8 Tips Menjayakan Penyusuan Bagi Ibu Yang Mempunyai Flat/Inverted Nipple

Assalamua’laikum dan Salam 9 Syawal ! ?

Sebelum saya terus buat huraian tentang tajuk utama entry kali ni, meh le kita kenali jenis puting payudara masing-masing seperti gambar di bawah.

Boleh ke menjayakan penyusuan dengan inverted

Ramai juga ibu-ibu yang menyangka kalau mereka mempunyai flat/inverted nipple mereka tidak mampu direct feeding. Sangkaan anda salah sama sekali ! ?

Bare in your mind. Kita breastfeeding, bukan nipple feeding. Allah cipta mengikut kemampuan hamba-hamba-Nya. Yakinlah. ☺

Okay, meh saya nak share beberapa tips yang boleh dicuba oleh anda:

Tips #1: Kuasa Minda

Ibu menyusu ni memang kena kuat mental. Bak kata cikgu susu pumponthego, bayi kita boleh sense our fear, panic and emotion.

Jadi sangat penting untuk sentiasa fikir positif. Memang susah mula-mula. Tapi anda wajib berlatih dan belajar untuk maintain positif dan cool always.

Kalau dari segi sains pulak, ia berkait rapat dengan hormon prolactin dan oxytocin yang bermula dari otak. Boleh tengok rajah di bawah ye murid-murid. ?

Boleh ke menjayakan penyusuan dengan inverted 1Tips #2: Urutan Payudara

Urutan ni boleh diamalkan setelah anda kenali jenis nipple anda. Untuk bakal-bakal ibu, anda boleh lakukan urutan ini ketika mandi setiap hari mulai sekarang.

breast massage

Tips #3: Cara  Latch On/Lekapan

Tahukan anda mulut bayi harus melekap dengan betul di kawasan areola (kawasan bulatan yang gelap tu haa). Bukan hanya melekap dekat puting je. Itu yang kekadang puting senang melecet sebab bayi tak melekap bebetul.

Yang ni memang kena latih bayi anda sejurus lepas bersalin. Jangan nanti elok je lepas bersalin, terus bagi botol susu. Sebab takut nanti boleh lead to nipple confusion (keliru puting).

open-uri20140815-3472-11mfsyk

 

Tips #4: Kedudukan Penyusuan Bayi

Saya tahu. Saya dah banyak share tentang nih. Sebab cara lekapan dan kedudukan penyusuan bayi yang betul wajiblah seiring supaya bayi anda dapat breastfeeding dengan selesa.

wpid-breastfeeding-position.gif

 

Tips #5: Breast Shell

Breast shell ini dipakai di dalam bra. Pic tutorial nak pakai camne takde lah ye. Pepandai kat situ. Hehe. Tapi jangan pakai waktu tidur malam pulak. Tak elok untuk payudara anda. Pakai waktu siang gitu. Kalau selesa boleh pakai 8 jam. Office hour gitu.

Breast shell ni untuk membantu nipple anda untuk ‘memunculkan’ dirinya gitu. Tekanan dari breast shell tu membantu puting anda untuk timbul. Boleh dipakai 30 minit sebelum penyusuan.

Boleh ke menjayakan penyusuan dengan inverted 2

Harga Breast Shell Avent ni bawah RM100 kalau tak salah.

Tips #6: Breastfeeding Pump

Breastfeeding pump ni juga boleh membantu untuk menimbulkan nipple anda dan sekaligus anda boleh buat stok EBM. 2 in 1 benefit gitu. ?

A013A31101-600

Tips #7: Nipple Shield

Untuk menggunakan nipple shield, seeloknya rujuk dulu pakar laktasi. Nipple shield ni silicon lembut yang dilekapkan dekat areola. Kiranya jadi nipple olok-olok gitu.

Tetapi harus diingatkan, kita jangan bergantung sangat dekat nipple shield. Untuk sementara waktu mungkin boleh. Untuk jangka masa panjang, tak disarankan.

Bila bayi dah boleh melekap dengan elok menggunakan nipple shield, seeloknya cabut perlahan-lahan supaya bayi boleh belajar melekap dekat real breast.

8 tips menjayakan penyusuan bagi ibu yang flatinverted nipple

Nipple Shield

 

Tips #8: Doa dan Tawakal

Setelah anda berusaha sedaya-upaya, berdoalah kepada Yang Maha Kuasa. Mohon dipermudahkan segala usaha anda untuk menjayakan penyusuan susu ibu sehingga bayi anda berusia 2 tahun. Moga Allah memakbulkan hajat kita semua. Amin ya Allah. ?

BjVuLSDIUAAvvKV

Sebenarnya bayi anda tak kisah pun rupa dan saiz payudara anda. Janji ada susu, dah cukup bagus. Hehe.

Cuma Allah dah tetapkan supaya kita kena berusaha lebih sikit untuk bayi kita. Insya-Allah, semoga saham akhirat kita berganda-ganda.

 

Anda berminat order Shaklee? Hubungi saya

admin-ajax.php

 

 

2 Comments

  1. ema 27 July 2015
  2. ema 27 July 2015

Leave a Reply

CommentLuv badge

Shares