Tips Perniagaan

6 Tips Bekerja Dari Rumah Sambil Urus Anak

Saya adalah seorang ibu yang bekerja dari rumah bersama 2 anak yang masih kecil.

Sebelum usia diorang menginjak 6 tahun, saya kena pastikan emosi dan spiritual mereka tip top.

Tapi pada masa yang sama saya ada perniagaan untuk diuruskan dan paling penting adalah urusan rumah tangga termasuk memasak dan kemas rumah.

Macam mana nak uruskan?

6 Tips Bekerja Dari Rumah Bersama Anak Kecil

6 tips ini memang saya sendiri amalkan. Perkongsian ini diharap memberi peringatan kepada saya supaya tidak terlupa dan moga memberi manfaat untuk semua ^_^

Amalan Rohani.

Allah adalah penjaga masa, Dia juga yang memiliki masa. Kalau kita nak banyak masa, kita kena selalu amalkan amalan yang Allah suka.

Sebagai contoh, zikir sepanjang hari, perbanyakkan mengaji dan amalan-amalan sunat diniatkan untuk mengenali Allah.

Mula-mula memang payah, tapi lama-lama kita akan rasa juga kesan manisnya.

Group Shaklee saya ditekankan untuk lengkapkan senarai zikir yang telah pun saya kongsikan untuk memastikan kita sentiasa kuat semangat dan urusan lancar.

Tentukan prioriti anda

Prioriti saya semestinya perkembangan anak-anak. Alang- alang sementara Muhammad duduk rumah sebelum masuk tadika, saya teringin juga Muhammad pandai membaca dan memahami apa yang dia baca.

Sebab kalau dia dah pandai baca, dia boleh isi masa lapang dengan baca baca baca macam saya masa kecil dulu 😉

Orang yang berilmu adalah orang yang beruntung dan bakal memimpin dunia 😀

Buat senarai semak (checklist)

Checklist adalah sangat penting untuk memastikan kita tak membazir masa. Fokus pada target outcome untuk anak-anak dan pada target perniagaan.

Orang yang berjaya buat jadual untuk hidup seharian mereka, dah bangun seawal 3 pagi untuk solat. Mat Saleh pun solat tahajud gak cara dia. Dan lepas solat diorang bersenam atau jogging.

Buat kerja masa anak tidur

Dah nak buat macam mana kan, masa diorang tidur je kita boleh buat kerja. Kalau kita pun tidur sekali, sampai bila pun kerja kita tak akan siap.

Bersengkang mata lah sekejap setahun dua untuk kesenangan di masa hadapan.

Sediakan aktiviti untuk anak

Sekarang ni untuk Muhammad saya akan buat dot dan minta dia tulis. Contoh buat dot bentuk huruf I huruf T dan huruf L.

Lepas siap, dia dapat reward lukis bintang kat tangan.

bekerja dari rumah bersama anak
Muhammad & Maryam sibuk beraktiviti
tips bekerja dari rumah bersama anak
Semua pun nak di bintang kan

Main dan main

Main dengan anak-anak sampai mereka sangat penat. Bila dah penat, mereka sendiri akan tidur awal. Biasanya saya suka bawa anak keluar jalan-jalan, berlari di taman atau Zoo.

Perihal gadget

Alhamdulillah kami dah potong Astro dan dah keluarkan TV dari rumah. Jadi kat rumah memang tak tengok TV. Cuma kadang tu Muhammad tengok juga lah tab, tapi dia pun cepat bosan.

Maryam on the other hand tak layan TV atau gadget.

Ia adalah subjektif bagi semua orang. Asalkan kita kawal apa yang anak kita tengok, ok rasanya.

Ok cukup 6 tips buat masa ini. Bagaimana pula cara anda? 😉

Berminat nak dapatkan Shaklee atau sertai jadi ahli Shaklee?

Hubungi saya:

Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp/Telegram: 019 409 3457

Shaklee ID : 858755

Similar Posts

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *