Health - Pregnancy

6 Sebab Kenapa Ibu Mengandung Perlu Ambil Vitamin

Untuk kehamilan, kita memang disarankan untuk mengambil pemakanan seimbang dan penuh nutrisi. Bukan takat untuk kebaikan baby dalam perut, tapi jugak untuk kesihatan ibu sepanjang kehamilan hingga ke saat bersalin.
Sebab tu kalau pergi hospital, doktor akan prescribe kita dengan beberapa vitamin kehamilan. Multivitamin lah, Calcium lah, minyak ikan lah.

Tapi untuk kehamilan kali ni, saya memilih untuk amalkan Set Vitamin Mengandung Premium Shaklee, sebab ianya supplement semulajadi ­čÖé Walaupun kami boleh je dapat free dari hospital, ING insurance cover ­čśë

6 Sebab Ibu Mengandung Wajib Amalkan Vitamin

Mari saya kongsikan 7 sebab kenapa saya dan ibu mengandung lain digalakkan untuk amalkan vitamin semasa kehamilan.

1. Menghilangkan Loya Morning Sickness

Vitamin B6 dan Vitamin B12 membantu melegakan morning sickness. Selain Vitamin B Complex, supplement Peppermint Ginger turut membantu menghilangkan loya morning sickness

Vitamin B Complex turut mengandungi Vitamin B9 turut dikenali sebagai Folic Acid. Folic Acid sangat penting untuk mengelakkan kecacatan tulang belakang bayi.

Sangat penting di ambil di awal trimester sebab masa ni lah tulang belakang bayi sedang terbentuk.

P.s: Vitamin B Complex Shaklee lengkap dengan unsur B1 hingga B12, lengkap dengan Folic Acid sekali lah maknanya.

2. Blood Clot (elak tumpah darah lepas bersalin)

Tahukah anda, pengambilan vitamin yang betul membantu blood clot semasa bersalin. Kata lainnya,  pengambilan vitamin yang betul mengelakkan risiko tumpah darah selepas bersalin.

Vitamin yang dimaksudkan adalah Calcium.

Dalam rangkaian vitamin Shaklee, supplement calcium adalah Ostematrix. Kadangkala ada ibu yang dah minum banyak susu dan makan banyak sayur tapi masih selalu rasa kebas.

Jadi boleh lah amalkan Ostematrix hingga ke saat bersalin.

Istimewanya Ostematrix ni, ia turut di lengkapi dengan agen penyerap Calcium; iaitu Magnesium dan Vitamin D. Agen penyerap ni membantu tubuh kita serap Calcium. Tanpa agen penyerap, memang tubuh xdpt serap calcium

Selain Ostematrix, Alfalfa juga membantu blood clot. Tapi kalau ibu preggy nak ambil Alfalfa, dinasihatkan jangan ambil di awal kehamilan. Ambil di akhir kehamilan, macam dah nak dekat due ke, sebab Alfalfa ni herba. Di takuti ia induce contraction.

vitamin untuk ibu hamil
Set Vitamin Ibu Mengandung Premium

3. Meningkatkan bilangan HB Darah

Biasa kalau saya lah, awal kehamilan memang rasa letih semacam. Perkara ni normal.

Masa ni placenta mula terbentuk. Asalnya tubuh kita just supply darah untuk kita sorang, tapi kali ni nak kena supply untuk kita si ibu plus placenta dan baby yang baru terbentuk.

Bila kurang makan makanan berzat besi seperti daging atau sayur, maka bilangan HB darah berkurang. Kat sini lah Alhamdulillah Vitalea Iron Formulated membantu. Rata-rata pengalaman kenalan, dari HB 8 boleh naik hingga HB 13! Alhamdulillah

4. Mengelakkan risiko pre-eclampsia

Biasanya pre-eclampsia (tekanan darah tinggi sewaktu kehamilan) ni detected pada akhir kehamilan.

Kalau anda pernah alami sejarah pre-eclampsia, anda perlu menitik beratkan pengambilan protein yang cukup semasa kehamilan. Mula kan sejurus anda tahu anda hamil. Boleh baca di sini tentang penerangan saya mengenai pre-eclampsia.

Untuk protein, anda boleh dapatkan ESP, sumber protein terbaik kerana ia bebas lemak, bebas kolesterol dan tulen.

5. Mengelakkan risiko anak kurang sempurna fizikal, atau organ terbentuk kurang sempurna

Atau kata mudahnya, moga anak yang dilahirkan tak cacat pancaindera, dan semua organ termasuk jantung, paru-paru, etc semua sempurna. Kat sini lah pentingnya pengambilan protein. 

Sebab apa?

Protein merupakan asas pembinaan sel dalam tubuh. Mula-mula sel terbentuk, kemudian membentuk tisu, kemudian organ, kemudian system, kemudian tubuh terbentuk sempurna.

Sel > Tisu > Organ > Sistem > Tubuh

Protein yang Shaklee offer adalah ESP. Pengambilan Calcium juga penting sebab calcium membantu pembentukan darah, dan sistem kardiovaskular bayi. Calcium Shaklee adalah Ostematrix tadi.

6. Mengurangkan risiko anak menghidap allergik

Tahukah anda, kalaupun anda atau pasangan dua-dua ada allergik, contohnya Eczema, kita boleh usahakan supaya baby tak dapat allergik. Iaitu dengan pengambilan vitamin minyak ikan.

Vitamin minyak ikan yang Shaklee offer adalah Omega Guard. Banyak kelebihan Omega Guard ni sebenarnya. Ia turut membantu perkembangan otak bayi, perkembangan visual bayi, melembutkan bahagian vagina (kasi bukaan lembut semasa nak bersalin), sebab ia mengandungi asid lemak -3.

Omega Guard ni istimewa berbanding minyak ikan lain sebab kandungan DHA dan EPA nya paling tinggi antara semua brand. Dan ia nya BUKAN dibuat dari hati ikan (cod liver). Hati ikan ni penuh toksik, jadi Shaklee memilih untuk buat minyak ikan Omega Guard dari ikan sebenar, bukan hati ikan

Jadi ibu-ibu mengandung, jangan culas tau ambil vitamin semasa mengandung. Vitamin semasa mengandung ini penting bukan sahaja untuk bayi semasa dalam kandungan, tetapi juga untuk ibu semasa nak bersalin nanti dan kesihatan bayi selepas dilahirkan.

Jika anda berminat nak dapatkan Set Vitamin Ibu Mengandung Shaklee, boleh lah hubungi saya :

Khadeejah Hasmad
SMS/Call/WhatsApp 019- 477 3457
Email: [email protected]
Shaklee ID: 858755

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *