Travel Tips

9 Lokasi Sejarah Wajib Lawat Buat Peminat Sultan Muhammad Al-Fatih

Saya pertama kali menonton cerita Sultan Muhammad Al-Fatih adalah masa sekolah rendah.

Masa tu cerita adalah cartoon dalam bahasa english.

Setiap beberapa minit, cikgu pause dan akan terangkan dalam bahasa melayu.

Sejak itu, memang saya sangat kagum dengan Sultan Muhammad Al-Fatih.

‘Sebaik-baik raja, dan sebaik-baik tentera yang akan tawan kota Constantinople ‘

Lebih kurang gitu hadith Nabi Muhammad s.a.w

Dalam kepala saya masa tu, orangnya berperwatakan lembut, baik, etc.

Tapi bila datang Istanbul, jadi lain pulak.

Al-Fatih bukan orang yang cepat lembik. Dia sangat lah tegas.

Sangat high determination.

Kalau nak tu, nak jugak. Takde tapi tapi.

Asalnya dia adalah dari golongan Monggol.

Siapa yang tak tahu, Monggol ni keturunan ganas, pernah menyerang Baghdad dengan sangat dahsyat sehingga hitam sungai Baghdad dengan dakwat buku sebab semua buku dalam library di musnahkan.

Itu cerita sebelum keturunan Monggol masuk Islam.

Nama Sultan Muhammad Al-Fatih adalah Sultan Mehmed Han II

Fatih gelaran diberi hanya selepas Kota Constantinople ditawan.

Tapi entry ni bukan nak cerita tentang Sultan tu.

Nak cerita kepada peminat Al-Fatih, banyak lokasi menarik untuk anda kunjungi di Istanbul, Turki.

Oh, orang Turki panggil dia Faatih, dua harakat kat Faatih.

Jejak Al – Faatih di Istanbul Turki

Mula-mula kita tengok peta tour ni dulu sebagai rujukan

image
Tima kasih mak Tems tolong snap kan

Kalau tengok dalam peta, Kota Constantinople ni kecik je.

Ya memang dia kecik.

Tapi apa yang motivate orang Islam untuk tawan dia adalah Hadith Nabi Muhammad s.a.w

Sebaik-baik raja, dan sebaik-baik tentera.

Bukan mudah nak dapat pengiktirafan dari Allah..

1) Panorama 1453 Museum

image
Kat tingkat atas sekali

Sebelum apa-apa, saya sangat recommend untuk anda ke museum ini terlebih dahulu.

Ia cerita awal sampai akhir penaklukan kota Constantinople.

Banyak explanation adalah dalam bahasa Turki. Bahasa English ada secoet je.

Jadi bagus kalau anda cari sesapa pandai baca Turki untuk tolong terjemahkan apa benda sebenarnya gambar tu cakap

2) Wall of Constantinople

Waaahhhh!!

Saya adalah sangat teramat teruja bila nampak wall ini.

Masih wujud???

Ya, ia masih wujud sampai ke saat ini.

image
Yulendik - antara kawasan yang paling lemah yang diserang oleh tentera Faatih

Wall ini lah yang kita dok belajar sangat susah untuk ditembusi oleh mana-mana tentera for 800 years.

Sultan Al-Faatih kidnap ahli meriam nama Urban dari dalam Kota Constantinople untuk bantu dia buat meriam yang boleh tembak jauh dan hancurkan wall.

3) Galata Tower

Kan kapal Faatih tak boleh masuk laut tepi Constantinople.

Sebab pihak musuh pasang rantai. Tiap kali kapal Faatih nak masuk, diorang angkat rantai tu.

Rantai itu di bina dari menara Galata Tower ini lah.

Dan Galata Tower ini masih wujud!!

4) Rantai

Rantai tu adik saya kata ada di muzium armory, kami tak sempat pergi

5) Golden Horn

Ini adalah kawasan laut yang tentera Faatih tak dapat masuk pada asalnya.

Dan ini lah kawasan tempat berlabuh nya kapal – kapal Faatih setelah di angkut masuk hutan.

6) Rumeli Hisari (atas sikit dari Dolmabahce Palace-rujuk peta atas tu)

Kubu Faatih yang dibina bertentangan dengan kubu datuk nya.

Kubu ini bertujuan untuk halang kapal keluar masuk Constantinople

7) Hagia Sophia

Bukti tinggi nya akhlak Faatih yang respect dan pelihara binaan berunsur christian dalam church Hagia Sophia walaupun dia ubah fungsi menjadi masjid

8) Makam Faatih

Faatih meninggal dunia pada usia 49 tahun kerana diracun.

image
Ini lah makam sebaik-baik raja yang Nabi sebut beratus tahun sebelum dia lahir.. Allahuakbar!

9) Makam Abu Ayyub Al-Ansari

Sahabat Nabi Muhammad s.a.w yang cuba menawan Constantinople.

Ada cerita menyatakan, Abu Ayyub Al-Ansari mohon dikuburkan di sebelah wall of Constantinople sebab dia nak dengar derap kaki ‘sebaik-baik raja dan sebaik-baik tentera’ macam yang diceritakan oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Kalau anda peminat Sultan Muhammad Al-Faatih, pastikan Istanbul, Turki masuk dalam wishlist.

Feeling dia sangat waahhhh!!! Memang excited sungguh lah!!

More pics of kos after this, hopefully. Hihi.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *