7 Aktiviti Menarik Untuk Anak Kecil di Avillion Port Dickson

Belum pernah lagi saya jumpa resort yang sangat mesra kanak-kanak. Iaitu menyediakan pelbagai kemudahan dan aktiviti menarik khas untuk anak-anak kecil.

Tapi Avillion Port Dickson memang wow sangat. Saya secara peribadi memang suka betul dengan resort ini. Sebab utama adalah what you pay cover lots of children’s activities as well

Biasa hotel mahal kita bayar dapat bermalam je. Paling banyak pun dapat lah evening lounge dan buffet breakfast.

Tapi Avillion Port Dickson ini siap ada :

1/ Kid’s Cabin yang wow

Setiap hari ada aktiviti tertentu. Buka jam 9 pagi hingga 7 malam kalau tak salah. Klik tau link di atas untuk tengok lebih banyak aktiviti kami 😀

Bersama Mak Yayam

2/ Playground budak very easy access

Tak payah susah-susah kena turun tingkat itu ini. Playground ini sebelah swimming pool yang berada di sebelah cafe dan dalam laluan dari lobby ke bilik-bilik.

Daripada tak nampak pun boleh jadi nampak.

Playground betul-betul di luar Kid’s Cabin

3/ Pet Farm yang sangat-sangat-sangat best

Setiap hari pun buka walaupun hari minggu iaitu pada jam 10 pagi. Memang tak boleh miss. Rugi tau kalau miss. Anak-anak kami suka sangat-sangat sebab boleh pegang dan bagi makan arnab, merpati, ayam dan merak.

P.s : Baca juga 4 aktiviti menarik dan tips di Pet Farm Avillion Port Dickson

4/ Spesies burung seperti peacocks yang bebas berjalan di taman

Ada beberapa merak jantan dan merak betina. Jangan agah merak jantan ini kalau nak tengok ianya kembangkan ekor.

Adik saya bersama merak kembang ekor. Subhanallah.

Biasanya merak jantan di sini rajin kembangkan ekor bila ada merak betina depan mata.

Nak ajak mengawan mungkin.

5/ Private Beach yang terjaga kebersihannya

Ada sorang anak saudara saya ni suka sangat mandi laut. Masuk laut, keluar rehat, masuk balik dan keluar bila penat. Lepas tu masuk semula.

Seronok sebab lagipun tak ramai orang.

6/ Pool budak yang siap ada slide

Pool di sini buka 24 jam. Biasanya dalam jam 10 pagi ke atas dah mula surut orang. Puas lah anak-anak kami dan sepupu mereka main air sampai naik kecut kulit.

 

Berkali-kali Muhammad naik turun slide ini.

Hannah dan baby Anas

7/ Free movie for family macam dalam teater (ini belum cuba sebab kena book one day early)

Kalau anda ada anak-anak kecil dan tercari-cari perfect getaway, saya sangat recommend Avillion Port Dickson. Sambil kita mak bapak release beban kerja, sambil anak-anak pun sibuk beraktiviti dengan gembira 😀

Thanks for reading!

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares