8 Langkah Mudah Cari Penginapan Jimat Melalui Trivago
Biasanya salah satu penyumbang belanja yang besar semasa travel selepas tiket penerbangan adalah, penginapan.
Kalau book last minute, lagi lah susah nak dapatkan harga jimat dan dekat dengan tourist attraction.
Selain hotel, kita juga ada pilihan untuk menginap di hostel dan homestay (Airbnb)
Baca juga –> 11 langkah mudah book Airbnb
Cuma yang hostel saya belum pernah cuba. Ada kawan maklumkan hostel ada sediakan private room untuk keluarga.
But not yet untuk kami setakat ini.
Sebelum buat keputusan nak book penginapan yang mana, kebiasaannya kami akan bandingkan harga terlebih dahulu.
Antara website yang selalu menjadi tapak singgahan check harga hotel adalah :
- Agoda
- Booking.com
- Expedia
- Website hotel itu sendiri – kadangkala hotel sendiri ada buat tawaran hujung minggu atau hari minggu
Kalau rasa macam makan banyak masa betul mahu check setiap satu website, nak banding harga, review, etc, kami sekarang guna cara yang paling mudah – iaitu compare terus semua website di atas menggunakan satu sahaja website.
Senang cerita.
Website yang menyediakan kemudahan ini adalah website Trivago.
Trivago Bandingkan Harga Semua Website
Website Trivago akan bandingkan harga hotel di 392 website tempah hotel secara automatik.
Ha, kan lagi senang. Tak perlu buka tab satu persatu untuk compare harga.
8 Langkah Mudah Guna Trivago
Mudah sahaja guna Trivago ini. Ikuti langkah demi langkah saya kongsikan di bawah.
Langkah #1 : Masuk website Trivago
Klik gambar untuk masuk website Trivago.
Langkah #2 : Taip lokasi destinasi anda
Contohnya saya taip mahu cari penginapan di Cappadocia, Turki.
P.s : Di Cappadocia banyak ‘rumah gua’ atau hotel yang dibina di dalam gua. Menarik sebab lain dari yang lain.
Salah satu attraction Cappadocia adalah hot air balloon – sebab itu kalau taip Cappadocia mesti keluar perkataan ‘balloon’
Langkah #3 : Taip tarikh check in dan check out
Pilih di kalendar yang disediakan untuk tarikh check in dan check out.
Langkah #4 : Buat pilihan untuk jenis bilik.
Jika anda seperti kami yang travel bersama 3 anak, bagus buat pilihan family room atau multiple room.
2 sebab kami pilih family room :
1/ Sebab keluasan bilik
Anak-anak kecil perlukan ruang yang luas supaya mereka selesa dan tak meragam.
2/ Caj per-kepala
Negara selain Malaysia biasanya caj penginapan mengikut harga per-kepala.
Kalau tak salah saya ia adalah safety reason – in case ada kebakaran, pihak hotel tahu exactly berapa jumlah orang yang menginap di premis mereka, jadi senang nak buat rescue mission.
Kebiasaannya anak usia 6 tahun ke bawah dapat half price atau percuma.
Langkah #5 : Trivago akan bandingkan harga semua website
Trivago akan bagi paparan ringkasan cadangan website yang bagi harga paling jimat.
Contoh gambar di bawah, penginapan pertama di Kayakapi Premium Caves menunjukkan tawaran dari website Hotels.com menawarkan harga paling jimat.
Pilihan kedua Aydinli Cave House pula memaparkan yang website Booking.com memberi tawaran paling jimat
Langkah #6 : Pilih mahu paparan di susun mengikut rating, harga, jarak atau popularity
Kebiasaannya kami pilih paparan mengikut rating sebab rating bagus petanda orang yang pernah menginap di situ amat berpuas hati, kan?
Kalau harga pula, bagi kami harga yang terlalu murah menandakan ada something wrong somewhere. Kebiasaannya begitu.
Lain orang lain priority nya. Priority anda mungkin berbeza dengan kami.
Untuk kami traveller bawa anak-anak kecil, top priority kami adalah keselesaan.
Langkah #7 : Tekan butang View Deal
Jika sekadar mahu tengok kemudahan apa yang ditawarkan oleh hotel tersebut, tekan butang View Deal yang berwarna hijau.
Nanti Trivago akan keluar paparan seperti di bawah ini. Automatik nanti akan masuk website yang tawarkan ‘the deal’.
Oleh kerana mahu pastikan belanja mesti berbaloi dan mahu pastikan apa yang kami pilih adalah betul-betul berkualiti, jadi sebelum buat pilihan, kami akan check 3 perkara terlebih dahulu.
1/ Ada sediakan breakfast atau tidak?
Kalau boleh kami mahu hotel yang sediakan breakfast supaya tak lah pagi-pagi terkulat-kulat nak cari kedai makan atau kedai runcit jual breakfast.
Contoh di bawah, hotel menyatakan yang mereka sediakan bufet sarapan percuma.
Ok, pass.
WiFi tak berapa penting tapi bonus.
Tempat letak kenderaan percuma di kira penting sebab di Cappadocia biasanya kita perlu sewa kenderaan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
P.s: Penting untuk study kawasan yang kita nak pergi supaya tak lost dan enjoy masa berjalan.
2/ Apa review orang lain?
Ini adalah antara section yang paling penting untuk kami – review.
Apa review orang lain terutamanya traveller with family or young children.
Rating 4.8 dari 5 dah cukup menunjukkan hotel ini bagus, cuma jangan ambil remeh tentang review traveller lain.
3/ Jarak
Pastikan juga jarak dengan airport terdekat macam mana, jarak dengan main tourist attraction – terutamanya tempat yang kita mahu pergi.
Jarak jauh tak mengapa jika kita sewa kenderaan, cuma sekadar untuk prepare mental dan kemudahan anak-anak kecil dalam kereta nanti
Langkah #8 : Tempah
Bila dah puas hati dengan semua paparan, boleh lah pilih bilik yang mana berkenan di hati dan isi detail pembayaran.
Pastikan method pembayaran yang sesuai dengan anda – adakah di caj kalau kita cancel last minute, adakah kita hanya di caj semasa sampai di hotel, atau adakah pihak hotel hanya terima cash semasa pembayaran.
Baca teliti cara pembayaran hotel.
Jangan menyesal di kemudian hari.
Semoga perkongsian ini membantu anda merancang percutian dan travel dengan lebih teratur dan smooth.
Happy travelling!
Informasi sangat menarik.