7 Cara Banyakkan Susu Dengan Cepat

Susu yang cukup untuk anak kita bukan bergantung kepada jumlah susu anak orang lain.

Kadangkala yang sedikit itu cukup malah berlebihan.

Namun kadangkala kita perlukan lebihan susu untuk kes kecemasan seperti tiba-tiba datang period dan susu merudum, atau terpaksa kerja di luar daerah secara tiba-tiba, atau tiba-tiba mengandung dan menyebabkan susu merudum.

7 Tips Banyakkan Susu Badan

Saya kongsikan 7 tips mudah untuk banyakkan susu badan.

CARA BANYAKKAN SUSU Badan

Tips Banyakkan Susu Badan #1:

Kerapkan kosongkan payudara 

Kerap perah atau pam susu setiap 2-3 jam sekali. Pastikan pada setiap kali sesi perahan, payudara yang di perah itu benar-benar kosong selepas perah.

Bila payudara kosong, baru lah susu baru akan masuk dengan meriah semula.

Tips Banyakkan Susu Badan #2:

Makan makanan berkhasiat dan berzat

Bukan semata-mata sebab kita mahukan susu kita berkualiti untuk anak, tetapi zat dan khasiat itu diperlukan untuk proses membina susu yang mengenyangkan bayi dan membantu perkembangan bayi.

Nasi adalah wajib, pengambilan sayur dan protein seperti ayam, daging atau ikan juga penting untuk bantu penghasilan susu yang banyak.

Tips Banyakkan Susu Badan #3:

Minum Air Kosong 

Banyakkan minum air kosong. Salah satu komponen utama susu ibu adalah air.

Jika komponen utama tiada, bagaimana susu ibu mahu meriah?

Air juga membantu ibu kekal  hydrated. Bila ibu sentiasa hydrated, ibu akan lebih bertenaga untuk menghasilkan susu dan memerah susu.

Tips Banyakkan Susu Badan #4:

Elakkan stress

Apabila kita stress, hormon oxytocin akan terbantut. Hormon oxytocin adalah salah satu hormon penting untuk menghasilkan susu badan.

Ada banyak jenis stress yang ibu biasa hadapi.

Ada stress yang ibu sedar. Ada jenis stress yang ibu tidak sedar.

Cara untuk hilangkan jenis stress yang kita tidak sedar adalah dengan mendapatkan rehat yang cukup.

Badan yang mendapat rehat yang cukup adalah lebih tenang dan mudah untuk menghasilkan susu badan yang banyak.

Cara untuk hilangkan stress dari tempat kerja atau urusan seharian di rumah adalah dengan memperbanyakkan zikir, atau buat perkara yang kita suka.

Minta bantuan suami untuk beri kita sedikit masa untuk menyendiri tanpa gangguan.

Ibu yang tenang, ibu yang tidak stress lebih mudah menghasilkan lebih banyak susu badan.

Tips Banyakkan Susu Badan #5:

Urutan payudara

Cuba buat urutan kepada payudara sebelum sesi penyusuan atau sesi perahan susu.

Urutan ini membantu untuk melancarkan pengaliran darah dan melegakan urat-urat susu.

Tips Banyakkan Susu Badan #6:

Power Pumping. 

Power  pumping adalah istilah untuk sesi memerah susu secara intensif.

Dalam masa satu jam, susu diperah di bahagian kanan 10 minit. Rehat 10 minit.

Kemudian susu diperah pula di bahagian kiri selama 10 minit. Rehat 10 minit.

Ulang perahan di payudara kanan seperti di atas.

Langkah di atas diulang-ulang selama 1 jam.

Namun begitu, power pumping hanya digalakkan untuk dibuat pada waktu malam.

Ini kerana badan kita lebih tenang dan relaks pada waktu malam, berbanding pada waktu siang.

Bila kita lebih tenang, hasil perahan susu akan jadi lebih banyak.

Sebaliknya jika perah pada waktu siang, dikhuatiri ibu akan bertambah stress kerana hasil perahan tidak banyak seperti yang diingini.

Tips Banyakkan Susu Badan #7:

Makanan tambah susu

Sebelum amalkan makanan tambah susu, pastikan ibu konsisten dengan rutin kosongkan payudara.

Rutin mengosongkan payudara adalah penting. Kalau tak kerap kosongkan payudara, ibu makan banyak mana pun makanan tambah susu, susu tetap tidak akan meriah.

Contoh makanan tambah susu yang popular dan telah membantu ribuan ibu menyusu termasuk lah Alfalfa, kurma, lobak putih, longan kering dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk banyakkan doa mohon di banyakkan susu untuk anak kita.

Semua rezeki termasuk susu anak adalah dalam genggaman Allah. Kalau Allah tak izin, beribu petua kita guna pun, tak akan berhasil.

Hanya dengan izin Allah, semua tidak mustahil.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda 🙂

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755

Whatsapp : 0196953317

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares