Uncategorized

7 Tips Membaca Bersama Baby

Baby baru lahir, boleh tak ajak dia baca buku? Boleh sebenarnya πŸ™‚

Err, ni baby yg dh pandai duduk πŸ˜€

Pastikan objektif utama kita adalah utk pastikan baby SUKA kepada aktiviti membaca. Tak perlu gusar jika anak tak reti baca masa baby, atau dia tak paham tu gambar apa. Bab tu bisa diajar tanpa dipaksa2, bila anak dah suka dengan buku. Janji bila kita bukak buku je, dia senyum dan nampak ceria =) Tak mustahil untuk jadikan baby suka sesi membaca. Buku tu tak perlu keluarkan bunyi pun πŸ˜‰

7Β  tips membaca bersama baby:

1. Pastikan mood baby ok, happy, tak cranky. Kite sendiri kalau nak buat kerja mesti nak dlm keadaan mood baik kan. Kalau baby happy, insya-Allah apa je yg kita ‘feed’, dia mudah terima.

2. Pilih buku yang mempunyai GAMBAR BESAR, WARNA TERANG. Kalau masing-masing tengok baby sendiri, cuba compare, kalau kita bagi buku budak tadika dan buku yang ada gambar seketul- seketul je, buku mana yg lebih menarik perhatian baby?

Dari Allah Makes Birds

3. Pilih buku yang ada sedikit sahaja perkataan kat satu muka surat. Kalau banyak- banyak perkataan ni, baby jadi rimas. Dia tengah dalam fasa nak fokus dan analisis kepada satu- satu perkara pada satu masa, bukan banyak perkara sekaligus. Kalau boleh pilih buku yang ada perkataan asas macam mak, ayah, kucing, etc. Perkataan yang kita dok sebut hari- hari. Supaya baby senang kaitkan perkataan yang dia nampak dengan kehidupan dia


4. Pilih buku yang berkait rapat dengan daily life baby. Contoh macam ada gambar pancaindera- telinga, mata, hidung. Bila kita sebut telinga, kita sentuh sekali telinga baby. Main bisik- bisik kat telinga dia ke, supaya dia faham telinga adalah telinga πŸ˜‰ Lebih menarik kalau dalam buku tu siap kaitkan Allah dengan pancaindera :D

Cerita pasal kepala πŸ˜€ Dari Alam Si Kecil Peringkat Lancar

Atau yg ada tunjuk ekspresi muka. Contoh macam rasa manis. Ekspresi dalam buku tunjuk gembira. Rasa masam, ekspresi tunjuk muka kelat. Kasi dia rasa buah epal manis. Cakap manis, atau sweet. Pastu kasi dia rasa buah epal masam, pastu cakap masam, atau sour. Sambil tu, bacakan buku tu dan tunjukkan perkataan.

Dari Allah Makes Apples

5. Baca dengan bergaya πŸ˜€ Ini sangat teramatlah penting utk pastikan baby keep on reading =) Ibu bapa haruslah kreatif bergaya.

Kalau baca buku tentang haiwan, bunyikan dan gayakan setiap haiwan. Kalau itik, buat jalan gaya itik pusing- pusing keliling baby. Kalau kucing, buat suara kucing comel sambil sebut nama pet, kalau ada. Kalau gambar burung, terbang- terbang kan lah buku tu atas baby πŸ˜€

Dari buku Animals

Kalau ibu tengah ceritakan cerita tentang sahabat nabi, buat intonasi berbeza utk setiap dialog dlm cerita. Kalau ada scene tunggang kuda atau unta, buat bunyi kuda atau unta πŸ˜› Kitorang punya bunyi kuda adalah bunyi kuda berlari- tekedek kedek kedekkk (baca huruf e tu macam baca perkataan emas)

Kalau ibu tengah cerita pasal Cinderella, An Islamic Tale, buat lah gaya princess pakai lawa- lawa depan baby. Alah, dgn anak kite je pun πŸ˜‰ Pastu bab mak tiri dan kakak tiri buat muka garang. Bila cinderella sedih, buat aksi nangis- nangis sambil berdoa. Dalam Cinderella , An Islamic Tale, Cinderella tu berdoa masa sedih. Huu. Ohhh banyak ekspresi muka yg boleh dibuat utk menarik perhatian baby πŸ˜€

Cinderella, An Islamic Tale

6. Sabar. Haaa, jangan expect sekali je bukak buku, baby dah terus nak pay attention. Sabar. Kalau dia takmo tengok buku A, simpan buku A, pi bukak buku B. Masa ni lah kita nak kenal anak kita, dia suka kepada apa. Suka buku haiwan ke, buku pancaindera ke, buku buah- buahan ke, etc. Jangan sesekali paksa anak secara keras, risau nanti dia dah tak suka langsung dengan aktiviti membaca.

7. Konsisten. Konsisten ni untuk memastikan tabiat membaca tu menjadi habit dalam diri baby. Sekadar 5 minit sehari pun, jadi lah. Jadikan ia rutin supaya anak akan merasa membaca ni sesuatu yg dia look forward setiap hari. Kalau takda sesi membaca, dia rasa something lost, dan akan meragam. Haha. Kalau baby Muhammad, bangun tidur terus nak capai buku πŸ˜€

Ok nak kena stop jap. Setakat tu perkongsian buat kali ni πŸ™‚ Moga ia bermanfaat utk semua. Yukk, membaca bersama si manja!! ^_^

*****************************************************

Berminat nak dapat kan buku – buku yang saya cerita kat atas? Jemput ke Islamic Books for Kids, klik sini =) atau
PM FB Khadeejah Hasmad

SMS/WhatsApp/Call 0194093457

Published with Blogger-droid v2.0.4

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *