6 Tips Atasi Masalah Susu Kering Semasa Pantang
Ramai ibu – ibu kurang jelas tentang penghasilan susu ibu sewaktu di awal kelahiran bayi. Kalau silap langkah sikit, maka ibu akan menghadapi masalah susu kering semasa dalam pantang.
Tahu kah ibu, semasa minggu pertama kelahiran bayi, ia adalah sangat normal apabila susu kita tak memancut- mancut.
Waktu itu hanya kolostrum terhasil. Jangan panik bila tengok bayi kerap sangat menyusu.
Masa Muhammad dulu, kerap sangat menyusu, macam setiap 15 minit minta susu. Bukan sebab dia lapar. Tapi sebab susu ibu ni sangat mudah hadam. Bila mudah hadam, dia akan cepat kenyang dan cepat lapar semula.
–> Baca juga 4 perkara dalam penyusuan yang selalu di salah tafsir
Susu akan mula memancut- mancut sampai basah lencun baju pada minggu kedua kelahiran bayi. Dengan syarat, masa minggu pertama tu, bayi memang sepenuhnya menyusu susu ibu.

6 Tips untuk mengelakkan masalah susu kering
Mari saya kongsikan 6 tips penting supaya susu ibu tidak kering walaupun semasa di dalam tempoh berpantang.
#1 : Saiz Perut Bayi
Fahami konsep perut bayi hanya sebesar guli di awal kelahiran. Memang cukup susu yang kita hasilkan walaupun tak memancut- mancut.
#2 : Susu Mudah Hadam
Fahami konsep susu ibu ni mudah hadam. Sebab tu lah bayi cepat meminta susu dan kerap sangat menyusu.
#3 : Supply and Demand
Fahami konsep supply and demand. Bila bayi nak menyusu, terus susu kan. Jangan tangguh- tangguh.
Lepas bayi menyusu, pam payudara untuk pastikan payudara tu betul- betul kosong. Bila betul- betul kosong, otak akan terima signal untuk cepat- cepat hasilkan susu semula.
Paling penting, susu perlu diperah setiap 2 jam sekali. Jika bayi tidur tak minta susu dalam jangka waktu 2 jam, ibu yang perlu perah sendiri.
Tapi kata lah bayi lahir je terus tidur (ni biasa fenomena untuk bayi yang ibu ambil epidural semasa bersalin, atau bayi yang kena jaundice teruk), ibu perah je susu.
#4 : Jangan sesekali kenalkan susu formula
Apabila ibu mula beri bayi susu formula, ia akan mengganggu rutin dan penerimaan bayi terhadap susu ibu
#5 : Jangan kenalkan botol susu terlalu awal
Ada bayi yang susah nak terima direct-feeding. Elakkan guna beri susu guna botol. Sebaliknya guna sudu kecil untuk suap ke dalam mulut bayi.
Ini penting untuk mengelakkan bayi keliru puting susu dan puting botol.
Bagi ibu yang bakal masuk pejabat selepas bersalin, waktu terbaik kenalkan botol susu adalah lebih kurang dalam 2 minggu sebelum tempoh cuti pantang habis.
–> Baca juga 5 tips asas di dalam penyusuan yang ibu mesti tahu
Semoga entry ini bermanfaat untuk ibu-ibu 🙂
P.s : Untuk dapatkan Set Penyusuan Shaklee, anda boleh hubungi saya di :