Bisnes Dari Rumah | Business

7 Tips Bisnes Untuk Orang Pemalu

Dulu kalau sebut buat bisnes je, mesti saya terbayang kena jumpa orang, cakap dengan orang, jadi peramah.

Semua sifat tu saya takda.

Saya adalah sangat pemalu kalau pertama kali jumpa orang. Berat betul nak buka mulut, bukan sebab sombong, tapi segan yang amat.

Tapi dalam hati teringin juga nak cuba buat bisnes.

Alhamdulillah dipendekkan cerita, akhirnya berjaya juga saya bina bisnes yang jana pendapatan 4-angka sebulan.

Bisnes saya ini tak memerlukan saya ketuk pintu rumah orang atau keluar rumah jumpa orang.

Alhamdulillah bisnes ini hanya perlukan saya taip taip taip di handphone atau di komputer.

Bisnes online.

Saya berkongsi menerusi medium blog seperti ini, dan orang yang baru kenal saya, seperti anda, pun boleh baca.

Kalau pembaca suka baca tentang produk yang saya ceritakan, pembaca akan beli.

Saya jual produk kesihatan iaitu vitamin semulajadi Shaklee.

Dalam sifat pemalu saya ini, tak sangka juga saya boleh bantu beberapa kawan yang nak sertai kumpulan saya, untuk turut jana 3-4 angka hanya dari rumah.

Terima kasih sebab percaya pada saya.

Hari ini mari saya kongsikan untuk kawan-kawan yang pemalu juga, macam mana kita yang pemalu di luar ini boleh bina bisnes yang stabil.

7 Langkah Buat Business Untuk Orang Pemalu :

1/ Kenalkan produk anda. Tulis mengenai produk di blog.

Tulis berkaitan penyakit apa yang produk anda boleh bantu.

Jikalau produk anda boleh selesaikan 1,001 masalah sekalipun, fokus kepada penyelesaian satu masalah sahaja dahulu.

2/ Kemudian bina silaturahim dengan penulis blog yang lain.

Aktiviti ini juga dikenali sebagai blogwalking.

Blogwalking ini hanya memerlukan anda klik di link blog orang lain. Baca kisah mereka, dan tinggalkan komen yang positif untuk mereka.

Tak perlu keluar rumah langsung.

Bangun tidur pun boleh buat.

3/ Share link entry baru yang anda tulis tadi di Twitter dan Google Plus

4/ Share juga di Facebook.

5/ Kemudian Facebook Walking.

Facebook Walking adalah menjalin silaturahim dengan rakan-rakan di Facebook.

Anda hanya perlu Like dan Comment sahaja post status mereka.

Ini adalah bertujuan supaya mereka turut nampak apa yang anda post di Facebook anda (link entry blog tadi)

6/ Forum walking

Ini adalah aktiviti selesaikan masalah orang lain di forum seperti Forum Cari dan Forum Ratu Hati.

Sambil anda jawab persoalan di forum anda sebenarnya sedang promosi link blog anda.

Bayangkan cara anda comment di pertanyaan salam blog nampak sangat Wow.

Pasti orang yang membaca akan terpesona dan terus klik pada nama anda untuk mengenali anda dengan lebih dekat.

7/ Banyakkan berdoa dan berzikir dari awal usaha hingga habis buat kerja.

Kita semua tahu bahawa rezeki kita dipegang oleh Allah.

Tapi kita tak pernah tahu banyak mana. Allah sengaja rahsiakan  rezeki kita bukan untuk kita berserah dan duduk termenung.

Tetapi untuk kita usaha semaksimum yang boleh supaya kita layak dapat rezeki yang telah ditentukan.

7 cara di atas sangat sesuai dengan watak pemalu sebab orang tak kenal pun siapa kita dan kita pun tak perlu ketuk pintu rumah orang untuk menjual.

Namun begitu, walaupun nampak macam alah buat online sahaja, kita kena KONSISTEN berkongsi.

Mari cabar diri untuk jadi lebih baik dari semalam.

Semoga anda berjaya dalam bisnes anda!

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *