Breastfeeding Tips

8 Punca Nipple Cracked/Puting Merekah

Assalamua’laikum dan Salam 12 Syawal ! ?

Adoih, pedihnya nipple cracked! Ada yang sampai susu bercampur darah, kulit terkeluar dan ada yang paling teruk isi terkeluar pun ada. Mak aih, sakitnya dengar ! ?

Nipple cracked atau puting merekah ni maksudnya luka di kawasan puting. Kekadang sampai ada mak-mak yang siap menangis sebab tak tahan sakit nipple cracked especially time direct feeding. Kesian betul.

Anda nak tengok gambar nipple cracked? Mohon google sendiri ya sebab tak gamak nak upload masuk dalam blog. Sebab agak seksi dan mengerikan. Hehe.

bf4
Kalau bayi paham mommy dia sakit, cenggini kot diorang akan tanya? Hehe

Normally, breastfeeding adalah perkara yang menyeronokkan bukan menyakitkan. Ye ler, mommy-baby-bonding-time, mestilah best. ?

Nak sakit pun time awal-awal je sebab payudara baru nak biasakan. Kalau dah sakit terlalu lama, elok anda periksa ya ibu-ibu.

Jadi apakah punca-punca nipple cracked? Meh kita hadam sesama.

Punca #1: Cara Lekapan Tidak Sempurna

Ingat ye, bayi ni breastfeeding bukan nipple feeding. Jadi bila bayi dia hisap dekat nipple je, itu yang buat puting kita cepat melecet dan rasa pedih. Bagi bayi melekap elok-elok dekat areola.

Normally perkara ni terjadi dekat bayi lahir dan new mother. Sebab macam kekok sikit nak pegang bayi dan bagi bayi melekap dengan sempurna. Takpe, practice make perfect. ?

Punca #2: Tumbuh Gigi

Adalah normal bila bayi suka menggigit bila nak tumbuh gigi atau bahasa omputih kita panggil teething. Sebab waktu ni gusi diorang gatal atau orang utagha cakap tengah gatai gusi. Sabo jelah mak enon. ?

Punca #3: Kulit Kering

Ada ibu-ibu yang mempunyai kulit yang kering atau mempunyai ekzema. Jadi boleh jadi punca jugak kena nipple cracked.

Punca #4: Breast Pump

Haa, mungkin waktu kita tengah pam susu terlebih high power sangat atau terlalu lama. Tak pun waktu pam tu, breast anda tak betul-betul on the center. Maksud saya senget benget. Huhu.

Ada kemungkinan juga pam yang kita guna kecil dari saiz breast. Jadi kita telah beri tekanan yang overdose kat breast.

Punca #5: Thrush

Thrush ni benda apa? Thrush adalah jangkitan fungus. Nak tahu macamana? Sebelum ni breastfeeding okay je tapi tiba-tiba je jadi nipple cracked.

Jangkitan fungus ni datang semulajadi dari organisme dalam tubuh badan kita, tapi boleh merebak ke seluruh anggota badan termasuk nipple anda. Dan ia juga boleh berjangkit dari bayi anda. ?

Punca #6: Dermatitis

Nipple akan menjadi merah dan gatal. Boleh jadi berpunca dari krim, losyen atau sabun yang kurang sesuai.

Punca #7:  Bra

Anda mungkin memakai bra yang kurang sesuai dengan saiz breast anda. Breast pad atau lapisan plastik bra boleh jadi kurang sesuai.

Iye le, kulit susah nak bernafas. Jadi akan memerangkap lembapan dan haba yang berlebihan. Jadi mohon beli bra yang selesa ya.

Punca #8: Lidah Terikat atau Tongue-Tied

Bayi anda mengalami kesukaran untuk melekap dengan sempurna sebab asyik tergelincir. Tergelincir ni sebab lidah bayi pendek, jadi susah diorang nak hisap dan sedut betul-betul susu.

Bayi macam ni kekadang berat badan lambat naik, perut kembung, waktu hisap susu bunyi kuat dan susu asyik meleleh kat tepi mulut. Kesian sangat. Anda disarankan untuk berjumpa pakar laktasi untuk rawatan lanjut.

 

Semoga anda dapat periksa punca-punca yang mungkin menyebabkan anda mengalami nipple crack.

 

Insya-Allah, next entry saya akan kongsikan cara untuk menyembuhkan nipple cracked pulak.  Tunggu tau ! ?

 

Anda berminat untuk order Shaklee? Hubungi saya

admin-ajax.php

 

 

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *