kalau kita diuji tu, pasti ada jalan penyelesaian nya. Kalau tak jumpa jugak, doa minta Allah buka mata hati kita untuk nampak cahaya penyelesaian.

Ok back to topic. Tak cukup masa ni bukan sebab kita yang tak cukup masa sebenarnya. Tapi sebab diri kita sendiri tak mahir urus masa.

Tips urus masa:

1) Adakan masa untuk Allah

Masa yang semua benda boleh buat, adalah kita panggil masa yang berkat.

Nak dapat masa yang berkat, pertama sekali kena amalkan solat di awal waktu. Kalau kita utamakan Allah, pasti Allah akan bagi baaanyak masa kepada kita

Cuba jika anda selama ni lambatkan solat fardhu, cuba hari ni paksa diri untuk solat sejurus azan berkumandang. Lihat perubahan pada hari anda.

Mesti terasa, ehhh banyak je benda aku boleh buat

2) Checklist

Checklist adalah untuk ditulis atas kertas atau gadget. Bukan letak dalam kepala je.

Minda separa sedar kita kena tahu apa yang kita nak buat, dan ia akan bekerja dalam cara yang kita tak sedar.

List 10 perkara, cross out setiap perkara yang dah siap. Konsisten!

3) Buat jadual

Bunyi macam zaman sekolah. Tapi ini lah amalan para jutawan. Semua orang yang berjaya berdisiplin ikut masa.

First 30 days memang struggle. Insya-Allah lepas tu ia akan jadi habit.

Masa untuk makan pun kena set, kalau surirumah, set berapa jam duduk kat meja makan. Kalau kerja ofis, set, berapa jam nak keluar, beratur beli lunch, makan lagi.

4) Zikir Ya Muqit

Maksud Ya Muqit adalah yang mencukupkan. Kita minta Allah tolong cukupkan masa kita untuk buat semua yang ada dalam checklist dan jadual.
After all, yang memiliki masa adalah Allah. Dia boleh hentikan masa buat 10 minit rasa macam satu jam!

5) Elak perkara buang masa

Contohnya seperti scroll newsfeed Facebook. Kadang asal nak scroll 5 minit, boleh jadi satu jam!

Dan kalau boleh, kurangkan tengok TV.

Feed minda kita dengan bahan membina peribadi tinggi seperti baca buku motivasi, Quran, dan seumpamanya.

Lain lah kalau tengok TV tu channel national geographic ke, discovery channel ke

Moga perkongsian ini bermanfaat buat anda 🙂

iR Khadeejah Hasmad
SMS /Whatsapp : 019-409 3457
Shaklee ID: 858755

Similar Posts

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *