Breastfeeding Tips

7 Makanan Banyakkan Susu Badan Yang Ibu Perlu Tahu

Ada ibu, susu melimpah-ruah walaupun tidak amalkan makanan untuk tambah susu badan. 

Ada pula ibu, mengalami masalah susu merudum dan memerlukan bantuan tambahan dari makanan penggalak susu ibu. 

Ada pelbagai sebab ibu perlukan makanan tambah susu badan. 

Antaranya adalah kerana corak pemakanan seharian ibu adalah tidak seimbang dan tidak cukup nutrisi yang diperlukan untuk menghasilkan susu. 

Terdapat pelbagai makanan yang telah berjaya membantu ramai ibu banyakkan susu badan. 

Namun begitu, tidak semua ibu memberi reaksi yang positif kepada semua jenis makanan banyakkan susu badan. 

Sebagai contoh, ibu A boleh sahaja menghasilkan berbotol – botol stok susu selepas mengamalkan jus kurma selepas seminggu. 

Tetapi tidak kepada ibu B, walaupun kuantiti kurma dalam jus kurma yang ibu B ambil, sama seperti yang diambil oleh ibu A. 

Ini kerana lain ibu, lain badan dan lain gaya pemakanan. Contohnya, mungkin ibu A makan nasi yang cukup bersama daging, ikan, ayam dan sayur setiap hari. 

Bukan itu sahaja, ibu A mungkin turut mengambil beberapa jenis buah-buahan dalam sehari. 

Semua ini penuh nutrisi. 

Semua ini penting untuk memastikan badan cukup nutrisi. Bila badan cukup nutrisi, dengan izin Allah, maka mudah lah badan untuk hasilkan susu untuk bayi. 

Makanan yang membanyakkan susu badan bukan watak utama untuk membanyakkan susu badan ibu. Ia hanya membantu, ia hanya watak sampingan. 

Yang paling utama, untuk banyakkan susu badan, ibu perlu makan makanan penuh zat dan kerap perah susu badan. 

7 Makanan Yang Membantu Banyakkan Susu Badan Ibu

Baiklah, saya kongsikan di sini 7 makanan yang membantu membanyakkan susu ibu :

Makanan Banyakkan Susu Badan #1:

Susu

Susu ibu terdiri dari kalsium. Jadi, untuk pastikan susu ibu banyak, selain dari minum air kosong, ibu perlu juga amalkan banyak minum air susu. 
Makanan Banyakkan Susu Badan #2: 

Buah kurma

Kurma mengandungi kandungan karbohidrat yang tinggi. 

Ia memberi tenaga kepada tubuh ibu. 

Ia mengelakkan ibu letih dalam aktiviti penyusuan. Bila tubuh ibu mula letih, hormon stress akan terhasil. 

Hormon stress ini akan menyekat penghasilan susu. Oleh sebab itu, penting ibu kekal bertenaga semasa aktiviti menyusu. 

Jadi, buah kurma boleh membantu beri tenaga kepada ibu menyusu. 

Apabila ibu lebih bertenaga, susu ibu akan jadi lebih banyak. 


Makanan Banyakkan Susu Badan  #3: 

Air Masak
Pastikan sekurang-kurangnya ibu minum 3 liter air masak sehari. 

Salah satu komponen utama susu adalah air. 

Jika tubuh kita kurang air, susu badan akan lebih mudah merudum. 

Jadi pastikan minum air masak secukupnya. Elakkan air manis dan bergula kerana gula di dalam air manis akan menyerap banyak cecair dalam tubuh yang akan membuatkan tubuh dehidrasi. 
Makanan Banyakkan Susu Badan #4: 

Bayam
Celur bayam atau masak bayam masak tumis. 

Bayam kaya dengan kalsium. Kalsium merupakan salah satu komponen utama di dalam susu ibu. 

Bayam juga mengandungi phytoestrogen iaitu sejenis hormon yang memastikan komponen untuk penyusuan susu ibu seperti payudara kekal sihat. 

Bila sistem saraf dan hormon berkaitan penyusuan sentiasa dalam keadaan terbaik, maka lebih banyak susu ibu dapat dihasilkan.  
Makanan Banyakkan Susu Badan  #5 : 

Oat
Ibu boleh makan oat dengan membuat biskut oat atau makan sebagai Overnight Oat. 

Oat kaya dengan nutrisi. 

Oat juga membantu ibu untuk lebih tenang dan relaks. Apabila ibu menjadi lebih tenang, maka hormon oxytocin akan terhasil dengan banyak. 

Hormon ini merupakan antara hormon yang penting untuk penghasilan susu ibu.
Makanan Banyakkan Susu Badan #6: 

Lobak merah

Lobak merah kaya dengan dengan beta-carotene dan vitamin A yang mrmbantu tumbesaran tubuh bayi yang kuat dan sihat. 

Lobak juga membantu memberi tenaga kepada ibu menyusu. 

Ibu yang tubuhnya lebih bertenaga dapat menghasilkan lebih banyak susu berbanding ibu yang tubuhnya sentiasa keletihan.

Ibu menyusu boleh amalkan segelas jus lobak merah setiap hari.
Makanan Banyakkan Susu Badan #7:

Beras Perang
Beras perang merupakan beras yang tidak di proses. 

Beras perang mengandungi kandungan serat yang tinggi. 

Makanan yang mengandungi serat yang tinggi membantu membekalkan tenaga kepada ibu menyusu yang sering letih akibat aktiviti penyusuan. 

Ibu perlu sentiasa rasa bertenaga kerana tubuh yang letih akan secara tidak langsung membuatkan susu merudum. 

Kajian juga menunjukkan apabila ibu makan beras perang, sejenis hormon bernama hormon serotonin akan terhasil. 

Hormon serotonin ini membantu ibu berasa lebih tenang dan gembira. 

Apabila ibu lebih tenang dan gembira, hormon oxytocin pula akan terhasil dan ini sekaligus merangsang penghasilan susu yang banyak. 

Gantikan sebentar beras putih dengan beras perang sebagai makanan ruji ibu menyusu. 


Supplement Yang Membantu Membanyakkan Susu Badan 

Terdapat satu set supplement dari Shaklee yang membantu ibu membanyakkan susu badan. 

Set ini dinamakan Set Ibu Menyusu. 

Set ini mengandungi supplement bernama ESP, Alfalfa, Ostematrix, Vitamin C, B Complex dan Vitalea

Set Ibu Menyusu ini membantu membanyakkan susu badan dengan menggalakkan penghasilan hormon serotonin yang membuatkan ibu berasa lebih tenang dan secara tidak langsung ini akan menghasilkan hormon oxytocin yang penting untuk menghasilkan susu badan yang banyak. 

Set ini juga membekalkan kalsium dan protein yang merupakan salah satu komponen utama untuk ibu menyusu. 

Di samping itu, Set Ibu Menyusu ini memberi tenaga kepada tubuh ibu menyusu yang seringkali letih akibat aktiviti penyusuan. 

Ia juga membantu memastikan kesihatan payudara dalam keadaan terbaik agar susu dapat dihasilkan dengan banyak. 

Sentiasa kita ingatkan diri kita, makanan di atas hanya watak sampingan. 

Watak utama untuk banyakkan susu badan terletak kepada pemakanan yang seimbang dan kekerapan memerah susu badan itu sendiri. 

Nota : Jika anda berminat untuk mendapatkan Set Ibu Menyusu Shaklee, anda boleh klik untuk order di Link Ibu Menyusu

Semoga entry ini bermanfaat untuk anda. 

Khadeejah Hasmad 

Shaklee ID : 858755

Whatsapp : 0194773457

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *