6 Ilmu Mahal Saya Belajar Dari Kursus Bacalah Anakku

Alhamdulillah 2 hari lepas, seharian Allah izinkan belajar face to face dengan penulis siri Bacalah Anakku, Cikgu Nik Eliani Nik Nawi dan Cikgu Othman.
 
Saya mahu kongsikan antara 6 ilmu mahal dan menarik yang saya belajar dan teruja nak kongsi dengan anda (ada banyak lagi, nanti saya Share sikit sikit).
 
Alhamdulillah Muhammad dah sampai siri 5a Peter and Jane, kemudian buku tu suruh study pasal phonics untuk proceed smoothly.
 
Ye lah, sampai bila dia nak hafal the words. Ada banyak perkataan yang kalau dia tahu konsep, dia boleh baca sendiri.
 
Oleh kerana saya tak berapa pandai phonic walaupun dah Google dan YouTube, saya pun paksa juga diri untuk join program Cikgu Nik Eliani ini.
 
First impression saya adalah, wow!
 
Selama ini saya sangka Cikgu ini jenis typical mak – anak kena duduk dekat meja hadap buku untuk belajar.
 
Rupa-rupanya tidak.
 
Budak memang fitrah nya lebih mudah belajar melalui bermain.
 
Mereka beri sangat banyak idea menarik untuk bermain dengan anak-anak – – siap demo dan suruh kami praktis on the spot idea mereka ???
 

kursus bacalah anakku

Cikgu Nik sedang demo spelling chop game. Waktu ini semua kami pun kena buat benda yang sama.

6 Perkara Baru yang saya belajar (ada banyak, saya kongsikan 6 dulu ) :

1/ Dyslexia bukan penyakit

Tetapi ia adalah petanda anak itu sangat cerdik.
 
Contoh dyslexia ini adalah macam anak tulis huruf 2 itu terbalik.
 
Analogi yang cikgu Nik beri – Kalau kita pandang suami kita dari depan, kita tahu itu suami kita.
 
Cuba pandang sisi kanan suami, masih dia suami kita dan kita kenal dia. Pandang sisi kiri pun, kita kenal, padang dari belakang pun kita kenal.
 
Anak yang dikatakan dyslexia itu begitu otak mereka.
 
Sebagai contoh huruf 2 terbalik tadi, yang sebenarnya otak anak dah kenal betul huruf 2, jadi pusing ikut mana pun, dia interpret itu adalah simbol 2.
 
Jadi kadangkala dia tulis lah huruf 2 rupa terbalik.

2/ Anak yang speech delay perlu banyak latihan lidah.

Sebagai contoh, main jelir lidah, gulung lidah dalam mulut, etc.
 
Semua yang kita nampak macam mengarut, sesungguhnya ia sangat penting untuk perkembangan anak.
 
3/ Anak kecil mempunyai daya fokus yang sangat pendek.
 
Daya fokus anak adalah tambah 1 kepada umur mereka.
 
Sebagai contoh, umur anak 2 tahun, jadi daya fokus mereka hanya 3 minit sahaja.
 
Kalau nak daya fokus anak lebih tinggi, kena galakkan anak main Lego, main pasang rantaian manik, etc – permainan yang buat mereka sangat khusyuk.

4/ Ada anak jenis tak suka main, suka membaca – anak ini jenis language incline.

Mak pak yang anak bukan jenis suka menghadap buku jangan risau pula. Setiap anak di cipta berbeza.

5/ Anak lelaki suka bermain.

Jadi raikan. Masa nak mengajar, ajak lumba kereta, ajak panjat grill, ajak jadi spiderman.
 
Semua ini Cikgu Nik ada demo dan suruh buat dalam kelas on the spot ???
 

6/ Sensory

Kebanyakan budak susah nak belajar dengan cara tengok menghadap buku sahaja.
 
Mereka perlukan sentuhan lain seperti main plastisin, main sand paper, main pocket card, etc.
 
Mengajar anak dah tak perlu jadi raksasa, kena banyak sabar dan kreatif.
 
Bak kata Cikgu Nik, kalau nak ajar anak mana boleh jadi kayu.
 
Kena menyanyi, lenggok sikit, baru cepat anak tangkap ???
 

Banyakkan aktiviti untuk tarik perhatian anak

Dibawah ini adalah pocket card yang Cikgu Othman dan Cikgu Nik bawa, tetapi hanya untuk demo.
 
Kalau tidak, sudah pasti akan ku beli ?
 
kursus asas bacalah anakku

Cikgu tunjukkan macam mana nak guna. Bukan semua kad terus letak macam dalam gambar ini ya.

Walaupun Cikgu Nik dan Cikgu Othman (dalam gambar ini) adalah penulis buku siri Bacalah Anakku dan Read Easy, tetapi mereka sangat tekankan untuk jangan ajar anak baca di buku.
 
Banyakkan aktiviti.
 
Mereka ajar kami cara buat bunyi huruf, kemudian guide kami contoh aktiviti-aktiviti yang yang anak-anak suka.
 
Siap letak kat setiap meja plastisin, suruh bentuk kan ?
 
Siap bagi skrip apa nak cakap masa nak main dengan anak – memang sesuai untuk personaliti ‘kayu’ macam saya ? ? ?
 
Lepas bagi skrip, ramai-ramai kena praktis
 
Kita mak budak pun seronok main, apatah lagi budak, kan ? ?
 
Kalau ada kursus ini di tempat anda, datang lah, berbaloi-baloi sangat ? ? ?
 
P.s. – Terima kasih pada The Children Project sebab anjurkan program ini. Tak sabar nak join program seterusnya nanti.
♥ Khadeejah Hasmad ♥
SMS/WhatsApp : 019 477 3457
Shaklee ID : 858755

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares